Tuesday, October 11, 2011

Kelantan Tewas Di SSINS


Juara bertahanan Piala Malaysia kecundang di tangan Juara Piala FA. Terengganu memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri selepas menundukkan Kelantan 3-1 dalam perlawanan yang dipenuhi dengan kontorversi.

Perlawanan menjadi hangat ekoran pengadil perlawanan, Mohd Nafeez melayangkan 5 KAD MERAH dan 10 KAD KUNING pada malam ini. Perlawanan malam ini berlansung dengan cukup panas dan kekasaran demi kekasaran mencemari perlawanan.

Selepas Shakir Shaari dan Daudsu Jamaluddin, giliran penjaring gol pertama Terengganu, Ismail Faruqi Ashaari pula menerima kad merah selepas mengasari penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha. Selain itu, pertahanan kiri Kelantan, Abdul Aziz Ismail dan 2 pemain Terengganu, Zubir Azmi dan Mazlizam Mohammad juga tidak terlepas dari hukuman kad merah.

Ketua pasukan Kelantan membawa pulang sedikit keceriaan apabila berjaya menjaringkan gol tempat lawan yang pastinya suatu yang penting buat Kelantan di Kota Bharu nanti. Gol yang dijaringkan menerusi sepakan penalti.

Manakala 2 lagi gol tuan rumah masing-masing dijaringkan oleh Manaf Mamat juga melalui sepakan penalti dan 1 gol daripada tonggak pertahanan yang juga ketua pasukan Terengganu, Marzuki Yussof pada babak-babak akhir perlawanan.

Perlawanan timbal balik kedua bakal berlansung di Stadium Sultan Muhammad IV pada 14/10 ini dengan Kelantan perlu mendapatkan kemenangan sekurang-kurangnya dengan jaringan 2 gol tanpa balas bagi memadam kelebihan defisit gol dimiliki Terengganu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...