Thursday, November 24, 2011

Mereka Main Ala Sepanyol


Selepas menyaksikan Malaysia tewas 0-2 di tangan Syria dalam perlawanan peringkat kumpulan kelayakan Olimpik di Stadium Nasional Bukit Jalil, selain dari faktor keletihan, kegagalan pemain-pemain bahagian tengah merecana gerakan juga menjadi antara punca kekalahan Malaysia.

Untuk entry kali ini, aku nak bagi sedikit pendapat dalam hal pemilihan pemain tengah untuk skuad muda negara ini. Aku buat entry ini tidak mengambil kira soal kecergasan dan status kecederaan pemain-pemain ini, jadi kalau ada yang cedera atau tak fit tu memang tak boleh beraksi la.

Buat masa sekarang, bagi aku dan mungkin ada ramai yang bersetuju, gandingan antara pemain tengah paling hangat masa kini Nazmi Faiz Mansor dan Gary Steven Robbat serta Irfan Fazail adalah merupakan yang terbaik memandangkan aksi K.Gurusamy, Shukur Jusoh dan pemain-pemain lain kurang memberansangkan. 

Nazmi Faiz Mansor, baru berusia 17 tahun namun anda boleh lihat bertapa pemain ini dapat beraksi dengan cukup matang malah dari apa yang aku lihat, dia adalah lebih baik dari Amar Rohidan. Anda dapat saksikan kualiti budak ni melalui hantaran-hantaran jauhnya yang sentiasa menepati sasaran, selain itu through pass juga menjadi senjata rahsia dia. Sangat berbahaya dan yang paling penting, beliau mempunyai composure yang tinggi.

Gary Steven Robbat, seorang pemain yang lebih kepada seorang pemain tengah bertahan / defensive midfielder. Apa yang aku suka, corak permainannya old school beliau. Beliau boleh bertindak selaku box-to-box midfielder yang baik. Beliau boleh membantu barisan pertahanan dan juga jentera serangan. Walaupon kadang kala terjahan-terjahan yang dilakukannya memang keras. Sama macam Nazmi, beliau juga mampu buat killer pass seperti yang dilakukan beliau semasa perlawanan menentang Lebanon. Hantaran cantik beliau berjaya membuka ruang kepada Wan Zack untuk menjaringkan gol.

Irfan Fazail. seorang lagi pemain muda. Beliau lebih gemar bertindak sebagai attacking midfielder. Beliau ada pace, ada composure namun kadang kala dilihat agak gelojoh. Namun apa yang menarik, kemampuan beliau untuk bermain hantaran-hantaran pendek ala Barcalona dan Sepanyol. Jelas dapat dilihat apabila beliau berganding bersama Nazmi di Sukan SEA lalu. Permainan satu-duanya juga amat berbahaya. Beliau juga mempunyai goal scoring instinct. 

Kesimpulanya, gandingkan mereka dan anda pasti dapat menonton perlawanan pasukan Malaysia yang amat berbeza daripada kebiasaan. Percayalah. Hantaran pendek kemas, satu-dua berbahaya, composure walaupun buat masa sekarang mungkin pengalaman yang membataskan kelancaran permainan mereka namun mereka masih lebih baik dari gandingan pemain tengah skuad senior. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...