Saturday, July 9, 2011

Bolasepak Malaysia Tak Pernah Jatuh


Ada sesuatu yang penulis ingin kongsikan , ia sekadar pandangan peribadi penulis. Mungkin kita terlepas pandang yang sebenarnya bolasepak negara kita tidak jatuh pada era lewat 80an dan awal 90an , tetapi kualiti permainan seolah-olah terhenti disitu sedangkan negara lain seperti Jepun , Korea dan negara-negara di asia barat mula berlumba-lumba menaikkan mutu bolasepak mereka.

Bagi penulis , kejayaan yang kita capai hari ini patut lebih dibanggakan daripada kejayaan yang kita kecapi dahulu. Kenapa ? kerana pada masa dahulu , tidak banyak negara asia yang mengutamakan bolasepak. Tidak mustahil dulu kita boleh melangkah jauh malah ada beberapa negara asia barat yang tidak mempunyai pasukan bolasepak.

Tetapi , lihatlah sekarang , bila dengar pasukan kita akan lawan Jepun atau Korea atau UAE , kita mula gentar. Kita jadi sukar untuk tewaskan mereka. Kenapa ? ini jelas menunjukkan proses pembangunan bolasepak di negara kita sangat lembab dan sudah ketinggalan. Jika sekarang kita berjaya untuk keperingkat lebih jauh , ia bermakna pasukan bolasepak negara kita betul-betul hebat.

Cuba imbas kembali , dulu pra-Olimpik hanya disertai oleh 17 negara sahaja , tetapi sekarang ? sekarang sudah mencecah 40 pasukan. Cuba lihat negara Arab , mereka betul-betul serius dalam membangunkan bolasepak dari dahulu lagi , mereka bawa bekas jurulatih pasukan Brazil , Carlos Alberto Parreira untuk bimbing pasukan kebangsaan mereka. Mereka juga bawa Mario Zagallo.

Apa yang dapat dilihat , perkembangan mutu bolasepak negara kita terlalu perlahan , kita hanyut seketika pada era pertengahan 70an sehingga awal 90an. Sedangkan negara lain giat membangun. Paling ketara , pasukan negara kita merekodkan kekalahan terbesar mereka pada tahun 1972 dan 1978 iaitu tewas 6-0 kepada pasukan Morocco dan 1-7 kepada pasukan China PR.

Walaupun penulis bukanlah peminat tegar Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tetapi ada satu perkara yang penulis tabik. Mereka tidak mengambil jalan singkat seperti yang Singapura , Indonesia dan Filipina lakukan. Mereka semua banyak guna khidmat pemain import tetapi sebaliknya dilakukan FAM. Kejayaan yang kita tempa hari ini , semuanya bermula dari skuad muda yang ketika itu dibimbing oleh Dato' K.Rajagobal , skuad yang digelar Harimau Muda.

Ini sekadar pandangan peribadi penulis , kalau ada yang tak suka , anda boleh angkat kaki , jalan terus , belok kiri , ambik simpang kanan ,  lepas tu ikut suka . Terima kasih.

2 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...