Thursday, October 13, 2011

Preview : Kelantan Lwn Terengganu



Tanpa 4 pemain tonggak, mencari sekurang-kurangnya 2 gol tanpa balas bukanlah sesuatu kerja mudah buat anak didik Dato' M.Karathu walaupun dijangka bakal beraksi dihadapan belasan ribu lautan merah putih.

Esok, Jumaat, Kelantan sekali lagi bakal turun berentap dengan seterunya, Terengganu dalam aksi kedua suku akhir saingan Piala Malaysia. Pada aksi pertama, skuad kijang tewas 3-1 dalam perlawanan yang penuh kontroversi dan juga terdapat beberapa unsur sabotaj.

Jika mahu terus menghidupkan peluang menjulang trofi Piala Malaysia buat kali kedua berturut-turut, The Red Warriors perlu menang di laman sendiri dengan jaringan defisit 2 gol. Taktikal menyerang pasti diterapkan oleh ketua jurulatih Kelantan untuk perlawanan ini, namun harus diingat, dalam asyik menyerang, jangan lupa juga bertahan atau anda bakal masuk perangkap.

Barisan kesebelasan utama jangkaan berdasarkan sesi latihan.

Di benteng terakhir, nama Khairul Fahmi Che Mat adalah pasti untuk perlawanan ini manakala Shahrizan Ismail dijangka akan berada di bangku simpanan. Namun jangan terkejut jika nama penjaga gol veteran, Halim Napi disenaraikan selaku penjaga gol simpanan.

Yang menjadi masalah, barisan pertahanan, tanpa Daudsu, Aziz Ismail (Penggantungan) Zairul Fitree (Cedera) dan Wan Rohaimi (Diragui, mungkin masih berkabung di atas kematian ibu) Dato' M.Karathu dilihat tidak mempunyai banyak pilihan. Di posisi bek kanan, Nik Shahrul Azim dan Wan Zaman masih berebut tempat, manakala di bek tengah, Farisham Ismail dan Rizal Fahmi dijangka bakal diturunkan dan di posisi bek kiri, pertahanan kental, S.Subramaniam dijangka akan beraksi.

Sedar bertapa jentera tengah perlu berfungsi dengan amat baik esok, Dato' M.Karathu dijangka akan menggunakan lima pemain di bahagian tersebut, semuanya 'kaki gol' jika dilihat pada rekod namun dapatkah mereka jaringkan gol esok. Di tengah, ketua pasukan, Mohd Badhri Radzi bakal dibantu oleh Nurul Azwan Roya yang akan bertindak sebagai ATTACKING MIDFIELDER manakala tugas sebagai HOLDING MIDFIELDER bakal diisi oleh Daniel Fadzly.

Di sayap kanan, satu kelegaan buat Dato' M.Karathu bila pemain laju, S.Chanturu sudah pulih dari kecederaan manakala di sayap kiri, pemain muda, Mohd Izuan Salahuddin dijangka bakal diberi tanggungjawab. Nama Izuan Rosli dijangka bakal bermula di bangku simpanan.

Di posisi penyerang, tiada pemain lain yang dilihat mampu menggalas tugas seberat ini selain penyerang prolifik, Norshahrul Idlan Talaha yang bakal bertindak sebagai penyerang tunggal. Nizad Ayub, Ramzul Zahini dan Azamuddin Akil bakal bersedia di bangku simpanan. Selain itu, R.Surendran juga dilihat sudah pulih dari masalah kecederaannya (Tak pasti)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Shamil10 : Kelantan pernah menang 3-0 di KUALA TERENGGANU kenapa tidak di laman sendiri ? namun bercakap sebagai seorang PENYOKONG (Bukan peminat) peluang dilihat agak tipis, kerana anak buah Irfan Bakti juga pasti tak mahu pulang hampa selepas mendahului dengan selesa, jika cuaca baik, satu perlawanan yang hebat pasti dapat disaksikan, namun jika hujan, perlawanan yang panas mungkin disaksikan dengan terjahan-terjahan keras dari pemain kedua-dua pasukan.

Prediction : Kelantan 3-1 Terengganu (Penyokong bukan peminat, kehkehkeh)

2 comments:

  1. Rasanya berdasarkan game di kt...trw boleh kalahkan trg. Game di kt, trg dibantu oleh ref yg licik & lakonan hebat player trg. walaupun bermain dgn 9 player, trw masih hebat menyerang. So, kalau di kb trw x ada masalah utk tundukkan trg dgn syarat ref yg fair & x terpengaruh dgn lakonan player trg.

    ReplyDelete
  2. dengan syarat cuaca baik, sebab sekarang kelantan agak sukar nk main dlm hujan, kalau dulu, bile hari game, hujan turun, semua penyokong kelantan akan bersorak kerana kelantan pasti dpt score dlm hujan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...