Sunday, July 3, 2011

Senyuman Disebalik Kekalahan


Para penyokong Harimau Malaya masih mampu tersenyum walaupun pasukan kesayangan mereka tewas 3-2 dalam perlawanan kedua kelayakan Piala Dunia Brazil 2014 di Taiwan semalam. Walaupun tewas tipis kepada pasukan Taiwan namun pasukan Malaysia masih layak untuk ke pusingan seterusnya melalui keputusan aggregat dan away goal.

Penantian 34 tahun pasukan negara untuk mara ke pusingan kedua akhirnya terlerai semalam. Dengan berbekalkan 2 gol di lawan sendiri pasukan Malaysia bermula agak perlahan apabila banyak memberi peluang kepada pasukan tuan rumah untuk melancarkan asakan demi asakan tetapi mujurlah barisan pertahanan negara yang diketuai oleh Aidil Zafuan berjaya menyerap segala asakan tersebut.

Namun, pasukan negara tidak mengambil masa lama untuk membuat ribuan penyokong tuan rumah terdiam apabila tendangan percuma jarak jauh Aidil Zafuan Abd Razak berjaya menerjah gawang Taiwan seawal minit ke tujuh perlawanan. Jaringan tersebut boleh dianggap antara sepakan tercuma terbaik daripada seorang pemain kelahiran Malaysia. World class.

Namun para pemain Taiwan tidak mahu menghampakan para penyokong yang hadir lalu bangkit menyamakan kedudukan hasil kekalutan didepan pintu gol. Para pemain negara yang terkejut dengan jaringan tersebut terus berusaha menggandakan asakan. Hasilnya Malaysia berjaya mendahului menerusi sepakan percuma jarak dekat yang disempurnakan oleh ketua pasukan, Mohd Safiq Rahim berjaya menewaskan penjaga gol lawan buat kali kedua.

Ternyata semangat para pemain Taiwan tidak sedikitpun luntur dengan jaringan tersebut, mereka terus mengasak dengan percubaan demi percubaan dilepaskan kearah gawang negara, namun semuanya sia-sia apabila penjaga gol negara, Sharbinee Allawi berjaya menafikan kesemua percubaan tersebut. Disaat para pemain Taiwan dilihat mula buntu, pemain pertahanan kanan negara, Mahali Jasuli melakukan kesilapan didalam kotak penalti sekaligus menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan Taiwan dan disempurnakan dengan tenang oleh pemain Taiwan untuk menjadikan kedudukan terikat 2-2.

Bersambung babak kedua. Perlawanan tampak dikuasi oleh pasukan tuan rumah. Mereka terus mengasak dan mereka sekali lagi dhadiahkan sepakan penalti. Namun kali ini, mereka hampa apabila Sharbinee Allawi cemerlang menyelamatkan sepakan tersebut. Aksi cemerlang Sharbinee terus menjadi pembakar semangat para pemain negara untuk mencari gol. Namun semuanya sia-sia.

Kem negara sekali lagi dikejutkan apabila Mohd Fadhli Shas menarik baju pemain Taiwan dan pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti buat kali ketiga untuk pasukan Taiwan dan disempurnakan oleh pemain Taiwan untuk mereka mendahului dengan 3-2. Mereka terus menekan untuk mendapat gol keempat dan terus mara ke pusingan seterusnya namun segalanya sia-sia. Tamat perlawanan, Taiwan 3, Malaysia 2, Malaysia mara ke pusingan kedua untuk bertemu pasukan jiran, Singapore yang mendapat bye. 




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...