Wednesday, September 14, 2011

Preview Perlawanan : Felda United Vs Kelantan

#MuhdShamil

Perlawanan ketiga saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia diantara Felda United dan Kelantan akan berlansung di Stadium Selayang malam ini.

Kelantan sudah pasti turun dengan misi untuk terus mencapai kemenangan, namun, saingan Felda United tidak boleh dipandang sebelah mata, berdasarkan rekod pertemuan lalu, sememangnya Kelantan punyai kelebihan namun jika dilihat kepada prestasi semasa. Felda United adalah lawan sukar buat Kelantan.

Kelantan dan Felda United masing-masing menang kedua-dua perlawanan sebelum ini dengan Felda tampak lebih gah selepas berjaya menewaskan Johor FC di tempat lawan dengan jaringan 2-0 manakala Kelantan sekadar menang tipis 2-1 di laman sendiri.

Anak didik M.Karathu sudah pasti tidak mahu berputih mata manakala Felda United juga pasti tidak mahu diaibkan di laman sendiri. Yang pasti, perlawanan malam ini pasti menjanjikan satu perlawanan yang sengit.

Kesebelasan Utama jangkaan Kelantan : 

Bolos satu gol dalam perlawanan terakhir tidak menggoyangkan kedudukan Shahrizan Ismail selaku penjaga gol utama, beliau tampil bertenaga dalam setiap perlawanan dan tidak pernah menghampakan peminat, beliau hampir pasti diturunkan selaku penjaga gol utama bagi perlawanan malam ini.

Di barisan pertahanan, Dato' M.Karathu tidak perlu pening kepala, kerana barisan sedia ada sentiasa mempamerkan aksi mantap. Gandingan Daudsu, Farisham, Subra dan Aziz dijangka bakal terus diberi kepercayaan disamping Wan Rohaimi, Rizal Fahmi dan Khairan Ezuan sekadar memanaskan bangku simpanan.

Apa yang menjadi masalah ialah barisan tengah. Midfield Kelantan dilihat sebagai antara sebab utama prestasi pasukan merosok teruk. Paling ketara, aksi longlai ketua pasukan, Mohd Bahdri Radzi selain Shakir Shaari yang dilihat tidak berada di tahap biasa. Namun, Badhri dan Shakir dijangka akan terus diberi kepercayaan untuk mengawal barisan tengah sambil dibantu oleh dua 'lipas kudung' di posisi sayap kiri dan kanan iaitu Nurul Azwan Roya dan S.Chanturu.

Di barisan serangan, persefahaman dan chemistry mantap diantara Norshahrul Idlan Talaha dan Azamuddin Akil akan terus diberi tugas untuk merobek gawang Felda United. Penyerang yang diangkat selaku hero dalam perlawanan terakhir, Ramzul Zahini juga bersiap sedia untuk masuk selain Nizad Ayub yang juga berada dalam senarai.

Penyokong :

Penyokong Pahlawan Merah dijangka akan mendominasi Stadium Selayang pada perlawanan ini seperti yang selalu mereka lakukan, tidak kira dimana pasukan kesayangan mereka beraksi, mereka akan turut serta dan menyokong dari belakang. 

Shamil10 says :

Perlawanan malam ini dijangka akan menjadi satu perlawanan yang sengit, kedua-dua pasukan pastinya akan saling mengasak untuk mendapatkan jaringan awal dalam usaha merebut kedudukan pertama dalam kumpulan. My prediction, andai kata Kelantan kembali ke prestasi sebenar, The Red Warriors boleh menang dengan jaringan tidak kurang dari 2-0, namun, andai kata aksi hambar yang ditunjukkan di Kota Bharu baru-baru ini berterusan. Jangan terkejut jika pasukan tuan rumah berjaya mencuri 3 mata penuh.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...