Thursday, July 7, 2011

Bolasepak Malaysia Sudah Maju ?

Entri kali ni memang agak subjektif untuk dibincangkan. Bagi penulis perkara-perkara seberginilah sesuai untuk kita renungkan bersama. Ianye melibatkan hati anda semua dan penulis sendiri. Kepercayaan, kesetiaan dan bermacam benda lain bermain di hati dan perasaan kita semua. Sebagai seorang yang mencintai bolasepak dan berwarganegara Malaysia, penulis nak tinggalkan anda semua dengan persoalan ini

Adakah Bolasepak kite sudah Maju?

Juara Pesta Bolasepak Merdeka 2007

Tahun 1993 merupakan kali terakhir kita memenangi kejuaraan ini. 14 tahun kempunan, kalau ada anak, dah masuk sekolah menengah rasanya. Dalam proses membina skuad, pelbagai kaedah diguna pakai oleh pihak persatuan. Akhirnya terlerai juga penantian yang bagi penulis terlalu lama untuk kita semua tunggu.

Banyak juga suara sumbang yang penulis dengar ketika kejayaan ini. Ade yang cakap, Lawan kite di Final bukan lawan sebenar dan macam-macam lagi yang tak mampu penulis nak tulis di sini. Secara jujur, inilah merupakan detik kembalinya peminat ke stadium dan keyakinan seluruh rakyat terhadap Harimau Malaya makin bertambah .

Dibawah kendalian B. Sathianathan sebagai Coach ketika itu, kita memenangi semula kejuaraan yang pertama kali diadakan semperna kemerdekaan Negara pada tahun 1957.

Adakah Bolasepak kite sudah Maju?

Pingat Emas Sukan SEA 2009
Disinilah nama K.Rajagobal yang kini bergelar Dato' melonjak naik. Skuad bawah 23 tahun yang dibarisi muka baru pada mulanya tidak diberi harapan tinggi. Jika dilihat dari saingan peringkat kumpulan, sememangnya tiada harapan untuk pasukan ini ke separuh akhir.

Namun, bumi Vientiane, Laos menjadi saksi kebangkitan bolasepak negara. Penantian selama 20 tahun rakyat Malaysia berakhir, dengan kemenangan keatas Vietnam di perlawanan Akhir dan sekali gus memenangi Pingat Emas Bolasepak Sukan SEA 2009. Kemenangan ini jugaklah membuka mata pelbagai pihak, terutama sekali kepada pengkritik tegar Bolasepak Malaysia.

Adakah Bolasepak kite sudah Maju?

Juara Piala AFF Suzuki 2010

Ketika Rakyat Malaysia masih diselubungi dengan kejayaan manis pingat Emas sukan SEA 2009, Kini Piala AFF Suzuki pula menjadi sasaran kita untuk tahun 2010. Reputasi sebagai Jaguh Asia Tenggara dilalui dengan penuh rintangan. Skuad asal terpaksa dirombak oleh jurulatih ekoran kecederaan beberapa tonggak yang bermain di temasya Sukan SEA 2009.

Berada di dalam satu kumpulan bersama pasukan tuan rumah, Indonesia, bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilalui. Pasukan Malaysia sememangnya bukanlah pilihan dalam kejohanan ni. Skripnya hampir sama dengan temasya sukan SEA, kita terpaksa melalui perlawanan terakhir untuk layak ke separuh akhir.

Penulis rasa tak payahlah nak karang panjang sangat kan? Satu Malaysia pun sudah tahu perjalanan Harimau Malaya dalam Piala AFF Suzuki ni. Dengan kejayaan ini, Reputasi Pasukan Malaysia sebagai Jaguh Asia Tenggara semakin meningkat naik dengan mendadak. Dengan pencapaian ini...




Adakah Bolasepak kite sudah Maju?

Layak ke Pusingan ke 3 Olimpik Asia
Bagaikan terkena tempias kejayaan Skuad Senior, Skuad Olimpik yang dikenali dengan Harimau Muda juga menunjukkan peningkatan mereka sendiri. Layak ke peringkat akhir Kumpulan, Anak Buah Ong Kim Swee ini berjaya meleraikan penantian yang agak lama bagi Peringkat Olimpik. Kali terakhir Pasukan Olimpik layak ke pusingan ketiga ialah Pade tahun 1984.

Dibarisi dengan beberapa pemain yang pernah bermain bersama skuad senior, ianya memberi kelebihan yang amat positif. Semoga langkah mereka terus mara dan menyamai rekod skuad terdahulu yang pernah layak ke Olimpik. Secara peribadi, ianya adelah satu pencapaian yang amat baik dari skuad Olimpik yang terdahulu. Adakah Pencapaian skuad Olimpik di bawah kendalian Ong Kim Swee ni menunjukkan...



Adakah Bolasepak kite sudah Maju?


Kesan daripada kejayaan demi kejayaan yang dikecapi oleh skuad bolasepak sememangnya terpampang didepan mata anda semua dan penulis sendiri. Lihatlah dimana saja  anda semua berada, Dari golongan Veteren hinggalah anak kecil mereke berbangga menyarung jersey pasukan kebangsaan. Kadar jumlah penonton kian meningkat di stadium dan wujud komunti Penyokong Setia Pasukan Bolasepak Kebangsaan. 'Ultras Malaya', Merupakan mereka yang sentiasa memberi sokongan yang tak berbelah bahagi buat pasukan kebangsaan.

Dikala jiran serantau kita menggunakan khidmat pemain luar yang di'warganegara'kan, Kita masih berjaya dengan menggunakan pemain tempatan yang tinggi semangat kenegaraan mereka. Inilah hasil yang penulis nampak dari peraturan FAM yang menetapkan tiada tenaga import dalam Liga Tempatan. Ternyata ianya berjaya walaupun memakan masa.


Adakah Bolasepak kita Sudah Maju?

 Jawapan penulis.Sememangnya kini bolasepak Malaysia sudah maju dan sedang meningkat untuk lebih maju!

Pendapat anda semua?




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...