Monday, September 5, 2011

Pemain-Pemain Terhangat Negara

1) Mohd Safee Mohd Sali


Barang siapa yang mengisytiharkan dirinya sebagai penyokong bolasepak Malaysia tetapi tidak kenal akan mamat ni, memang tahap patut diberi pelempang berdas-das. Safee Sali, striker yang sedang 'merumput' di kelab Indonesia, Pelita Jaya. Penjaring terbanyak kejohanan Piala AFF Suzuki 2010. Bagi bola kat mamat ni gerenti masuk gol, tak caya ? tanya brader Marcus Horrison. Katanya akan di'offer' trial di QPR

2) Khairul Fahmi Che Mat


Seorang lagi yang disebut-sebut akan mencuba nasib di Queens Park Rangers. Siapa tak kenal dia ni ? Hero Malaya yang akhir-akhir ni kembali hangat dengan isu Dahlia Teck. Awek-awek semua mesti kenal kan ? Penjaga gol utama Kelantan, Harimau Malaya dan juga Skuad Olimpik Malaysia. Brader ni apa makan pon aku tak tau, save-save dia memang perghhh la, korang tau tak perghhh.

3) Mohd Safiq Rahim


Haaa, kapitan skuad Harimau Malaya, tak kenal ? tanya sama Liverpool. Pemain tengah yang terkenal dengan ke'perghh'han (aku tau, memang bahasa babi) sepakan percuma jarak dekatnya ini telah di'offer' trial bersama Cardiff City selepas saingan Piala Malaysia nanti. Dia juga dipancing oleh beberapa kelab di Indonesia.

4) Norshahrul Idlan Talaha


Dia ni terkenal dengan minatnya terhadap line, haa, bagi bola kat dia kat tepi-tepi line padang, try test tengok. Dia ni terkenal dengan scoring abilitynya yang memang mantap dan juga skill-skill gelecekannya. tak caya jugak ka ? yang ni aku rasa korang patut tanya brader-brader team Selangor, sebab diorang dah pernah kena masa separuh akhir Piala FA.

5) Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak


Si Rita Rudaini ni, ehh, si Aidil ni siapa tak kenal kan. 'dinding' pasukan negara la katakan, siapa boleh tembus ? (=.=) Dia ni juga dikaitkan dengan beberapa buah pasukan dari Indonesia. Dia ni boleh dikatakan antara pertahanan tengah terbaik yang ada kat negara buat masa sekarang ni. Mamat ni jugak terkenal dengan ke'magnificent'nan (sekali lagi, ayat ....) sepakan percuma jarak jauhnya. Tak caya ? tanya brader goalkeeper Taipei.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...