Thursday, June 2, 2011

'Kecik' Sudah Bersedia

Wan Zaharul Nizam
Mungkin ada yang tanya, "Siapa dia ? pelakon ke ?" Untuk pengetahuan, Wan Zaharulnizam Zakaria atau lebih mesra dengan panggilan Kecik adalah seorang pemain bolasepak muda yang mempunyai potensi besar untuk menyinar.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, Kecik telahpun menyatakan keinginannya untuk beraksi bersama  pasukan Kelantan seandai diberi tawaran oleh Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA). Pemain berbadan kecil yang sekarang beraksi untuk pasukan Harimau Muda A sangat berharap akan ditawarkan kontrak bersama pasukan negeri kelahirannya itu.

Jom kita lihat serba sedikit tentang beliau. Kecik dilahirkan pada 8 Mei 1991 dan sekarang berumur 20 tahun. Beliau berasal dari Tumpat, Kelantan. Beliau juga pernah beraksi bersama pasukan Piala Presiden Kelantan selama 1 musim sebelum berhijrah ke pasukan Harimau Muda B pada tahun 2010, dan ke pasukan Harimau Muda A pada tahun 2011.



Pemain sayap ini juga telah menarik minat jurulatih skuad bawah 23 tahun kebangsaan, Ong Kim Swee untuk memilih beliau bermain untuk pasukan kebangsaan dan beliau juga telah menyumbang 1 gol dalam membantu pasukan negara menewaskan pasukan Pakistan 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil baru-baru ini.



Ini juga telah membuktikan bahawa negeri Kelantan adalah antara negeri yang melahirkan paling ramai pemain-pemain yang berbakat. Antara contohnya ialah Ahmad Fakri Saarani, Khairul Fahmi Che Mat, Ferris Danial dan ramai lagi.

Penulis berharap agar Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) memberi peluang kepada pemain muda ini untuk membuktikan bahawa beliau memang merupakan seorang pemain yang berkebolehan. Kecil bukan sebarang kecil, tapi kecil berbakat.

Info tambahan : Anda ingin tahu mengapa beliau digelar 'Kecik' ? cuba lihat gambar dibawah. Cuba teka yang mana satu beliau. Kehkehkeh !

Kecik - Kim Swee - Shakir Ali


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...