Friday, November 4, 2011

Norfarhan Muhammad Kembali


"Sirih pulang ke ganggang" - ungakapan paling sesuai untuk menerangkan tentang kehadiran semula insan bernama Norfarhan Muhammad ke skuad The Red Warriors. Beliau pernah menjadi mangsa kontroversi di kalangan penyokong Kelantan apabila bertindak meninggalkan pasukan di saat-saat akhir jendela perpindahan pemain musim lepas.

Walaupun belum terdapat sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) namun dengan kelibat beliau dan keluarga tercinta di bumi Kelantan sudah cukup melegakan hati para peminat tegar pasukan Kelantan.

Jelas, jiwa belia tidak pernah meninggalkan bolasepak Kelantan, beliau yang sinonim dengan jersi nombor 10 dijangka akan mendapat semula nombor keramat itu apabila pemain berjersi nombor 10 sedia ada Kelantan sudah pasti akan meninggalkan pasukan pada musim hadapan.

Selain itu, para penyampai-penyampai khabar angin ada mengingatkan penulis supaya expect the unexpected dalam urusan jual beli pemain untuk musim ini. Kerana akan ada satu kejutan dihari pengumuman senarai penuh pemain pada 8 November ini nanti. 

Dengan pasukan-pasukan kaya lain sedang giat melancarkan misi-misi menebus kontrak, hijacking dan ada juga mencuri, jadi, harap semua pihak yang terlibat dapat bertindak bijak dalam hal ini supaya dapat mengekang daripada berlakunya perpindahan keluar pemain di saat-saat akhir. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...