Tuesday, July 5, 2011

'Awe' Terlepas Perlawanan Terakhir


Disaat Kelantan sudah sebelah tangan memegang Piala Liga Super, kem Kelantan dirundung keresahan apabila 'Mr Turbo' Nurul Azwan Roya atau lebih mesra dengan panggilan Awe digantung perlawanan apabila mengumpul 3 kad kuning dalam perlawanan-perlawanan sebelum ini.

Kelantan yang akan bertandang ke Sabah untuk misi mengutip sekurang-kurangnya 1 mata untuk menjuarai Liga Super buat julung kalinya. Tekanan semakin dirasai apabila sedikit kesilapan dilakukan Kelantan akan mengundang padah kerana Selangor atau Terengganu bersedia untuk merampas impian sang kijang.

Awe yang sinonim dengan larian-larian pantas dan kelincahan beliau menjadi antara 'regular player' untuk musim ini. Ketiadaan beliau pasti akan meninggalkan kesan kepada corak permainan Kelantan. Tambahan pula ketua jurulatih Kelantan, Dato' M.Karathu tidak mempunyai banyak pilihan pemain untuk mengganti tempat Nurul Azwan Roya.

Mohd Izuan Salahuddin merupakan satu-satunya calon untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Awe. Dato' M.Karathu tidak mampu untuk mengambil risiko menurunkan Zul Yusri Che Harun dek kerana prestasi semasanya yang kurang memberansangkan.

Penulis yakin dengan kewibawaan Dato' M.Karathu, beliau pasti akan menurunkan yang terbaik. Kerana sekarang harapan penyokong The Red Warriors setinggi Gunung Kinabalu  agar pasukan kesayangan mereka dapat membawa pulang piala Liga Super ke Kelantan buat kali pertama selepas dihampakan oleh Terengganu dalam perlawanan akhir Piala FA baru-baru ini.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...