Tuesday, July 26, 2011

Faiz Subri Dilamar


T-team, Selangor, Perak, Kedah, Negeri Sembilan & juara Liga Super, Kelantan, antara pasukan yang dikhabarkan berminat untuk mendapatkan khidmat penyerang pasukan Perlis, Mohd Faiz Subri demi untuk memperkuatkan pasukan masing-masing.

Walaupun Perlis gagal menempatkan diri dalam saingan Liga Super musim hadapan apabila mengakhiri saingan musim ini di tempat terakhir namun kelibat Faiz Subri tetap menjadi tarikan banyak pasukan 'elit'. Larian pantas, bijak menghidu peluang dan skill gelecekan yang bagus, itu antara kelebihan yang ada pada pemain berusia 24 tahun ini.

Beliau akui telah mendapat beberapa tawaran untuk beraksi bersama pasukan-pasukan ini menerusi panggilan telefon namun belum memutuskan untuk beraksi bersama pasukan mana. Beliau berkata tidak mahu membuat keputusan terburu-buru kerana perlu mengkaji semasak-masaknya sebelum membuat keputusan.

Beliau juga percaya tidak berdepan sebarang masalah khususnya kepada pengurusan pasukan dan Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA) untuk memberikan pelepasan beraksi dengan mana-mana pasukan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...