Friday, January 6, 2012

Preview Piala Sumbangsih 2012


Charity Shield atau lebih dikenali dengan nama Piala Sultan Ahmad merupakan salah satu Piala yang paling didambakan oleh setiap pasukan yang bersaing dalam Liga Malaysia. Seperti di England, Juara Liga Super Malaysia akan bertemu Juara Piala Malaysia untuk merebut Piala tersebut. Ia juga merupakan perlawanan pembuka tirai untuk Liga Malaysia dan ditunggu-tunggu oleh peminat di seluruh tanah air.

Musim lalu, Kelantan meraih gelaran juara dengan menewaskan gergasi Lembah Klang, Selangor, 2-0, dalam perlawanan yang diadakan di Stadium Shah Alam. Pada tahun 2012, Gergasi Pantai Timur, yang menjuarai Liga Super tahun lepas akan bersaing menentang Si Rusa, Negeri Sembilan. Negeri Sembilan, yang bangkit untuk menewaskan Terengganu dalam perlawanan akhir Piala Malaysia musim lalu mengalami proses pembaharuan dan mereka kini berada di era baru kerana mereka telah kehilangan kebanyakan pemain utama mereka untuk musim ini.

Kelantan, yang berjaya mengekalkan kebanyakan pemain utama mereka dari musim lalu akan menjadi favourite untuk perlawanan ini kerana mereka mempunyai skuad yang menggerunkan dan beberapa pemain import berpengalaman dalam skuad mereka. Diketuai oleh jurulatih baru, Peter James Butler, Kelantan akan cuba meraih gelaran pertama mereka sepertimana Tan Sri Annuar Musa, Presiden Kelantan FA telah meletakkan target untuk memenangi semua trofi dalam semua kejohanan yang disertai.

Diketuai oleh ketua pasukan, Badhri Radzi, pertahanan, S.Subramaniam dan penyerang, Norshahrul Idlan Talaha, Kelantan dilihat mampu mempertahankan kejuaraan. Walaupun tewas kepada Persebaya 1927 dalam Piala Perpaduan, mereka mempunyai skuad yang lebih sempurna daripada Negeri Sembilan. Kelantan membawa balik pemain tengah menyerang, Indra Putra Mahayuddin dan Norfarhan Mohammad dan pertahanan, Azizi Mat Rose ke dalam pasukan itu selepas mereka tidak memperbaharui kontrak mereka dengan T Team. Selain tiga nama tersebut, Kelantan juga di perkuat dengan 3 pemain import dan mereka dilihat cukup bersedia untuk musim ini.

Mohammad Ghaddar dan Dennis Antwi akan ditugaskan untuk memberi kekuatan tambahan untuk Pahlawan Merah. Ghaadar, Penyerang Antarabangsa Lubnan kelihatan 'garang' semasa pra-musim dimana beliau bergitu menyerlah dalam perlawanan menentang Persebaya 1927. Antwi, baru berusia 19 tahun yang di rekrut dari pasukan Hearts of Accra berjaya menarik perhatian dalam permainan pra-musim. Kedua-dua mereka telah menyesuaikan diri dengan cepat dan mereka akan menjadi kunci untuk menembusi pertahanan Nogori yang diketuai oleh Norhafiz Zamani Misbah.


Negeri Sembilan, yang mengakhiri musim mereka dengan memenangi Piala Malaysia, telah melalui perubahan besar musim ini kerana kebanyakan pemain utama mereka telah meninggalkan pasukan. Pasangan kembar, Zaquan Adha dan Aidil Zafuan, Hairuddin Omar, Irwan Fadly Idrus dan Farizal Harun telah meninggalkan skuad 'Hoben Jang Hoben' dan menyertai pasukan Liga Perdana, ATM. Pemain-pemain tersebu adalah tonggak utama yang membawa ke arah kejayaan pasukan dalam Piala Malaysia dan kehilangan mereka adalah sesuatu yang pahit untuk ditelan oleh kebanyakan peminat.

Untuk menggantikan mereka, Azraai Khor Abdullah telah membawa naik beberapa pemain muda kedalam skuad senior. Jurulatih berusia 59 tahun itu yang dikenali dengan kegemaranya untuk mengilap pemain muda, telah menandatangani penyerang muda, Ahmad Shakir Ali dan pemain tengah, Mohd Bukhairi Idris dan V. Parameswaran. Azraai, yang merupakan pemangkin kepada kejayaan Baddrol Bakhtiar, Khyril Muhymeen dan Safiq Jamal akan terus melakukan sentuhan 'magic', Ahmad Shakir Ali telah terbukti bernilai dengan menjaringkan sebahagian gol pasukan dalam perlawanan pra-musim. Pasukan ini hanya akan menggunakan seorang pemain import apabila pendaftaran Marquen Goncalves telah ditolak oleh FAM.Penyerang Cameroon, Emmanuel Offa Owona akan menerajui jentera serangan dengan Ahmad Shakir Ali.

Kali ini, pemain seperti Shahurain Abu Samah, Tengku Qayyum Ubaidullah, S. Kunanlan dan ketua pasukan, Mohd Shukor Adan akan menjadi pemain utama untuk skuad muda kali ini. Shukor Adan, telah menjadi tulang belakang dalam pasukan itu sejak 2009. Pemain sayap kebangsaan, Shahurain Abu Samah dan S. Kunanlan akan menjadi arkitek untuk serangan pasukan kerana mereka perlu berada pada tahap terbaik apabila menghadapi pemain seperti Daudsu Jamaluddin dan Abdul Aziz Ismail.

Ramai yang berpendapat bahawa ini akan menjadi perlawanan mudah buat Kelantan, tetapi jika pemain-pemain muda muda Negeri Sembilan menunjukkan aksi kelas pertama, maka bakal menyaksikan satu perlawanan sengit. Kedua-dua pasukan yang terkenal dengan corak menyerang pasti mahukan gelaran ini kerana ia akan menjadi tonik bagi mereka untuk aksi dalam Liga Super. Azraai Khor mahu memenangi gelaran ini kerana beliau mahu membuktikan bahawa kejayaan Piala Malaysia mereka bukan kerana kebetulan, manakala Peter Butler mahu memulakan karier kali keduanya bersama Kelantan dengan noktah kemenangan.

2 comments:

  1. Thanks for honestly relating your experiences and opinions and good luck to you.
    Jeep Grand Wagoneer AC Compressor

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...