Seperti anda semua tahu, Malaysia tewas lagi, tapi bukan biasa-biasa, kali ni memang kena sayur kaw-kaw dengan jaguh Asia, Australia, 2-0 ke? bukan tapi 5-0. Ye, kita mesti terima hakikat, kita di ranking 146 dunia manakala si Kangaroo di ranking ke 19 dunia, what did you expect? tetapi yang kita boleh pertikai, kenapa kita jatuh sampai ke ranking 146 sedangkan kita pernah berada di ranking ke 75 dunia suatu ketika dahulu.
Sudah lebih 3 dekad semenjak kita berada di ranking ke 75 dunia, kenapa kita semakin jatuh. 3 dekad, bukan satu jangka masa singkat, kenapa pasukan-pasukan yang pernah jadi Arsenal (pasukan belasahan) kita dahulu sekarang sudah maju macam Man United (pasukan power) kenapa? Jawapannya ialah kerana pembangunan bolasepak kita berhenti tidak lama selepas zaman kegemilangan kita dahulu sementara pasukan-pasukan Arsenal (pasukan belasahan) ni terus berusaha membangunkan mutu bolasepak mereka.
Lihat lah sekarang, kita lawan Jepun kita tewas, lawan Australia kita tewas, tahukan anda, suatu ketika dahulu semasa kita di zaman gemilang kita, Australia hanya pandai main Rugby? tahukah anda, sejak pembangunan bolasepak kita 'tidur' mereka dah 2 kali masuk World Cup?
3 dekad, sudah terlalu banyak perubahan yang dilalui, dari Stadium Merdeka ke Stadium Nasional Bukit Jalil (antara Stadium terbesar di dunia) dari pakai seluar bola singkat kini sudah standard, dari jersey biasa-biasa kini dah smart lagi macho. Apa lagi yang kita mahu? Jika ada yang tanyakan penulis soalan tersebut, jawapannya senang lagi mudah, kami mahukan pengurusan FAM yang baru termasuk PRESIDEN.
Kerana dengan pengurusan yang baru sahaja lah kita akan maju, jika sekarang, jurulatih negara selalu kena bahan sama penyokong, dengan adanya pengurusan baru mereka akan FIKIR dan buat keputusan terbaik, pernahkah anda terfikir, BERFIKIRKAH pengurusan FAM sekarang? Sedangkan bolasepak Thailand lebih maju dari Malaysia, apa kurangnya kita wahai saudara-saudara? Kita pakai jersey NIKE, entah-entah mereka guna jersey yang mereka hantar kat Rantau Panjang jer.
Sudah lama sebenarnya penulis bermimpi untuk bangun pagi, buka akhbar-akhbar, tengok tajuk-tajuk utama seperti "Presiden FAM letak jawatan demi maruah bolasepak negara" atau "Presiden FAM sah letak jawatan" tetapi ia ibarat angan-angan kosong buat masa terdekat ini. Apa lagi yang penulis mampu lakukan? seseorang yang hanya menulis blog cebisan macam ni, apa sangat yang penulis dapat buat? hanya mampu terus menulis dan berharap.
Sekian.
No comments:
Post a Comment