Friday, September 23, 2011

Apek Sudah Bersedia

#MuhdShamil

Anak muda bernama Khairul Fahmi Che Mat atau lebih selesa dengan gelaran Apek bukannya satu nama asing dalam industri bolasepak di Malaysia malahan semua peminat bolasepak di Asia Tenggara telah kenal akan kehebatan beliau. Sekarang beliau cuba mencipta nama di persada industri bolasepak Asia pula.

Setiap kali diberikan tanggungjawab, beliau akan menyempurnakannya dengan sepenuh hati tidak kira walau berapa banyak masalah peribadi yang menyelubunginya. Itu lah dia, Apek. Kelmarin, sekali lagi beliau mempamerkan aksi memukau beliau dihadapan kira-kira lebih 20 ribu penyokong Jepun dalam perlawanan kelayakan Olimpik yang berkesudahan Malaysia tumbang 0-2.

Jika dulu badi penjaga gol negara banyak menghantui penjaga gol terdahulu namun sekarang awan hitam tersebut dilihat sudah berlalu pergi. Ramai yang sudah menyuarakan keyakinan bahawa Apek sudah bersedia untuk beraksi dalam liga yang mutunya jauh lebih baik dari Liga Malaysia.

Cuba berpijak di bumi nyata, tak usahlah memasang angan ingin ke Liga Inggeris sedangkan kita tahu bahawa kita tak layak dan tak dapat nak patuhi undang-undang mereka. Cuba buka minda kita lebih luas, banyak lagi liga-liga di negara lain yang jauh lebih baik dari Liga Malaysia.

Jika dulu ramai yang mempertikaikan tentang ketinggian Apek. Katanya Apek hanya mampu beraksi di liga Malaysia sahaja dimana pemain-pemain juga tidak lah setinggi mana, tetapi tanggapan tersebut sudah dinafikan oleh Apek. Beliau telah buktikan bahawa ketinggian merupakan perkara kedua.

Jurulatih penjaga gol pasukan kebangsaan, Mohd Faozi Mukhlas juga ada menyatakan keyakinannya di laman Facebook miliknya, katanya "secara jujur coach berpendapat yang Apek dah bersedia jika ada kelab-kelab luar yang berminat untuk melamarnya"


Tambahnya lagi " speed dan agility tu lebih memainkan peranan berbanding dengan ketinggian. Ketingian adalah satu advantage kalau seseorang goalkeeper itu ada kepantasan" Benar lah, ini kerana jika dilihat penjaga gol nombor satu DUNIA, Iker Casillas juga tidak lah setinggi mana.


Disini apa yang menjadi persoalan di minda penyokong-penyokong bolasepak negara, cukup bersediakah pihak Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) dibawah naungan Tan Sri Annuar Musa untuk melepaskan Apek, untuk cuba hidup tanpa Apek.


KAFA perlu berani untuk melepaskan Apek jika beliau mendapat tawaran dari pasukan luar. Memang khidmat beliau diperlukan di Kelantan tetapi jika dipandang dalam aspek yang lebih meluas ia baik untuk bolasepak Malaysia, jadi pokoknya, KAFA perlu berani melepaskan Apek.


Dalam hal ini, penulis merasakan ia bukanlah satu masalah kerana semua tahu KAFA dan Tan Sri Annuar Musa profesional. Cuba pandang kepada keputusan Selangor yang berani melepaskan Safee Sali dan lihatlah hasilnya. Penulis juga yakin, Kelantan can survive walaupun tanpa khidmat Khairul Fahmi kerana negeri Kelantan masih mempunyai ramai bakat-bakat muda yang menunggu masa untuk digilap sama seperti Khairul Fahmi Che Mat suatu ketika dahulu.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...