Thursday, May 26, 2011

Apa Tugas Pengadil ?

Pengadil keempat perlawanan (Kelantan vs T-Team)
Credit : Userun Photography
Pengadil sekali lagi menjadi tumpuan di Stadium Sultan Muhammad IV yang menyaksikan Kelantan tewas mengejut di tangan pasukan T-Team semalam.

Yang paling mendapat tumpuan adalah penjaga garisan yang membenarkan gol pertama pasukan pelawat walaupun didakwa bola sudah keluar dari garisan dan diakui sendiri oleh pemain salah seorang pemain pasukan pelawat selepas tamat perlawanan. Mengapa ini boleh berlaku ? 

Pertama, mari kita lihat apa tugas seorang insan yang diibaratkan sebagai 'pelakon tambahan' dalam sesuatu perlawanan, jadi tumpuan apabila wujudnya kontroversi iaitu pengadil atau lebih tepatnya penjaga garisan.

Tugas yang pertama ialah memastikan keseluruhan bola keluar dari garisan sebelum memberi isyarat kepada pengadil utama, kedua, memastikan arah tendangan sudut, tendangan gol dan balingan bola ke dalam padang. Ketiga, memaklumkan pemain yang berada dalam kedudukan 'offside' dan yang terakhir ialah membantu pengadil utama membuat keputusan apabila ianya diluar pandangan pengadil utama. 


Namun bagi penulis, tugas pengadil yang utama ialah berlaku adil kerana mereka telah diberi mandat dan kepercayaan untuk mengadili sesebuah perlawanan.

Menurut sumber yang diperoleh penulis, hanya 35 orang pengadil (Kelas A) yang layak mengadili perlawanan berdaftar di Malaysia. Itu setelah mereka lulus dengan cemerlang dalam ujian kecergasan iaitu mereka harus membuat larian sejauh 2,800m dalam masa 12 minit. Selain ujian kecergasan mereka juga harus lulus dalam ujian teori seperti undang-undang 'curi ayam' ataupun 'offside' 

Sekarang, mari kita lihat kepada bayaran yang mereka perolehi apabila mengadili sesuatu perlawanan. Untuk pengadil utama yang mengadili perlawanan liga super mereka akan dapat RM300 dan RM125 untuk penolong pengadil, bagi perlawanan Piala Malaysia pula pengadil utama akan dapat RM250 dan RM125 untuk penolong pengadil dan akhir sekali untuk perlawanan Piala FA dan Liga Premier, Pengadil utama akan dapat RM150 dan penolong pengadil akan dapat RM75. Tidak mencukupi lagi kah ?

Mereka cuma perlu 'lari-lari ayam', 'tebalkan' muka dan telinga, tunjuk kad kuning atau merah bila perlu dan tiap wisel dalam masa 90 minit sahaja. Namun satu perkataan yang keluar dari mulut penjaga garisan dalam perlawanan semalam telah merencatkan kedudukan pasukan Kelantan di takhta liga dan juga moral pemain-pemain Kelantan yang perlu menempuhi banyak perlawanan-perlawanan penting dalam masa yang singkat ini.

Kenapa ? mengapa ? semua ini terjadi ? bagi penulis, sudah tiba masanya Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil pengadil-pengadil dari luar negara yang pastinya jauh lebih berkaliber dari pengadil-pengadil yang ada di negara, kerana perkara ini tidak lagi boleh dipandang mudah kerana ianya telah banyak kali menggangu pasukan-pasukan dalam usaha mencapai kejayaan.




1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...