Disaat saingan Liga Super hampir sampai ke penghujungnya , Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) nampaknya sudah mempunyai calon-calon pemain import untuk mengisi quota 3 pemain bagi memantapkan pasukan untuk menempuhi musim hadapan yang pastinya lebih mencabar buat The Red Warriors.
Para penyokong sang kijang mula tertanya-tanya siapakah nama-nama pemain tersebut, baru sebentar tadi presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) , Tan Sri Annuar Musa mengumumkan 3 daripada 5 calon pemain tersebut.
3 nama tersebut ialah Josip Bonacin , pemain pertahanan berumur 27 tahun dan berasal dari Crotia, selain itu, Obinna Nwaneri juga turut tersenarai , beliau juga merupakan pemain di posisi pertahanan dan berumur 29 tahun, beliau berasal dari Nigeria manakala nama yang terakhir adalah Igor Radovanovic pemain yang berumur 25 tahun dan beraksi di posisi serangan.
Ketiga-tiga pemain ini dijangka akan beraksi bersama The Red Warriors dalam perlawanan persahabatan menentang pasukan Pelita Jaya dari Indonesia pada 2 july nanti di Stadium Sultan Muhammad IV. Disana, para pemain ini akan dinilai kemampuan mereka oleh ketua jurulatih Kelantan, Dato' M.Karathu.
Penulis yakin, mereka dapat menunjukkan aksi mantap dalam perlawanan persahabatan itu nanti kerana mereka bukan calang-calang . Untuk mendapatkan info-info lebih lanjut tentang ketiga-tiga pemain ini, anda boleh lawati link-link yang disediakan dibawah :
Josip Bonacin : http://en.wikipedia.org/wiki/Josip_Bonacin
Obinna Nwaneri : http://en.wikipedia.org/wiki/Obinna_Nwaneri
Igor Radovanovic : http://www.uk.cn.cn.www.cn.calcio.tv/players/igor-radovanovic/84249/
No comments:
Post a Comment