Saturday, October 29, 2011

Ringkas : Amirul Hadi Sah Sertai TRW ?


Selepas pengakuan keluar dari Selangor, Amirul Hadi mengeluarkan pula kenyataan bahawa dia akan beraksi bersama pasukan Kelantan untuk musim 2012/2013 nanti.

Hal tersebut dinyatakan menerusi laman Twitter milik beliau. Pada pandangan penulis, penghijrahan Amirul Hadi Zainal daripada Selangor masuk ke Kelantan adalah sesuatu yang PASTI dan SAH. Tapi ingat, ini hanya pendapat peribadi penulis.

Kenapa penulis bergitu yakin. Mana taknya, kenyataan demi kenyataan dikeluarkan oleh Amirul Hadi, info-info dari sumber rapat Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), sumber daripada rakan-rakan blogger, rakan-rakan yang berada 'dalam' Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) dan daripada rakan rapat Amirul sendiri mengatakan bahawa beliau akan sertai The Red Warriors.

Namun, penulis tidak berani mengeluarkan berita rasmi mengenai khabar angin ini, jadi, sama-sama lah kita tunggu pengumuman rasmi daripada pihak Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) menerusi presidennya Tan Sri Annuar Musa selepas berakhirnya saingan Piala Malaysia 2011.

Friday, October 28, 2011

Amirul Ucap Goodbye, Penyokong Mula Melenting


Aku tak mahu ulas panjang, korang semua boleh nilai sendiri, nasihat dari aku, lain kali jangan tunjuk kebangangan anda secara terang-terang nanti boleh membawa aib kepada diri sendiri. Jiwa tak sama macam Arwah Mokhtar Dahari ? Dulu Liga Semi-Pro, sekarang Liga Pro, cuba biar pandai bezakan. 



Wednesday, October 26, 2011

Bangang Arsenal, Bangang Lagi FAM


Semua sedia maklum, Arsenal merupakan pasukan bolasepak paling bangang di abad ini, namun disebalik itu, apa yang anda-anda semua mungkin tidak tahu ialah ada lagi persatuan yang lebih bangang dari pengurusan Arsenal. Persatuan tersebut ialah Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

FAM yang kini berada dalam senarai Top 10 Most Stupid Association on Planet Earth sedang mendaki untuk sampai ke tangga pertama senarai tersebut. Sasaran tersebut dijangka akan tercapai pada 29 October 2011 ini dimana FAM akan merampas takhta dari Persatuan Penyokong Arsenal.

Onar terbaru yang dibuat FAM dalam mencapai sasaran mereka ialah menaikkan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia. Cuba lihat statistik ini. Tahun 2009 - tiket RM20, Tahun 2010 - tiket RM30 dan tahun 2011 - tiket RM50. Ini lah ciri-ciri yang diambil kira oleh para juri dalam pemilihan persatuan paling bangang itu.

Para penyokong Negeri Sembilan dah kata, mereka akan tetap pergi ke Stadium Shah Alam hari game, tapi mereka akan bukak big screen kat luar Stadium. Lagi hangat Mr Presiden FAM dengan kuncu-kuncunya yer dok. Apa sebab Mr Presiden tak bertimbangrasa naik kan harga tiket ? alah, team Mr Presiden kan mana masuk final, Piala Malaysia pon tak dapat masuk.

Tapi, di sebelah pantai timur, para penyokong Terengganu katanya juga akan pergi dan masuk ke stadium, secara automatiknya kena beli tiket la kalau nak masuk kan. Katanya 30,000 tiket yang diperuntukkan kepada Persatuan Bolasepak Terengganu (PBSNT) dah habis terjual, mulanya kata nak boikot jugak, tapi dah dapat subsidi, ape lagi kan.

Di sini gua berani cakap, yang beli tiket guna duit subsidi ni hanya yang bodoh dan tak reti nak sokong bola. Tahukah anda, duit subsidi ni duit anda semua juga ? Bukan kah lebih bermanfaat jika digunakan untuk bantu golongan-golongan lebih memerlukan ? jika anda beli jugak guna duit subsidi ni, lagi lah untung FAM, lagi lah buncit perut sekor-sekor dalam tu. 

Maka dengan ini, gua mengisytiharkan, gua nak pergi tengok game Arsenal lwn Chelsea, baik tengok Frimpong dari tengok muka Mr Presiden FAM iyer dok ?

Wordless Wednesday Versi Khas FAM


Monday, October 24, 2011

Ringkas : Norshahrul Setia Bersama TRW




Selepas pengesahan pengambilan semula Peter James Butler selaku jurulatih pasukan, para penyokong The Red Warriors sekali lagi dapat menarik nafas lega apabila penyerang berbisa, Norshahrul Idlan Talaha tidak akan angkat kaki ke pasukan lain untuk musim hadapan.

Isteri Norshahrul, melalui akaun laman sosial facebooknya telah mengeluarkan kenyataan bahawa Norshahrul masih setia bersama The Red Warriors. Sekaligus menafikan segala khabar-khabar angin dan peluang untuk pasukan-pasukan lain menyambar penyerang prolifik ini dari genggaman Kelantan.

Antara pasukan yang dikhabarkan berminat dan sedang giat berusaha untuk mendapatkan pemain ini adalah salah-satu finalis Piala Malaysia 2011 (team terpaksa dirahsiakan) Menurut info, khabarnya pasukan tersebut mengemukakan tawaran yang sangat lumayan buat Norshahrul.

Apa yang pasti, bisa pemain ini amat lah ditagih dalam misi untuk merangkul 4 (SEMUA) Piala yang dipertandingkan di kejohanan domestik untuk saingan musim hadapan.


Sunday, October 23, 2011

Irfan Nak Buat Double, Azrai Nak Ulang Magik

" Saya nak buat double " - Mungkin itu lah yang bermain di minda jurulatih berpengalaman pasukan Terengganu bernama Irfan Bakti.

Sasaran untuk mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia akhirnya tercapai apabila perjalanan penuh liku telah diredah Irfan dan anak buahnya. Bermula di saingan suku akhir, Terengganu mengetepikan juara bertahan, Kelantan manakala di saingan separuh akhir, giliran juara 32 kali, Selangor pula menjadi mangsa Terengganu.

Walaupun terlepas Piala Liga Super, Irfan Bakti sudah berjaya membawa Piala FA ke bumi Terengganu selepas menewaskan rivalnya, Kelantan. Kini misi double diteruskan dengan misi untuk menggengam Piala Malaysia pula.

Tidak dinafikan, dengan kualiti yang ada pada setiap pemain Terengganu, Irfan Bakti dilihat tidak mempunyai masalah untuk meneruskan kebangkitan skuad bolasepak dari pantai timur tanah air itu. Para pemainnya juga bebas dari sebarang penggantungan perlawanan. Maka, kesebelasan terbaik mampu diturunkan Irfan.


Disebalik perwatakannya yang selalu merendah diri, namun, nama Azrai Khor Abdullah sudah menjadi sinonim dengan perang-perang psikologi yang sering beliau lakukan sebelum perlawanan-perlawanan besar berlansung.

Dahulu, nama beliau pernah menjadi sanjungan para penyokong Hijau Kuning apabila berjaya membawa pasukan Kedah menjadi antara pasukan terhebat di negara. Mana tidaknya, beliau pernah menjuarai semua piala dan kejohanan domestik selama 2 musim berturut-turut sehingga digelar Azrai "Double Treble" Khor.

Kini, beliau membimbing pasukan Negeri Sembilan pula, walaupun baru 6 bulan mengambil alih tugas selaku ketua jurulatih daripada Wan Jamak Wan Hassan, skuad Hoben dilihat sudah kembali di tahap yang sepatutnya, sebagai antara kuasa besar bolasepak tanah air.

Kali ini, para penyokong Negeri Sembilan pasti menagih 'magis' yang pernah beliau lakukan ketika bersama pasukan Kedah dahulu, sasaran pertama, Juara Piala Malaysia. Anak buah Irfan Bakti seharusnya bekerja keras jika ingin menggengam Piala Malaysia kali ini kerana dengan adanya skuad yang seimbang, 'magis' Azrai Khor pasti dapat diulangi.

Apa yang penting, para penyokong/penonton berkecuali mahu menonton satu perlawanan akhir yang sengit dan menarik. Sama-sama kita nantikan perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 diantara Terengganu dan Negeri Sembilan pada 29/10/2011 di Stadium Shah Alam.

Friday, October 21, 2011

Separuh Akhir Piala Malaysia 2011

Memandangkan team yang gua dokong, sokong, jadi kipas susah-mati iaitu Kelantan dah terkulai seawal suku akhir, kalah pulak dengan ganu kitewww, so, gua mengalihkan sokongan gua seketika kepada Terengganu, bukan lalang.

Ok, malam ni, Penyu bakal berentap dengan si gergasi merah yang macam belum sunat tu. Seperti biasa, semasa main dalam bendang di Shah Alam, Terengganu berjaya score dua bijik, so, mesti korang tau kan taktik Irfan Bakti bila dah leading, kena tackle ala pondan pon dah terlantar macam kena tembak, tapi takpe, perkara biasa.

Selangor kali ni lebih tertekan, biasa tak pe la, before game K.Devan dah cakap besar, nak tak nak, naik la jugak morale pemain-pemain tu sikit kan, tapi sekarang Devan dah takde. Jadi gua predict, macam biasa, Selangor memang kena ayam habis-habisan malam ni dek penyu-penyu semua.

Selangor ni biasa lah, bila tertekan, mula lah buat perangai kan, nanti kalau ade jadi kes Zidane dengan Materazzi tak payah buat-buat terkejut lah, Selangor, biasa lah bila dah kalah, misi 33 ? lain kali lah ye. Amri dijangka akan kembali dalam skuad malam ni, tapi Hardi pulak accident motor. Tapi takpe, Safiq power! freekick ke awan birunya bakal buat Sharbinee tergugat.

Ok, now kita ke Nogoghi pulak, jang-jang dah bising, kata nak buat macam kat Stadium San Siro malam ni, kita tengok kita tengok. Misi adik-abang ke final nampaknya macam tak jadi sebab T-team ni gua tengok lawan rival-rival dia je power, kalau lawan bukan rival, entahlah. Tiga gol diperlukan T-team, mampukah ? gua rasa mustahil, kalau mampu pon, Fakri pon balas sebijik dua, ala player Malaysia la kata kan.

So, gua predict tahun ni Terengganu je yang masuk final, ye lahh, mana boleh final main tiga team kan, ehh sape lagi satu team ? woii, Pahang la woii, Sultan Bola dah lama tunggu dekat Bukit Jalil. Ape ingat Pahang tak power ker !!

Raja Panggil Muka Baru

Menjelang aksi perlawanan persahabatan antarabangsa antara pasukan Malaysia menentang India pada 13 dan 16 November ini di Guwahati dan  Kolkata.

Antara muka baru yang dipanggil oleh Dato' K.Rajagobal ialah penjaga gol pinjaman Selangor, G.Jeevanathan. Selain itu nama-nama seperti, Shahurain Abu Samah, Abdul Manaf Mamat, Amir Ridzuan dan Aziz Ismail.

Yang menarik, pemain berpengaruh, Mohd Safiq Rahim juga turut dipanggil semula. Selain itu, pemain paling OFF-FORM, Amar Rohidan terus mendapat tempat di dalam skuad Rajagobal. Norshahrul Idlan Talaha juga antara yang digugurkan.




Berikut senarai 26 pemain yang akan ke India :

Bunyamin Omar, Nasriq Baharom, Safiq Rahim, Jeevanathan, Aidil Zafuan, Shahurain Abu Samah, Norhafiz Zamani Misbah, Farizal Marlias, S.Kunanlan, Abdul Hadi Yahya, Abdul Manaf Mamat, Mazlizam, Ashaari Shamsuddin, Sharbinee Allawee, Faizal Muhammad, Joseph Kalang Tie, Shahrizal Saad, Izzaq Faris Ramlan, Safee Sali, S.Chanturu, Abdul Aziz Ismail, Rizal Fahmi Rosid, Amir Ridzuan, Azmi Muslim dan Yong Kuong Yong

Kelab Luar Negara Minat Pemain TRW




Ringkas :

Selepas bekas penyerang Selangor, Mohd Safee Sali mengorak langkah menjadi pemain Malaysia pertama beraksi untuk kelab luar negara, kini dikhabarkan seorang pemain utama pasukan Kelantan pula menjadi sasaran.

Sama ada di Liga Super Indonesia atau di Liga mana, penulis belum dapat pastikan, namun, apa yang sahih, pemain ini sudah ditawarkan kontrak untuk beraksi bersama kelab mereka. Khabarnya juga, kelab tersebut merupakan kelab terbaik di negara itu.

Namun apa yang pasti, Tan Sri Annuar Musa selaku Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) pastinya tidak akan melepaskan pemain tersebut dengan harga yang murah. Identiti siapa pemain tersebut terpaksa penulis rahsiakan diatas permintaan pemain itu sendiri.

Thursday, October 20, 2011

3M

[Admin2]

Magnificent Manaf Mamat. Gol yang menggugat kedudukan rooney.

Wednesday, October 19, 2011

Skuad TRW2012 Berdasarkan Rumours

*Click pada gambar untuk besarkan 

2 ke Merah Kuning, 2 ke Merah Putih ?


Memandangkan perjuangan pasukan Kelantan untuk musim 2011/2012 sudah tamat, para penyokong The Red Warriors kini mengalih tumpuan mereka kepada persiapan pasukan untuk musim 2012/2013 pula. Selepas dikejutkan dengan perletakkan jurulatih kini beberapa lagi berita-berita sensasi mula berlegar di laman-laman sosial.

Yang terbaru, dari apa yang penulis dengar (sumber boleh dipercayai), pemain berpengaruh yang juga ketua pasukan iaitu Mohd Badhri Radzi kini dikaitkan dengan pasukan yang kini sedang mengejar misi 33 mereka, Selangor. Tidak cukup dengan itu, penulis juga diberitahu bahawa pemain laju skuad Kijang, S.Chanturu juga bakal menyarung jersi Merah Kuning pada musim hadapan.

Namun senyuman kembali terukir di wajah para penyokong Kelantan apabila diberitakan bahawa 2 pemain Merah Kuning hampir pasti menyarung jersi Kelantan untuk musim hadapan. Safiq Rahim yang beraksi di posisi ATTACKING MIDFIELDER yang juga posisi Badhri Radzi dan juga Amirul Hadi Zainal seorang pemain sayap kiri sama seperti S.Chanturu dijangka akan menyertai pasukan Kelantan.

Namun jika semua khabar angin ini menjadi realiti, ia pastinya sesuatu yang menarik untuk disaksikan dan yang lagi menarik ialah apabila kedua-dua pasukan ini bertembung untuk saingan musim hadapan. Selain mereka berdua, penyerang muda, Ramzul Zahini Adenan juga dikhabarkan akan berhijrah pada musim hadapan namun ke mana hala tujunya masih belum dapat dipastikan.

Sama-sama kita nantikan !



Sunday, October 16, 2011

Rumours Dan Cerita Terbaru Kijang



*Ini hanya rumours, tak semestinya semua tepat dan benar

Pertukaran Headcoach :

Dato' M.Karathu OUT - Peter James Butler IN

Perpindahan Masuk Pemain (Local) :

Norfarhan Muhammad from T-team
Amirul Hadi Zainal from Selangor
Safiq Rahim from Selangor
Yong Kuong Yong from Kuala Lumpur
Nizaruddin Yussof from FELDA United FC
Wan Zaharul Nizam from Harimau Muda A

Perpindahan Masuk Pemain (Import) :


Josip Bonacin from FC Zhetysu
Chikondi Mpulula from Blue Eagles


Perpindahan Keluar Pemain :

Zul Yusri Che Harun - Release
Wan Zaman Wan Mustapha - Release
Khairan Eroza Razali - Release
Khalid Jamlus - Release
K.Soley - Release
Nizad Ayub - loan to ATM
Halim Napi - Bersara

Event :

Pertengahan November
- Majlis memperkenal pemain
- Pelancaran Jersey baru





Friday, October 14, 2011

Rebahnya Pahlawan Merah


Juara bertahan, Kelantan ditunjukkan jalan keluar seawal saingan suku-akhir oleh seteru utama, Terengganu. Dengan bekalan 2 gol, Terengganu hadir dengan corak menyerang dan taktikal Irfan Bakti jelas telah memerangkap barisan pemain Dato' M.Karathu. Tamat perlawanan, Kelantan diikat 2-2 dan secara agreggatnya Terengganu menang 5-3.

Namun disebalik kekalahan tersebut, terdapat beberapa perkara yang dapat kita tahu dan pelajarai, antaranya ialah :

Sharbinee Allawee 
Berbeza memang berbeza, bagai langit dan bumi jika dilihat aksinya ketika mewakili negara dan mewakili Terengganu. Perlawanan semalam membuktikan bertapa hebatnya Sharbinee selepas menepis dan menyelamatkan percubaan demi percubaan daripada barisan serangan Kelantan.

Ashaari Shamsuddin
Seperti yang pernah penulis tulis sebelum ini (Baca disini) Bisa dan kelincahan jangan dipandang rendah, kerana pemain in mampu lakukan The Unexpected. Jangan sangka air yang tenang tiada buaya, jangan disangka Ashaari yang babyface tak berbisa. Namun, seperti biasa, ada nama Ashaari, ada juga nama Rajagobal, kenapa Ashaari tak pernah diberi peluang. Ohh, lupa, Ashaari tidak mempunyai skill untuk tackle pengadil.

Off The Ball Movement
Terengganu merupakan satu-satunya pasukan di Malaysia yang kini sudah beraksi di kelas yang tersendiri. Permainan ala Barcalona. Anda boleh lihat, bertapa perkara ini dapat mengucar-kacirkan barisan pertahanan Kelantan. 2 gol Terengganu berpunca daripada perkara tersebut. Disini, kewibawaan Irfan Bakti terserlah.

Wan Zaman
Nama Wan Zaman Wan Mustapha, satu nama yang sudah lama tidak dilihat dalam mana-mana perlawanan. Namun apa yang membuatkan Dato' M.Karathu 'terbuka pintu hati' untuk menyenaraikan beliau. Wan Rohaimi ada, Nik Shahrul Azim pun ada. Ya, dahulunya Wan Zaman salah satu pemain digeruni, tetapi era beliau sudah tamat. Kenapa tak letak pemain lain. Cuba tengok coach Negeri Sembilan, dia berani meletakkan pemain sayap, S.Kunalan sebagai pemain pertahanan. 

Tempat Shakir Shaari
Tidak dapat dinafikan, kehilangan Shakir Shaari sememangnya memberi tamparan hebat buat kem Kelantan, namun kenapa Khairan Ezuan yang menjadi pengganti beliau dan kenapa bukan pemain yang sudah banyak membantu Kelantan, Daniel Fadzly diturunkan. Sekali lagi, isu yang pernah penulis tulis dahulu kembali menjadi tanda tanya (Baca disini)

Deffensive Error
Perkara ini sememangnya jelas, gol pertama, kenapa sampai macam itu sekali. Rizal Fahmi pernah dapat call-up Rajagobal, Farisham main national team, Subra yang sebelum ini kental, semalam kadang ok kadang tak ok. Wan Zaman tak payah cerita la kan.

Team Depth
Jelas, selain 11 pemain utama, barisan simpanan Kelantan tidak mempunyai QUALITY. Hanya segelintir sahaja yang benar-benar mempunyai daya saing, yang lain, memang tak layak, sudah tiba masa, Kelantan perlu merekrut seberapa ramai pemain berkualiti untuk saingan musim hadapan, dalam skuad utama mahupun barisan simpanan, kualiti diperlukan.

Takdir
Tiada apa lagi alasan yang mampu mengubat hati yang terluka ini, semuanya sudah menjadi suratan takdir, kehkehkeh.



Thursday, October 13, 2011

Preview : Kelantan Lwn Terengganu



Tanpa 4 pemain tonggak, mencari sekurang-kurangnya 2 gol tanpa balas bukanlah sesuatu kerja mudah buat anak didik Dato' M.Karathu walaupun dijangka bakal beraksi dihadapan belasan ribu lautan merah putih.

Esok, Jumaat, Kelantan sekali lagi bakal turun berentap dengan seterunya, Terengganu dalam aksi kedua suku akhir saingan Piala Malaysia. Pada aksi pertama, skuad kijang tewas 3-1 dalam perlawanan yang penuh kontroversi dan juga terdapat beberapa unsur sabotaj.

Jika mahu terus menghidupkan peluang menjulang trofi Piala Malaysia buat kali kedua berturut-turut, The Red Warriors perlu menang di laman sendiri dengan jaringan defisit 2 gol. Taktikal menyerang pasti diterapkan oleh ketua jurulatih Kelantan untuk perlawanan ini, namun harus diingat, dalam asyik menyerang, jangan lupa juga bertahan atau anda bakal masuk perangkap.

Barisan kesebelasan utama jangkaan berdasarkan sesi latihan.

Di benteng terakhir, nama Khairul Fahmi Che Mat adalah pasti untuk perlawanan ini manakala Shahrizan Ismail dijangka akan berada di bangku simpanan. Namun jangan terkejut jika nama penjaga gol veteran, Halim Napi disenaraikan selaku penjaga gol simpanan.

Yang menjadi masalah, barisan pertahanan, tanpa Daudsu, Aziz Ismail (Penggantungan) Zairul Fitree (Cedera) dan Wan Rohaimi (Diragui, mungkin masih berkabung di atas kematian ibu) Dato' M.Karathu dilihat tidak mempunyai banyak pilihan. Di posisi bek kanan, Nik Shahrul Azim dan Wan Zaman masih berebut tempat, manakala di bek tengah, Farisham Ismail dan Rizal Fahmi dijangka bakal diturunkan dan di posisi bek kiri, pertahanan kental, S.Subramaniam dijangka akan beraksi.

Sedar bertapa jentera tengah perlu berfungsi dengan amat baik esok, Dato' M.Karathu dijangka akan menggunakan lima pemain di bahagian tersebut, semuanya 'kaki gol' jika dilihat pada rekod namun dapatkah mereka jaringkan gol esok. Di tengah, ketua pasukan, Mohd Badhri Radzi bakal dibantu oleh Nurul Azwan Roya yang akan bertindak sebagai ATTACKING MIDFIELDER manakala tugas sebagai HOLDING MIDFIELDER bakal diisi oleh Daniel Fadzly.

Di sayap kanan, satu kelegaan buat Dato' M.Karathu bila pemain laju, S.Chanturu sudah pulih dari kecederaan manakala di sayap kiri, pemain muda, Mohd Izuan Salahuddin dijangka bakal diberi tanggungjawab. Nama Izuan Rosli dijangka bakal bermula di bangku simpanan.

Di posisi penyerang, tiada pemain lain yang dilihat mampu menggalas tugas seberat ini selain penyerang prolifik, Norshahrul Idlan Talaha yang bakal bertindak sebagai penyerang tunggal. Nizad Ayub, Ramzul Zahini dan Azamuddin Akil bakal bersedia di bangku simpanan. Selain itu, R.Surendran juga dilihat sudah pulih dari masalah kecederaannya (Tak pasti)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Shamil10 : Kelantan pernah menang 3-0 di KUALA TERENGGANU kenapa tidak di laman sendiri ? namun bercakap sebagai seorang PENYOKONG (Bukan peminat) peluang dilihat agak tipis, kerana anak buah Irfan Bakti juga pasti tak mahu pulang hampa selepas mendahului dengan selesa, jika cuaca baik, satu perlawanan yang hebat pasti dapat disaksikan, namun jika hujan, perlawanan yang panas mungkin disaksikan dengan terjahan-terjahan keras dari pemain kedua-dua pasukan.

Prediction : Kelantan 3-1 Terengganu (Penyokong bukan peminat, kehkehkeh)

Tuesday, October 11, 2011

Kelantan Tewas Di SSINS


Juara bertahanan Piala Malaysia kecundang di tangan Juara Piala FA. Terengganu memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri selepas menundukkan Kelantan 3-1 dalam perlawanan yang dipenuhi dengan kontorversi.

Perlawanan menjadi hangat ekoran pengadil perlawanan, Mohd Nafeez melayangkan 5 KAD MERAH dan 10 KAD KUNING pada malam ini. Perlawanan malam ini berlansung dengan cukup panas dan kekasaran demi kekasaran mencemari perlawanan.

Selepas Shakir Shaari dan Daudsu Jamaluddin, giliran penjaring gol pertama Terengganu, Ismail Faruqi Ashaari pula menerima kad merah selepas mengasari penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha. Selain itu, pertahanan kiri Kelantan, Abdul Aziz Ismail dan 2 pemain Terengganu, Zubir Azmi dan Mazlizam Mohammad juga tidak terlepas dari hukuman kad merah.

Ketua pasukan Kelantan membawa pulang sedikit keceriaan apabila berjaya menjaringkan gol tempat lawan yang pastinya suatu yang penting buat Kelantan di Kota Bharu nanti. Gol yang dijaringkan menerusi sepakan penalti.

Manakala 2 lagi gol tuan rumah masing-masing dijaringkan oleh Manaf Mamat juga melalui sepakan penalti dan 1 gol daripada tonggak pertahanan yang juga ketua pasukan Terengganu, Marzuki Yussof pada babak-babak akhir perlawanan.

Perlawanan timbal balik kedua bakal berlansung di Stadium Sultan Muhammad IV pada 14/10 ini dengan Kelantan perlu mendapatkan kemenangan sekurang-kurangnya dengan jaringan 2 gol tanpa balas bagi memadam kelebihan defisit gol dimiliki Terengganu.

Sunday, October 9, 2011

Hati-Hati Dengan Si Baby Faced Assasins


Malam ini, Juara Piala Malaysia 2010, Kelantan bakal berkunjung ke Kuala Terengganu untuk berentap dengan Juara Piala FA 2011, Terengganu untuk aksi suku akhir pertama saingan Piala Malaysia 2011. Seperti yang korang tahu, Terengganu merupakan antara pasukan yang mempunyai ramai pemain bintang. Barisan serangan mereka juga tidak boleh dinafikan kehebatanya.

Satu tugas getir menanti barisan pertahanan Sang Kijang. Tahu lah kan, ketua jentera serangan mereka, bukan calang-calang, pemenang kasut emas, Abdul Hadi Yahya, dibantu pula oleh pemain lincah, Abdul Manaf Mamat tak lupa juga kepada pemain tengah mereka, Ismail Faruqi dan FLANKER mereka, Joseph Kalang Tie dan Ashaari Shamsuddin.

Apa yang penulis nak sentuh disini ialah tentang pemain sayap kiri mereka, Mohd Ashaari Shamsuddin. Pemain yang harus diberi perhatian khusus oleh barisan pertahanan Kelantan dan jika perlu kaedah man-to-man marking adalah perlu. Ashaari atau popular dengan nama Saha ini nampak tidak berbahaya, namun, jika bola dikaki beliau, baik hati-hati atau gawang anda terkoyak.

Penulis menggelarkan beliau sebagai Baby Faced Assasins, nampak tak bahaya tetapi hakikatnya lebih bahaya dari semua pemain yang berada di atas padang. Jangan bagi peluang kepada beliau untuk berlegar dalam D-BOX anda! apa yang membuatkan Ashaari ni hebat sangat? PACE yang tinggi, INDIVIDUAL SKILL yang menarik, dan kebijaksanaan menghidu peluang terhidang. Itu lah kelebihan beliau.

Nak tambah info sikit boleh tak? penulis ada tanya sama itu Rajagobal, kenapa tak ambik Ashaari main national team, ni jawapan beliau "Saya tak suka pemain yang suka score gol" (rekaan semata-mata, tiada kaitan dengan yang masih hidup atau yang sudah tiada)


Semua Sudah Tukar, 5-0? Nak Apa Lagi?


Seperti anda semua tahu, Malaysia tewas lagi, tapi bukan biasa-biasa, kali ni memang kena sayur kaw-kaw dengan jaguh Asia, Australia, 2-0 ke? bukan tapi 5-0. Ye, kita mesti terima hakikat, kita di ranking 146 dunia manakala si Kangaroo di ranking ke 19 dunia, what did you expect? tetapi yang kita boleh pertikai, kenapa kita jatuh sampai ke ranking 146 sedangkan kita pernah berada di ranking ke 75 dunia suatu ketika dahulu.

Sudah lebih 3 dekad semenjak kita berada di ranking ke 75 dunia, kenapa kita semakin jatuh. 3 dekad, bukan satu jangka masa singkat, kenapa pasukan-pasukan yang pernah jadi Arsenal (pasukan belasahan) kita dahulu sekarang sudah maju macam Man United (pasukan power) kenapa?  Jawapannya ialah kerana pembangunan bolasepak kita berhenti tidak lama selepas zaman kegemilangan kita dahulu sementara pasukan-pasukan Arsenal (pasukan belasahan) ni terus berusaha membangunkan mutu bolasepak mereka.

Lihat lah sekarang, kita lawan Jepun kita tewas, lawan Australia kita tewas, tahukan anda, suatu ketika dahulu semasa kita di zaman gemilang kita, Australia hanya pandai main Rugby? tahukah anda, sejak pembangunan bolasepak kita 'tidur' mereka dah 2 kali masuk World Cup?

3 dekad, sudah terlalu banyak perubahan yang dilalui, dari Stadium Merdeka ke Stadium Nasional Bukit Jalil (antara Stadium terbesar di dunia) dari pakai seluar bola singkat kini sudah standard, dari jersey biasa-biasa kini dah smart lagi macho. Apa lagi yang kita mahu? Jika ada yang tanyakan penulis soalan tersebut, jawapannya senang lagi mudah, kami mahukan pengurusan FAM yang baru termasuk PRESIDEN.

Kerana dengan pengurusan yang baru sahaja lah kita akan maju, jika sekarang, jurulatih negara selalu kena bahan sama penyokong, dengan adanya pengurusan baru mereka akan FIKIR dan buat keputusan terbaik, pernahkah anda terfikir, BERFIKIRKAH pengurusan FAM sekarang? Sedangkan bolasepak Thailand lebih maju dari Malaysia, apa kurangnya kita wahai saudara-saudara? Kita pakai jersey NIKE, entah-entah mereka guna jersey yang mereka hantar kat Rantau Panjang jer.

Sudah lama sebenarnya penulis bermimpi untuk bangun pagi, buka akhbar-akhbar, tengok tajuk-tajuk utama seperti "Presiden FAM letak jawatan demi maruah bolasepak negara" atau "Presiden FAM sah letak jawatan" tetapi ia ibarat angan-angan kosong buat masa terdekat ini. Apa lagi yang penulis mampu lakukan? seseorang yang hanya menulis blog cebisan macam ni, apa sangat yang penulis dapat buat? hanya mampu terus menulis dan berharap. 

Sekian.



Thursday, October 6, 2011

Australia Vs Malaysia

Suatu ketika dahulu, P.Ravindran, 'lipas kudung' pasukan Perak pernah menjadi wira Malaysia selepas menjaringkan gol tunggal perlawanan Malaysia lawan Australia pada tahun 1992. Gol hasil hantaran cantik, legenda negara, Zainal Abidin Hassan

Namun, selepas 19 tahun berlalu, selepas 5 perlawanan, hanya itu lah kali pertama Malaysia berjaya menewaskan pasukan Australia. Percaya atau tidak, esok, pasukan negara sekali lagi akan turun berjuang menentang Australia dalam perlawanan persahabatan antarabanga di Canberra.

Dalam jangka masa 19 tahun itu, jurang mutu bolasepak diantara Malaysia dan Australia sudah jauh berbeza. Australia telah 2 kali berjaya menyertai kejohanan Piala Dunia manakala Malaysia pula baru mula mengorak langkah untuk mengembalikan nama ke peta bolasepak dunia atau lebih tepatnya peta bolasepak ASEAN terlebih dahulu.

Datuk K.Rajagobal, nama disebalik kebangkitan Harimau Malaya perlu mencongak strategi terbaik dalam usaha untuk berdepan lawan yang bukan calang-calang. Menyekat kemaraan lawan yang diangkat sebagai antara pasukan terbaik di rantau Asia bukannya satu kerja mudah.


Tanpa beberapa 'regular faces' seperti Safiq Rahim, Shakir Shaari, Amirul Hadi Zainal dan Ashaari Samsuddin, skuad Malaysia kini diwakili oleh beberapa muka baru termasuk penyerang Universiti Kebangsaan Malaysia, K.Reuben, pemain tengah Terengganu, Joseph Kalang Tie, pemain sayap, Wan Zaharul Nizam dan bek kiri, Zubir Azmi merupakan antara muka baru yang diharap mampu mengejutkan lawan.

Tumpuan pastinya terarah kepada Joseph Kalang Tie yang diberi kepercayaan untuk mengambil alih tugas dari Safiq Rahim selaku perancang utama pasukan. Pemain tengah berusia 24 tahun dari Sarawak ini telah mempamer aksi mantap dalam kempen Piala Malaysia kali ini yang membuatkan Datuk K.Rajagobal terpikat. Larian-lariannya, gelecekan mengelirukannya dan juga hantaran-hantarannya merupakan kunci utama beliau dipanggil menyertai skuad negara.

Sebilangan besar pemain-pemain dari pasukan Harimau Muda A juga telah terpilih untuk diserap kedalam pasukan. Datuk K.Rajagobal dilihat gemar bergantung kepada pemain-pemain muda, hanya Norhafiz Zamani Misbah dan Safee Sali sahaja merupakan pemain veteran.

Safee yang baru pulang dari sesi pemilihan bersama kelab England, Cardiff City diberi tanggungjawab besar untuk merobek gawang Australia bersama gandingannya Norshahrul Idlan Talaha. Sementara Norhafiz bakal menjadi 'dinding' negara. Pemain pertahanan berusia 30 tahun itu masih kental dan telah dibuktikan ketika beraksi menentang Chelsea di Bukit Jalil tempoh hari.

Namun, nama Khairul Fahmi Che Mat tidak ketinggalan dari menjadi perhatian dan tumpuan. Pemain yang mempamer aksi konsisten dan mantap ketika perlawanan kelayakan Olimpik menentang Jepun baru-baru ini. Apek sudah pasti menjadi pilihan utama Rajagobal untuk perlawanan ini.

Australia pula dijangka bakal menurunkan pemain-pemain terbaiknya walaupun tanpa kelibat pemain tengah, Tim Cahill dan penjaga gol Mark Schwarzer yang tersisih akibat masalah kecederaan. Mereka pasti mahu satu kemenangan besar, kemenangan bergaya bagi memuaskan hati para penyokong mereka namun Malaysia dilihat bukan lah lawan mudah. Tidak dinafikan peluang untuk Australia mencapai kemenangan sememangnya tinggi tetapi bukan menang dengan jaringan besar.

Wednesday, October 5, 2011

Abramovich : Ade Aku Kesah ?

#MuhdShamil

Dah lama sebenarnya aku tak up kan entry pasal team-team kat Eropah ni, biasalah bolasepak di Malaysia lebih menarik kan, ada Rajagobal, ada K.Devan, ada FAM, auwww! ok, back to the topic, entry kali ni bertujuan untuk menganjing brader ni, owner pasukan yang diwakili rata-rata pemain TUA dan LEMBAB. Roman Abramovich.

Point menganjing pertama, striker berharga 50 juta, dah nak dekat semusim main dengan team ni, tapi baru jer score 4 goal, striker score 4 goal? hehehe. Satu strategi ekonomi yang sangat menarik cuba ditonjolkan oleh brader Abra. Ape sebab beli sebenarnya? pada aku, hanya untuk melemahkan Liverpool jer, kahkahkah.

Point kedua, dengan keegoan pemilik kelab hingga ke pihak pengurusan membuatkan pemain juga terikut sama. Kelab ini lah yang paling terkenal dengan perangai-perangai pemainnya diluar padang (atas padang Man City menang). Tahukah anda, kapten mereka sendiri suka merembat gelfren kawan. Tapi pemain itu masih diberi kepercayaan untuk memakai lilitan kapten pasukan, ape bangang ?

Point ketiga, 5 manager dalam 8 tahun? disini siapa yang bangang sebenarnya? beberapa piala dalam 8 tahun tapi masih kene buang atau 7 tahun tanpa sebarang piala masih diberi kepercayaan? (merujuk kepada guru besar tadika Emirates) yang pasti, ini satu penghinaan kepada manager-manager yang kene buang tu.

Cukuplah tu, tak boleh nak lebih-lebih nanti pakcik-pakcik Chelsea marah atau butthurt pula kan, ye lah, aku pon ada adab, kene hormati orang-orang yang lebih tua dari kita kan. Tapi sebelum aku akhiri post kali ni, aku nak kepilkan apa komen Abramovich sendiri apabila aku tanyakan dia soalan tentang point-point diatas. Ini jawapan dia - "Ade Aku Kesah?" lantak lah, tak lama lagi, boleh la ganti tempat Arsenal di tangga tercorot Liga sementara Arsenal bertarung di Npower League.



Monday, October 3, 2011

Menjelang Aksi Suku Akhir

#MuhdShamil


7 hari menjelang saingan suku akhir Piala Malaysia yang akan menemukan Kelantan dan Terengganu, debarannya kian terasa. Walaupun dianggap sebagai 'adik beradik' namun di atas padang, permusuhan mereka bukan biasa-biasa. Para penyokong kedua-dua pasukan makin 'panas'. Laman-laman sosial pula mula dipenuhi provokasi.

Banyak yang menarik disebalik pertembungan diantara kedua gergasi pantai timur yang sekarang dah menjadi gergasi bolasepak Malaysia ini. Yang paling menarik, pertembungan ini bakal menemukan PENYANDANG JUARA PIALA MALAYSIA, Kelantan dan juga JUARA PIALA FA, Terengganu. Satu perlawanan yang pasti menjanjikan aksi sengit.

Selain itu, game ini juga bakal menemukan NAIB JUARA LIGA SUPER, Terengganu dan juga NAIB JUARA PIALA FA, Kelantan. Apa yang menarik, Terengganu menjadi juara Piala FA selepas menewaskan Kelantan di perlawanan akhir manakala kemenangan 3-0 Kelantan keatas Terengganu di Kuala Terengganu menjadi titik tolak dalam usaha Terengganu mengejar kejuaraan Liga Super.

PENJARING TERBANYAK Liga Super 2011, Abdul Hadi Yahya bakal sekali lagi bersaing dengan PENJARING KEDUA TERBANYAK, Norshahrul Idlan Talaha dalam usaha untuk menentukan siapa yang terbaik. Tidak lupa juga bertujuan untuk membuka mata ketua jurulatih kebangsaan, Dato' K.Rajagobal siapa yang wajar berada di dalam skuad beliau.

Selesai membicarakan tentang pemain di posisi paling atas kini kita ke posisi terakhir pula, penjaga gol. 2 penjaga gol kebangsaan, 2 orang wira bakal diketemukan lagi. Sharbinee Allawee Ramli (Terengganu) dan Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan). 2 penjaga gol yang telah menjadi wira negara. Sharbinee (Sukan Sea 2009) manakala Khairul Fahmi (Piala Suzuki AFF 2010) Siapa paling hebat ?

Selain itu, penulis ingin menokok tambah beberapa lagi info menarik. Game ini juga bakal menyaksikan pertarungan 2 pemain di sayap kanan yang lincah dan pantas. Joseph Kalang Tie (Terengganu) digelar 'Messi Ganu' dek kerana kelincahannya manakala S.Chanturu (Kelantan) digelar 'Kelantan Express' dek kerana larian-larianya yang pantas.

Akhir sekali, 2 pemain akan berentap dengan pasukan kelahiran mereka sendiri. Di pasukan Terengganu, Mohd Ailim Fahmi merupakan pemain yang dilahirkan di negeri Kelantan manakala di Kelantan, penyerang utama mereka, Norshahrul Idlan Talaha dilahirkan di Besut, Terengganu.

Kesimpulanya, pihak SHAMIL10 menjangkakan satu perlawanan menarik bakal dapat anda semua saksikan, kedua-dua pasukan mempunyai barisan yang kukuh dan juga barisan serangan yang tajam, agak sukar untuk meramal siapa yang bakal berjaya melangkah ke saingan separuh akhir. Sama-sama kita nantikan! 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...