Monday, June 13, 2011

Misi Mesti Menang !


Tiada jalan lain buat anak buah Dato' M.Karathu selain menang dalam perlawanan esok menentang Perak sekiranya mahu terus mengunguli takhta liga hingga ke perlawanan terakhir Liga Super sekaligus menjadi Juara baru Liga Super.

Dato' M.Karathu hanya mampu mengharapkan kebangkitan barisan pemainnya untuk memberi aksi terbaik pada pertemuan esok dan melupakan kekecewaan tumpas kepada Terengganu dalam saingan akhir Piala FA baru-baru ini.

Dijangka kelibat penjaga gol berpengalaman Kelantan, Mohd Shahrizan Ismail akan sekali lagi dapat disaksikan oleh para penyokong Kelantan apabila posisi selaku penjaga gol hampir pasti diisi oleh beliau dengan ketiadaan Khairul Fahmi Che Mat yang telah berlepas ke Qatar pada 12/6 untuk bersama pasukan Olimpik negara.

Namun, skuad Kelantan dijangka berhadapan misi yang agak sukar kerana Perak bukan calang - calang , mereka mempunyai ramai pemain berpengalaman dan bertambah sukar buat Kelantan selepas kekecewaan tewas di perlawanan akhir Piala FA masih lagi terbayang dalam ingatan para pemain.

Hanya sokongan padu para penyokong sahaja dapat menaikan kembali semangat para pemain Kelantan untuk mengharungi perlawanan yang akan berlansung di Stadium Sultan Muhammad IV malam esok. Kelantan hanya memerlukan 4 mata sahaja lagi untuk mengesahkan tempat selaku juara baru Liga Super.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...