Thursday, July 28, 2011

'Saya Kenal Pemain Saya' - Rajagobal

'Kita tak tewas, kita seri jer, saya bangga dengan pemain, mereka main dengan aggresif' - Rajagobal. Itulah komen ketua jurulatih negara apabila pasukan MALAYSIA tersingkir dari saingan.

Skuad MALAYSIA yang rata-rata diwakili anak emas Rajagobal bermula dengan kurang menyakinkan, apabila dari awal perlawanan lagi pemain-pemain pertahanan 'kental' di Piala AFF Suzuki gagal menyerap asakan pemain Singapura di hadapan lebih 90 ribu penyokong SENDIRI.

Pemain tengah juga gagal merencana gerakan-gerakan merbahaya kepada pemain penyerang, penulis ingin mempertikai tentang keputusan Raja menurunkan Amar Rohidan dan Ismail Faruqi.

Berjuta mata penyokong dapat menilai bagaimana prestasi Amar Rohidan sejak akhir-akhir ini dan Ismail Faruqi juga gagal mempamer aksi menyakinkan ketika perlawanan di Singapura sebelum ini, tetapi kenapa seorang yang pakar dalam bolasepak seperti Rajagobal tidak nampak perkara ini? atau sengaja buat-buat tak nampak?

Penulis dah malas nak mengulas tentang pemain di bahagian pertahanan, semua dah tahu, tapi penulis agak 'panas' dengan turunnya Ismail Faruqi Ashari. Cuba anda lihat, apa sumbangannya dalam perlawanan tadi. Banyak lost possesion di tempat yang sepatutnya. Kalau ini kali pertama beliau beraksi mungkin boleh dimaafkan kerana Raja belum dapat menilai beliau. Tetapi ini dah kali kedua Ismail Faruki buat onar.

Mungkinkah Ismail Faruqi akan jadi seperti Amar Rohidan selapas ini. WAJIB diturunkan dalam semua perlawanan walaupun prestasi tidak memberansangkan langsung. Selain itu, penulis cukup hairan, kenapa Gurusamy dibawa masuk ? Kita tahu Gurusamy pemain tengah 'defensive', Amar Rohidan juga 'defensive'. Siapa yang ketinggalan gol masa tu ? Singapura ke MALAYSIA ? kenapa kita nak main 'defensive' ? Nampak macam Singapura pula yang ketinggalan.

Sorry to say, Fakri Saarani tu mula main bola bila? apa yang dia buat dalam skuad kebangsaan? tetapi, apabila ditanyakan kepada Rajagobal kenapa Fakri dipanggil, ini jawapan beliau "cuba u cakap, siapa lagi kita ada dalam liga M?" Bagi penulis tak perlu bawa masuk pemain baru, Kita ada Baddrol Bakhtiar dan Ashaari Samsuddin. Mereka berdua ni tulang belakang pasukan negeri masing-masing. Kenapa tak beri peluang?

'Saya kenal pemain saya' satu lagi jawapan yang sering digunakan Rajagobal, wahai Raja jangan ego sangat. Berjuta mata penyokong menyaksikan pemain-pemain anda, mereka juga berhak bersuara, kalau anda kenal sangat pemain anda, kita tidak mungkin tewas kepada Singapura kerana penulis yakin jika hanya pemain yang betul-betul layak diturunkan dalam kesebelasan utama kita mampu menang dan seterusnya layak ke peringkat seterusnya.

2 comments:

  1. tak ku sangka goppa seteruk ni, kerah palo xse trimo pndangan org sekeliling...
    smula2 wak la lg deh

    ReplyDelete
  2. sy sngt bersetuju dgn penulis...ismail faruqi tidak spatutnya diturunkan pd ketika itu...sy juga pelik kenapa coach tidak menurunkan ashaari samsudin dan badrol bakhtiar..kita smua tahu keupayaan badrol dan ashaari. smasa sea games 2009,prestasi badrol sgt hebat.begitu juga ashaari yg bmain cemerlang semasa aff 2010 dan beliau antara penjaring dan perancang terbaik ketika ini..amat pelik dlm perlawanan penting mereka tidak diturunkan..spatutnya ismail faruqi tidak perlu disenarai dlm skuad..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...