Nama B.Sathianathan atau lebih mesra dengan gelaran Abe Ya tidak asing lagi dalam arena bola sepak negara dan di Kelantan. Siapa tak ingat beliau ? jurulatih pertama yang berjaya membawa The Red Warriors menjadi juara Piala Malaysia buat julung kalinya.
Namun , disaat beliau menjadi 'The Special One' di Kelantan, beliau terpaksa disisihkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengambil keputusan untuk menggantung beliau selama 6 bulan, sejak daripada itu, tugas beliau diambilalih oleh jurulatih berpengalaman yang pernah membimbing pasukan Kelantan suatu ketika dahulu , Dato' M.Karathu.
Selepas Kelantan tumbang di perlawanan akhir Piala FA di tangan Terengganu baru-baru ini, para penyokong Kelantan bagai sudah hilang kepercayaan kepada Dato' M.Karathu dan mendesak supaya jawatan itu dikembalikan kepada B.Sathianathan yang akan tamat tempoh penggantungannya tidak lama lagi.
Dibawah disertakan beberapa faktor mengapa para penyokong mendesak Dato' M.Karathu digugurkan :
1 - Beliau tidak berapa arif dalam aspek penilaian dan pemilihan pemain untuk kesebelasan utama.
2 - Selalu menggunakan taktikal yang sama dalam perlawanan walaupun menghadapi lawan yang sama , ini membolehkan pihak lawan membaca corak permainan Kelantan.
3 - Tidak berani mengambil risiko untuk membuat pertukaran.
4 - Selalu menggunakan pemain simpanan sekadar untuk melengahkan masa.
5 - Tahap disiplin kurang
Apa komen anda ? wajarkah ?
Penulis setuju dengan faktor-faktor tersebut , tapi tidak terlalu awalkah penyokong menilai kredibiliti beliau ? Kelantan pernah menjadi naib juara Piala Fa dan Piala Malaysia semasa dibawah bimbingan Sathia. Dato' Karathu sendiri juga pernah memberitahu kepada penulis bahawa " I come here to teach and achieve success. Success is not instance example Man City.Target top three and if can win trophy it will be great."
Namun , semuanya terletak di tangan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk membuat keputusan , penulis hanya berharap agar KAFA tidak tersalah langkah , buat keputusan dengan berhati - hati , jangan terlalu gopoh , Gomo Kelate Gomo !
No comments:
Post a Comment