Tuesday, November 8, 2011

Super Warriors, Safiq Rahim Dan 2012

Credit : Wawanfaiz.com
Akhirnya, waktu yang ditunggu-tunggu oleh semua penyokong pasukan The Red Warriors telah tiba, hari pengumuman senarai penuh pemain Kelantan 2012 yang diberi gelaran "Super Warriors". Kini, penyokong di seluruh pelusuk tanah air malah dunia sudah mengetahui senarai bakal wira mereka untuk musim hadapan. Seperti yang sudah diwar-warkan sebelum ini di laman blog bola Kelantan seperti RedsFC News, Wawanfaiz.com dan juga Shamil10 sendiri. Trio T-team dan seorang pemain Kedah telah sah menjadi milik Kelantan.

Indraputra Mahayuddin, Norfarhan Muhammad, Azizi Mat Rose dan Azlan Ismail antara pemain tempatan yang direkrut ke dalam pasukan selain Emmanuel Okine, Danny Antwi dan Mohamed Ghaddar turut memperkuatkan pasukan selaku pemain import. Namun, selepas pengumuman dibuat, maka timbulah cakap-cakap belakang segelintir penyokong yang mengatakan bahawa ini bukan "Super Warriors" ini sekadar biasa-biasa atau sederhana sahaja.

Disini, mentaliti harus diperbetulkan, maksud sebenar disebalik perkataan "Super Warriors" ialah membina sebuah pasukan yang mempunyai keseimbangan di semua posisi, pemain utama dan pemain simpanan tiak juah beza dari segi kualitinya. Namun segelintir faham maksud "Super Warriors" adalah merekrut seberapa ramai nama-nama besar atau pemain-pemain kebangsaan.


Walaupun "Super Warriors" sudah lahir di mata penulis, namun tak dapat dinafikan bahawa penulis tetap berasa kecewa dengan "U-turn" saat akhir beberapa pemain yang dikaitkan dengan Kelantan.

Yang paling utama ialah kapten berpengaruh negara, Mohd Safiq Rahim yang mengubah angin untuk setia bersama Gergasi Merah Kuning untuk musim hadapan walaupun pada mulanya dikhabarkan sudah mencapai 90% pasti untuk ke Kelantan.

Seperti yang pernah penulis ulas (Baca sini) ia mungkin disebabkan oleh X-Factor yang ada pada Irfan Bakti, namun, inilah dia, dunia bolasepak profesionnal dimana pemain mempunyai hak mutlak dalam memilih mana-mana pasukan yang ingin disertai selagi tidak terikat dengan kontrak.

Tutup cerita itu, kita buka cerita baru, lembaran, cabaran, onak duri dan kegemilangan The Red Warriors untuk musim 2012. Musim yang dikatakan antara musim paling mencabar buat Sang Kijang yang dijadualkan bakal bersaing dalam banyak kejohanan dan yang paling besar ialah kejohanan AFC. Dengan terbinanya "Super Warriors" penulis meramalkan skuad bimbingan Peter James Butler tidak mempunyai masalah untuk sekurang-kurangnya merangkul 3 piala di peringkat domestik atau "treble" walaupun mensasarkan semua piala yang dipertandingkan.

4 kejohanan utama disamping beberapa kejohanan minor - sememangnya mencabar, jadi dengan situasi semasa seluruh organisasi di bawah payung Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) mampu menyerap tekanan sebanyak mungkin. Tidak kira pasukan, penyokong atau mana-mana pihak berkaitan. Semua dilihat sudah bersedia untuk mencipta sejarah kegemilangan pasukan jagoan pantai timur, Kelantan. Gomo Kelate Gomo!

1 comment:

  1. Paddy Power Casino Hotel, Luton, UK | MapyRO
    Find your way 목포 출장안마 around the Casino at Paddy Power Casino 제주 출장마사지 Hotel, Luton in Luton, UK. Make 시흥 출장샵 real money 창원 출장안마 and WIN BIG! 정읍 출장마사지

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...