Thursday, September 1, 2011

Kem Kelantan Dalam Dilema


#MuhdShamil

Khairul Fahmi  Che Mat dengan tanggungjawabnya bersama skuad Olimpik, penjaga gol veteran, Halim Napi mengalamai kecederaan begitu juga penjaga gol muda, Norhadi Ubaidillah menjadikan Shahrizan Ismail penjaga gol tunggal yang dimiliki pasukan Kelantan menjelang aksi pembukaan saingan Piala Malaysia beberapa hari lagi.

Kini kem Kelantan dalam dilema, walaupun Mohd Shahrizan Ismail masih tangkas namun sekurang-kurangnya 2 orang penjaga gol wajib didaftarkan oleh setiap pasukan untuk saingan Piala Malaysia nanti, Kelantan dah cuba minta pelepasan dari FAM untuk mendapatkan khidmat penjaga gol utamanya, Khairul Fahmi Che Mat, tetapi permohonan itu ditolak, apa harus dilakukan ?

Tidak dinafikan, pasukan Piala Presiden Kelantan mempunyai 2 penjaga gol yang mempamer aksi menarik dalam saingan Piala Presiden. Syazwan dan Jud Tanna, tetapi mampukah mereka mempamerkan aksi sama jika diserapkan ke skuad utama ? Kerana apa yang nyata ialah saingan Piala Malaysia jauh berbeza dengan saingan Piala Malaysia, sudah cukup pengalamankah mereka ini ?

Altenatif lain ialah bawa masuk seorang penjaga gol secara pinjaman memandangkan Kelantan baru mendapatkan 2 pemain pinjaman dari kuota 3. Tapi seperti dinyatakan oleh pengurus pasukan, Haji Azman Ibrahim, Kelantan menghadapi kesukaran untuk mencari penjaga gol yang betul-betul 'fit' dalam masa yang singkat ini, tambahan pula ia musim perayaan.

Kesimpulanya, jalan terbaik ialah, serap salah seorang penjaga gol Piala Presiden untuk menjadi 'back-up' kepada Mohd Shahrizan Ismail andai kata beliau mengalami kecederaan atau pun penggantungan perlawan, lupakan sebentar soal pengalaman.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...