Thursday, June 30, 2011

Sekadar Menang Tipis


Harimau Malaya sekadar menang tipis dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014 menentang pasukan yang penuh 'misteri', Taiwan. Malaysia menang dengan keputusan 2-1. Satu keputusan yang agak mengecewakan buat pasukan negara yang mempunyai banyak kelebihan.

Dalam perlawanan yang berlansung di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam, pasukan Taiwan nampak terlibih dahulu 'settle down' dan pasukan tuan rumah nampak terpinga-pinga untuk mencari rentak. Dengan hantaran-hantaran yang tidak menjadi nyata membimbangkan Dato' K.Rajagobal.

Selepas beberapa ketika, pemain negara nampaknya baru 'ngam' dengan padang stadium sendiri apabila beberapa serangan berbahaya dilancarkan kearah kubu pertahanan Taiwan. Pasukan negara bermain 'possession football' ala Barcalona. Dengan melihat para pemain negara selesa  mengawal bola. Dato' K.Rajagobal membawa keluar pemain pertahanan muda Helmi Remeli dan membawa masuk Abdul Hadi Yahya.

Kemasukan Abdul Hadi membakar semangat pemain negara. Tidak sampai seminit selepas pertukaran tersebut, kapten pasukan, Mohd Safiq Rahim berjaya memecah kebuntuan apabila sepakan lencongnya berjaya menewaskan penjaga gol Taiwan pada minit ke 28 untuk meletakkan Malaysia didepan.

Bersambung babak kedua, Malaysia terus melancarkan serangan bertali arus dengan Taiwan jarang-jarang mendapat peluang, pada minit ke 58 perlawanan, pemain pertahanan kegilaan ramai, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak menggandakan gol tuan rumah apabila tandukannya berjaya membolosi gawang lawan buat kali kedua.

Selesa dengan kedudukan semasa, barisan serangan negara tampak sudah tidak bernafsu untuk memburu ketiga manakala barisan pertahanan pula sudah 'tidur lena'. Tidak lama dibuai mimpi, pemain negara dihukum apabila Taiwan berjaya mendapatkan gol pertama hasil kealpaan barisan pertahanan. Terkejut dengan gol tersebut, para wira negara cuba mengasak namun ketumpulan barisan serangan negara tampak jelas apabila hantaran demi hantaran tidak menjadi dan percubaan-percubaan yang tidak masuk akal mula dilepaskan.

Tamat perlawanan, Malaysia 2 - 1 Taiwan,  2-1 adalah keputusan yang "TAK PATUT" sebagai tuan rumah tapi patut "DENGAN SIKAP PEMAIN". Pagi tadi ketua jurulatih negara menyatakan bahawa walaupun beliau lega namun beliau kecewa dengan persembahan yang ditunjukkan oleh anak buahnya. Perlawanan timbal balik kedua akan berlansung pada 3 July 2011 di  Taipei Municipal Stadium, Taipei. Malaysia cuma perlu seri atau menang saja, kalah bermakna Harimau Malaya boleh ucap selamat jalan pada world cup, kalau kalah 1-0 sudah cukup untuk taiwan layak kerana kelebihan gol di tempat lawan menyebelahi taiwan. Kalau malaysia lead 1-0 taiwan wajib cari paling kurang 3 gol untuk layak kerana Malaysia ada kelebihan gol dan kelebihan gol tempat lawan 3-1. Apapun gol awal wajib dicari bukan bertahan. 





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...