Thursday, June 16, 2011

Aris sudah bersedia


" Saya sudah bersedia " itu lah kenyakinan yang disuarakan oleh pemain yang baru berusia 20 tahun , Mohamad Aris Zaidi. Beliau yang sekarang beraksi untuk pasukan piala presiden Kelantan menyuarakan keyakinan itu apabila Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan mengumumkan bahawa akan ada 3 orang nama baru dari skuad piala presiden yang akan dinaikkan pangkat untuk bersama skuad senior menjelang saingan Piala Malaysia nanti.

Aris Zaidi merupakan antara 'hot prospect' yang dimiliki Kelantan. Naluri pembunuh Aris Zaidi di depan pintu gol merupakan salah satu punca beliau disegani oleh lawan. Menjadikan Hashim Mustapha, Fernando Torres dan Lionel Messi selaku idola, penyerang yang sinonim dengan jersi Merah Putih bernombor 12 mahu dikenali selaku antara pemain yang sedang meningkat naik dalam arena bola sepak Negara.



Prestasi yang cukup mantap beliau dalam saingan Piala Presiden musim ini pastinya menarik perhatian jurulatih Kelantan, Datuk M. Karathu untuk menyenaraikan pemain itu sebagai penyerang skuad senior Kelantan dalam saingan Piala Malaysia nanti , selain usia pemain itu yang baru mencecah 20 tahun.

Dengan usianya yang masih muda pastinya memberi advantage kepada Kelantan untuk membentuk Aris Zaidi sebagai pemain yang cukup hebat seperti Norshahrul , Safee Sali dan Abdul Hadi. Penulis juga yakin dengan kehadiran Aris Zaidi dalam skuad senior Kelantan pastinya akan menambahkan sengat di barisan serangan Kelantan yang dilihat agak kurang berbisa sejak kebelakangan ini.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...