Friday, September 16, 2011

Azamuddin Perlu Bangkit

#MuhdShamil
Credit : DuniaSukan
Pemain pinjaman dari Pahang, Mohd Azamuddin Akil perlu segera bangkit dan kembali kepada prestasi terbaik beliau.

Azamuddin dilihat tidak bergitu berkesan dalam semua 3 perlawanan Piala Malaysia ini, walaupun semasa perlawanan-perlawanan pra-Piala Malaysia beliau ada menjaringkan beberapa gol untuk Kelantan termasuk gol tunggal ketika menewaskan Selangor di Shah Alam baru-baru ini.

Gandingannya dengan penyerang prolifik Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha yang sebelum ini dilihat mantap tiba-tiba jadi sebaliknya, apabila Azamuddin dilihat tidak mempunyai persefahaman dengan Matyo dan juga rakan sepasukan yang lain.

Azamuddin yang diberi harapan tinggi oleh para peminat The Red Warriors untuk menyelesaikan krisis ketumpulan jentera serangan perlu segera bangkit atau bakal menerima tekanan mental daripada segelintir penyokong.

Selepas 3 perlawanan, sudah ada suara-suara halus segelintir penyokong meminta pihak jurulatih merehatkan Azamuddin dalam perlawanan seterusnya, namun bagi penulis, beri dia peluang dalam beberapa perlawanan lagi. 

Apa yang penting, jangan jadi 'KEBAL' macam seorang pemain Kelantan yang dirinya dilihat 'UNTOUCHABLE' dan terlalu jarang dikeluarkan walaupun beraksi dengan teruk.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...