Tuesday, November 22, 2011

Gugurkan Fakri Saarani


Jika nama Apek menjadi nama paling popular selepas Malaysia menjadi juara Piala AFF Suzuki dek kerana ketangkasannya, kali ini giliran nama Ahmad Fakri Saarani pula, namun agak berlainan kerana nama beliau menjadi popular dek kerana kegagalannya mempamer aksi yang baik dalam semua aksi di Sukan SEA di Indonesia kali ini. 

Dalam entry kali ini, saya ingin meluahkan pendapat peribadi saya tentang masa depan Fakri bersama skuad kebangsaan, tidak kira skuad Rajagobal mahupun Ong Kim Swee, kalau anda tidak bersetuju, anda punya suka kerana bak kata Shebby Singh - "Speak your mind".

Pada pendapat saya, nama Ahmad Fakri Saarani sudah tidak layak berada dalam skuad negara, saya ulangi, tidak layak, tamak, tiada composure bila bola dikaki, hantaran tidak menepati sasaran - itulah Fakri, walaubagaimana pun ada sesuatu yang saya tabik kepada beliau, work rate dan determination beliau, namun itu sahaja tidak cukup bagus untuk seorang pemain kebangsaan.

Mungkin ramai yang ingin mempertahankan beliau kerana beliau telah menjaringkan gol ketika perlawanan separuh akhir Sukan SEA menentang Myanmar. Ya, saya juga mengucapkan terima kasih, namun, itu hanya luck beliau kerana jika dilihat kepada corak permainan, jelas aksi beliau below par.

Saya tak salahkan Ong Kim Swee kerana meletakkan beliau dalam senarai pemain untuk dibawa ke Indonesia untuk Sukan SEA edisi kali ini kerana kita sedia maklum, pemain-pemain regular seperti Hazwan Bakri, Wan Zack Haikal dan Izuan Salahuddin mengalami kecederaan sebelum bermulanya Sukan SEA memaksa Kim Swee untuk menyenaraikan Fakri.

Namun, apa yang saya hairan, kenapa Fakri selalu 'melekat' dalam skuad Rajagobal. Ya, sekali lagi saya tidak nafikan, dahulunya Fakri pernah menjadi antara pemain sayap/striker terbaik yang ada di Malaysia lebih-lebih lagi ketika beliau mewakili Perlis. Namun segalanya telah berubah, dalam karier seseorang pemain bolasepak pasti ada up and down. Begitu juga Fakri.

Saya cadangkan, gugurkan Fakri, ini bukan bermaksud pintu untuk Fakri kembali ke skuad kebangsaan sudah ditutup buat selama-lamanya, at least sehingga prestasinya kembali top bersama pasukan negeri yang diwakilinya, Negeri Sembilan.

Bangkit lah wahai Ahmad Fakri Saarani!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...