'Saya bangga dan gembira' itulah jawapan yang diberikan oleh penjaga gol ketiga Harimau Muda A, Sasi Kumar Kishor Kumar apabila diajukan soalan tentang perasaannya apabila pertama kali beraksi bersama pasukan negara baru-baru ini.
Katanya lagi, 'saya bangga dan gembira dapat bermain dengan pemain terbaik di malaysia, bukan semua orang dapat peluang macam ni tambah pula beraksi di depan penyokong yang begitu fanatik, berasa puas hati bila dapat main didepan penyokong yang begitu ramai tidak berganjak sedikitpun walaupun hujan'
Sasi Kumar membuat penampilan pertamanya bersama skuad negara dalam perlawanan persahabatan dengan pasukan Myanmar di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu yang berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada pasukan negara dengan jaringan 2 gol tanpa balas.
Walaupun hanya beraksi lebih kurang 5 minit sebelum perlawanan tamat, namun kehebatan beliau dapat dilihat oleh ribuan penyokong Harimau Malaya apabila Sasi Kumar berjaya menangkap kemas 2 percubaan bahaya dari barisan serangan pasukan Myanmar.
Penjaga gol yang menjadikan Ben Foster dan Farizal Marlias sebagai idolanya ini ada menyimpan hasrat untuk beraksi bersama skuad The Red Warriors untuk musim hadapan apabila kontraknya bersama pasukan Harimau Muda A akan tamat tidak lama lagi.
Namun, apabila melihatkan posisi selaku penjaga gol utama Kelantan bergitu kukuh di tangan Khairul Fahmi Che Mat, beliau terpaksa melupakan hasratnya itu kerana beliau merasakan dirinya perlu berada dalam pasukan yang beliau akan dapat jadi regular player, 'saya pun tak nak jadi reserve, untuk kebaikan masa depan saya supaya dapat call up for national team pada masa akan datang saya perlu cari team yang saya boleh main 1st'
No comments:
Post a Comment