Friday, July 22, 2011

A Message For The Players & Coaches

Do your best, itu saja yang para penyokong boleh minta


Kepada sebahagian dari kamu, ini mungkin perlawanan terbesar dalam karier kamu, do your best. Kepada sebahagian dari kamu, ini mungkin peluang untuk menebus kesilapan lalu, do your best. Kepada sebahagian kamu, ini mungkin peluang untuk anda mencipta nama dalam arena bolasepak tanahair, do your best. Dan apa yang pasti adalah, ini merupakan perlawanan BESAR buat kamu semua.

Dikala bolasepak Malaysia sedang bangkit dari kemerosotan ianya tidak adil untuk letakkan harapan yang sama seperti suatu ketika dahulu yang mana nama Malaysia digeruni di Asia malahan dikenali di dunia, tetapi kehidupan perlu diteruskan dan tidak semua akan berjalan mengikut cara anda, anda yang perlu mencorakkan jalan tersebut.

Anda wajar dikritik, anda perlu terima kritikan, dan anda perlu berusaha untuk memperbaiki kelemahan anda, tetapi jangan sesekali jatuh akibat kritikan tersebut, jangan sesekali putus harapan, kerana kritikan tersebut hanya kata-kata dan ia hanya boleh membunuh jika anda biarkan ia membunuh anda.

Penulis tidak pernah jadi seorang pemain bolasepak profesional, penulis tidak pernah mewakili negara tapi anda semua pernah, anda semua dikurniakan bakat untuk bermain bolsepak, dan anda ada kemahiran yang menakjubkan yang penulis sekadar mampu impikan tika lena.

Inilah masanya anda semua perlu gunakan kelebihan yang bukan semua orang miliki itu dan satukan negara, buktikan bahawa Malaysia perlu digeruni seperti dahulu. Memang menakjubkan, bagaimana hanya dengan berada di tempat dan masa yang betul dan terus melakukan jaringan dan anda terus jadi wira negara. Menakjubkan. Anda semua punyai peluang untuk lakukannya sementara penulis hanya mampu berdoa di depan kaca television.

Nanti tiba perlawanan itu, janganlah engkau takut atau gentar, kerana HARIMAU MALAYA tidak pernah takutkan sesiapa. Kami adalah raja di hutan, dan kali ini, hutan kami ialah Stadium Jalan Besar, buatlah ia seperti rumah kita. Malaysia boleh !


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...