Wednesday, September 7, 2011

Kelantan Jinakkan Bujang Senang

#MuhdShamil
Credit : Dunia Sukan
Tidak seperti edisi Piala Malaysia yang lepas, penyandang juara, Kelantan kali ini memulakan saingan dengan mencatat kemenangan selesa keatas skuad Sarawak atau dikenali juga dengan nama jolokan skuad Bujang Senang.

Sarawak yang lebih mendominasi permainan pada awalnya banyak mendapat kelebihan menerusi beberapa sepakan percuma dan sepakan sudut namun masih belum mampu merobek gawang pelawat. Hal ini sekali gus menafikan tanggapan media yang mengatakan Kelantan akan mengalami kesukaran tanpa kelibat penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.

Kebangkitan Kelantan hanya dapat dilihat selepas 15 minit perlawanan berlansung dan kedua pasukan mula mengasak untuk terlebih dahulu memimpin perlawanan. Namun tiada gol terhasil di babak pertama.

Bersambung babak kedua, kedua pasukan memperkemaskan lagi rentak permainan dan kesilapan pertahanan tuan rumah Chun Keng Hong mengawal bola dengan kemas seakan menjadi pencetus kepada kebangkitan Kelantan selapas Norshahrul Idlan Talaha mudah menyempurnakan peluang terhidang pada minit ke58.

Beraksi dihadapan 20,000 penyokong sendiri, Sarawak yang tertekan cuba untuk mendapatkan gol penyamaan, namun dalam keghairahan mereka mencari peluang, Kelantan aktif mencari peluang untuk menggandakan kedudukan.

Kali ini, S.Chanturu pula 'menambah garam pada luka' Sarawak apabila bijak menyempurnakan hantaran Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke70 perlawanan.

Gol tersebut seakan-akan terus memadam semangat Sarawak untuk melawan, tamat perlawanan, Sarawak tewas 0-2 kepada Kelantan.

Kesebelasan Utama:

SARAWAK : Robert Alberts
Aidil Mohd (Gk), Mazwand Zekeria, Zamri Morshidi (Kp), Hairol Mokhtar, Bobby Gonzalez, Dzulazlan Ibrahim, Shahrol Saperi, Wong Sai Kong, Ashri ChuChu, Chun Keng Hong dan Victor Jaganathan.

KELANTAN : Datuk M. Karathu
Shahrizan Ismail (Gk), S. Subramaniam, Farisham Ismail, Shakir Shaari, Norshahrul Idlan Talaha, Nurul Azwan Roya, Aziz Ismail, Daudsu Jamaludin, S. Chanturu, Mohd Badri Radzi (Kp) dan Azamuddin Akil.

Pemain Terbaik : Norshahrul Idlan Talaha.
  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...