Kemenangan tipis Kelantan ke atas Perak sudah cukup untuk mengembalikan senyuman dibibir para penyokong The Red Warriors yang kecewa selepas pasukan kesayangan mereka tewas mengejut di tangan Terengganu dalam perlawanan akhir Piala Fa baru-baru ini.
Perlawanan yang pada mulanya hambar menjadi hangat apabila kedua-dua pasukan mula mengatur serangan demi serangan. Jentera serangan pasukan Perak yang diketuai oleh bekas penyerang Kelantan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli nyata garang dengan asakan-asakan yang berbahaya diatur.
Bagi pasukan tuan rumah pula, barisan serangan yang diketuai oleh penyerang prolifik, Norshahrul Idlan Talaha sambil dibantu oleh Nurul Azwan Roya , Mohd Izuan Salahuddin dan S.Chanturu juga garang apabila deretan peluang dicipta namun segalanya sia-sia.
Namun , sebelum tamat babak pertama perlawanan , sang kijang dihadiahkan sepakan penalti apabila pemain pertahanan Perak mengasari pemain Kelantan , namun , Norshahrul Idlan Talaha gagal menyempurnakan sepakan tersebut apabila penjaga gol negara , Nasril Nourdin berjaya menyelamatkannya.
Bersambung babak kedua , tuan rumah nampak lebih bernafsu untuk mendapatkan jaringan , Kelantan terus mengatur serangan ke arah kubu pertahanan Perak , akhirnya , Kelantan berjaya memecah kebuntuan apabila Norshahrul Idlan Talaha menjaringkan gol tunggal perlawanan apabila tenang menyempurnakan hantaran cantik daripada Daudsu Jamaluddin.
Selepas itu , Perak kelihatan seperti sudah hilang semangat , peluang tersebut digunakan sepenuhnya oleh Kelantan untuk mencari gol kedua , namun nyata barisan serangan pasukan Kelantan masih tumpul. Tamat perlawanan , Kelantan 1 Perak 0 , Kelantan terus berada di puncak liga.
Sementara pencabar terdekat , Terengganu menang keatas pasukan 'adik' mereka , T-team dengan jaringan 3-2 dan Selangor pula menang tipis keatas FELDA United dengan jaringan 2-1 , kini , Kelantan di landasan terbaik untuk menjulang trofi Liga Super buat julung kalinya , hanya 1 mata sahaja lagi yang diperlukan oleh The Red Warriors untuk mengesahkan tempat selaku juara Liga Super 2011.
No comments:
Post a Comment