Dikala khabar angin tentang kehadiran pemain berprofil tinggi, Safiq Rahim ke dalam skuad Kelantan 2012 semakin bertiup kencang, angin tersebut seolah-olah terus berhenti apabila Safiq Rahim melalui laman sosial Facebooknya mengeluarkan kenyataan bahawa dia ingin kekal bersama pasukan Selangor.
Walaubagaimanapun menurut sumber rapat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) menyatakan bahawa usaha untuk membawa Safiq Rahim ke negeri Che Siti Wan Kembang ini masih giat dijalankan. Harus diingat, bukan pasukan Kelantan sahaja yang inginkan khidmat Safiq, Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) juga masih belum mengalah dalam perebutan pemain ini.
Namun, pada pendapat penulis, andai Safiq benar-benar tidak akan meninggalkan Selangor untuk musim hadapan, sebabnya tidak lain dan tidak bukan iaitu X-Factor yang ada pada bekas jurulatih Terengganu, Haji Irfan Bakti yang kini sah sebagai jurulatih baru The Red Giants.
Penulis ada menerima info daripada seorang rakan blogger, beliau menyatakan bahawa Safiq sudah menyatakan andai kata kembar sensasi Negeri Sembilan, Aidil Zafuan dan Zaquan Adha berhijrah ke pasukan Selangor, Safiq Rahim juga akan turut kekal di Selangor. Khabar angin ini dikuatkan lagi apabila sumber dari Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) menyatakan bahawa proses pembaharuan kontrak pemain kembar ini menemui jalan buntu.
Untuk mendapat pengesahan rasmi, sama-sama kita nantikan detik 8 November 2011 dimana Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa melalui akaun Facebook miliknya menyatakan bahawa pada tarikh tersebut senarai penuh skuad The Red Warriors 2012 akan diumumkan.
No comments:
Post a Comment