Friday, May 20, 2011

The Golden Boy - HM10


Nama Hashim Mustapha pernah menggegarkan arena bola sepak negara suatu ketika dahulu. Biarpun ramai generasi muda masa kini tidak mengenali dengan dekat bintang negara itu, tapi hampir semua pasti pernah mendengar namanya – pemain dengan bakat semulajadi yang mengangkat imej Malaysia setaraf dengan jaguh bola sepak dunia.Paling ketara Sukan Sea 1987 di Jakarta yang menjadi gelanggang dia mempamer taring dan kehebatannya.

Beliau yang mula berjinak dengan bola sepak seawal berumur 13 tahun bermain untuk liga daerah Kota Bharu dan membuat '1st debut' bersama skuad Kelantan pada usia 17 tahun pada tahun 1983.Sejak dari itu, kehadirannya dalam kesebelasan utama Kelantan merupakan berita buruk buat pasukan lawan.

Kelebihan dimiliki Hashim banyak dengan sepakan deras bak peluru,bila tiba 'deadball situations' dia lah yang paling digeruni,Sepakan-sepakan 'swinger' dan kebolehan untuk membuat jaringan dari sudut-sudut yang sukar juga merupakan salah satu sebab beliau digeruni.Itu belum dikira bijaknya penyerang ternama negara itu membaca gerakan lawan dan meloloskan diri.

Walaupun aksi pemain istimewa seperti Hashim yang tiada galang gantinya sehingga kini sudah lama meninggalkan kita, bayangan kehebatannya tidak pernah padam apatah lagi apabila mengingati susah payah anak kelahiran Kelantan itu mencipta nama walaupun dia memang sudah memiliki kurniaan yang tiada pada orang lain.

Hashim sangat gigih ketika latihan, sejak di bangku sekolah lagi dia tidak pernah jemu berlatih sehingga namanya sudah sebati dengan padang latihan,di skuad kebangsaan pun dia masih sama apabila terus mengawal bola sambil menggelecek tiang-tiang kecil sebelum melepaskan tendangan kencang ke gawang yang kosong untuk menajamkan kuasa pemusnah yang ada pada dirinya.

Malah dia tidak suka diganggu ketika latihan apatah lagi mengaitkan kemasyhuran dirinya di padang dengan kehidupan peribadi hingga menjadikan dia idola paling diminati.Hashim merupakan seorang pemain yang selalu merendah diri.

Apapun bersaranya permata paling berharga bola sepak negara itu tidak seharusnya di sia-siakan begitu saja,generasi sekarang sepatutnya cuba menjadikannya sebagai motivasi meningkatkan diri supaya bola sepak negara kembali segar seperti sebelumnya.

Berikut diperturunkan sedikit maklumat yang dapat dicari oleh penulis

NAMA : Hashim Mustapha
TARIKH LAHIR : 31hb. Januari 1966
TINGGI : 5' 6"BERAT : 65 kg
ADIK-BERADIK : Sembilan (keenam)
POSISI : Penyerang
STATUS : Kahwin 
PENDIDIKAN : Kolej Sultan Ismail (SIC)
FIZIKAL : Sederhana tinggi
PENGALAMAN* 1982 - Mula bermain dalam pasukan Kelantan untuk Piala Emas Raja-raja ketika tingkatan empat.
* 1983 - Berehat setahun untuk menghadapi SPM
* 1984 ~ 1996 - Menjadi pemain utama Kelantan
* 1993/94 - Pemenang Kasut Emas
* 1996 ~ 1997 - Berhijrah ke negeri Kedah
* 1998 - Kembali ke Kelantan
* 1999 - Bersama pasukan Johor setelah berselisih dengan pengurusan Kelantan FA
* 2000 - Bersama JKR Kelantan
* Menyertai TNB Kelantan di pusingan kedua Premier II 2001
* 2008 - Jurulatih Skuad Presiden Kelantan
* 2010 - Pembantu Jurulatih Skuad Kelantan
Pencapaian : Pemenang kasut emas 1993-1994





2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...