Memandangkan perjuangan pasukan Kelantan untuk musim 2011/2012 sudah tamat, para penyokong The Red Warriors kini mengalih tumpuan mereka kepada persiapan pasukan untuk musim 2012/2013 pula. Selepas dikejutkan dengan perletakkan jurulatih kini beberapa lagi berita-berita sensasi mula berlegar di laman-laman sosial.
Yang terbaru, dari apa yang penulis dengar (sumber boleh dipercayai), pemain berpengaruh yang juga ketua pasukan iaitu Mohd Badhri Radzi kini dikaitkan dengan pasukan yang kini sedang mengejar misi 33 mereka, Selangor. Tidak cukup dengan itu, penulis juga diberitahu bahawa pemain laju skuad Kijang, S.Chanturu juga bakal menyarung jersi Merah Kuning pada musim hadapan.
Namun senyuman kembali terukir di wajah para penyokong Kelantan apabila diberitakan bahawa 2 pemain Merah Kuning hampir pasti menyarung jersi Kelantan untuk musim hadapan. Safiq Rahim yang beraksi di posisi ATTACKING MIDFIELDER yang juga posisi Badhri Radzi dan juga Amirul Hadi Zainal seorang pemain sayap kiri sama seperti S.Chanturu dijangka akan menyertai pasukan Kelantan.
Namun jika semua khabar angin ini menjadi realiti, ia pastinya sesuatu yang menarik untuk disaksikan dan yang lagi menarik ialah apabila kedua-dua pasukan ini bertembung untuk saingan musim hadapan. Selain mereka berdua, penyerang muda, Ramzul Zahini Adenan juga dikhabarkan akan berhijrah pada musim hadapan namun ke mana hala tujunya masih belum dapat dipastikan.
Sama-sama kita nantikan !
No comments:
Post a Comment