Friday, September 23, 2011

Pemain Yang Dikaitkan Dengan Super Warriors

#MuhdShamil

Walaupun masih terlalu awal untuk menentukan siapa masuk dan siapa keluar dari pasukan-pasukan Liga Super di Malaysia untuk musim hadapan, namun para penyokong sudah mula menyebarkan 'rumours' tentang perpindahan pemain-pemain ke pasukan kesayangan mereka.

Tidak ketinggalan, penyokong Sang Kijang juga sudah tidak sabar untuk mengetahui barisan kesebelasan utama dan simpanan Kelantan untuk musim hadapan yang khabarnya berbelanja besar dalam usaha membina 'Dream Team' untuk menghadapi saingan domestik dan juga antarabangsa yakni saingan Piala AFC.

Disini penulis hanya ingin mengutarakan 5 pemain paling hangat disebut-sebut bakal menyarung jersi The Red Warriors untuk musim hadapan, transfers ini tak semestinya 100% tepat. Ini ialah rumours dan juga hasil 'siasatan' penulis sahaja. Tanpa rumous, industri bolasepak tak meriah.

Pemain-pemain tersebut ialah :

1) Norfarhan Muhammad

Pemain utility yang menjadi kesayangan penyokong-penyokong Kelantan sejak dari dulu lagi dek kerana sikapnya yang lebih 'low profile' selain sikap peramahnya membuatkan para penyokong mudah untuk mendekati beliau. Mengambil langkah untuk manyarung jersi T-team untuk musim 2011 dan dikhabarkan bakal kembali ke Kelantan untuk musim hadapan. Khabarnya juga, beliau sudah mendapat offer dari pihak KAFA.

2) Amirul Hadi Zainal

Pemain Selangor, Amirul Hadi Zainal juga satu lagi nama besar yang dikaitkan dengan Sang Kijang, pemain yang beraksi di posisi sayap kanan ini terkenal dengan skill-skill gelecekannya dan juga larian pantas yang mampu membuat pemain lawan tergamam. Menurut sumber, orang paling berpengaruh KAFA (Nama tidak boleh dinyatakan) mengatakan bahawa. Usaha untuk mendapatkan Amirul Hadi sudah 80%.

3) Baddrol Bakhtiar

Sudah 2 musim nama Baddrol Bakhtiar dikaitkan dengan pasukan Kelantan, mungkin para penyokong sudah hilang harapan selepas awal musim ini, perpindahan Baddrol sekali lagi tidak menjadi kenyataan selepas masalah yang berlaku di saat akhir jendela perpindahan. Kali ni, Baddrol dikatakan mempunyai satu lagi halangan apabila ada diantara rakan pemain yang menasihati beliau agar tidak menyertai Kelantan namun rumours tentang beliau terus hangat tersebar.

4) Safiq Rahim

Berpasangan dengan Baddrol, Safiq juga antara nama yang dikaitkan dengan Kelantan untuk musim lepas. Kapten berpengaruh skuad Harimau Malaya ini terkenal dengan sepakan percuma jarak dekatnya. Sekali lagi nickname 'SR' bakal kembali hangat. 

5) Yong Kuong Yong

Antara pemain yang dikaitkan sebagai pemain pinjaman Kelantan untuk saingan Piala Malaysia namun oleh sebab pasukan diwakilinya sekarang layak ke saingan Piala Malaysia harapan tersebut terpaksa ditangguh. Walaupun bukanlah nama besar dalam industri bolasepak Malaysia, namun Yong tidak ketinggalan menjadi pemain yang dikaitkan dengan Super Warriors 2012. Beliau sendiri juga telah menyatakan minat beliau untuk beraksi bersama Kelantan.

Itu lah, 5 pemain terhangat yang dikaitkan dengan skuad Kijang untuk musim 2012 nanti, benar atau tidak, sama-samalah kita nantikan dengan penuh debar, tidak kiralah siapa yang sarung jersi Kelantan musim depan namun harapan penyokong hanya satu iaitu agar pasukan  kesayangan mereka terus menjadi kuasa besar bolasepak di Malaysia.

Untuk rumours lain, sila lah jenguk-jenguk di ruangan khas di kiri blog ini. 







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...