Thursday, October 13, 2011

Preview : Kelantan Lwn Terengganu



Tanpa 4 pemain tonggak, mencari sekurang-kurangnya 2 gol tanpa balas bukanlah sesuatu kerja mudah buat anak didik Dato' M.Karathu walaupun dijangka bakal beraksi dihadapan belasan ribu lautan merah putih.

Esok, Jumaat, Kelantan sekali lagi bakal turun berentap dengan seterunya, Terengganu dalam aksi kedua suku akhir saingan Piala Malaysia. Pada aksi pertama, skuad kijang tewas 3-1 dalam perlawanan yang penuh kontroversi dan juga terdapat beberapa unsur sabotaj.

Jika mahu terus menghidupkan peluang menjulang trofi Piala Malaysia buat kali kedua berturut-turut, The Red Warriors perlu menang di laman sendiri dengan jaringan defisit 2 gol. Taktikal menyerang pasti diterapkan oleh ketua jurulatih Kelantan untuk perlawanan ini, namun harus diingat, dalam asyik menyerang, jangan lupa juga bertahan atau anda bakal masuk perangkap.

Barisan kesebelasan utama jangkaan berdasarkan sesi latihan.

Di benteng terakhir, nama Khairul Fahmi Che Mat adalah pasti untuk perlawanan ini manakala Shahrizan Ismail dijangka akan berada di bangku simpanan. Namun jangan terkejut jika nama penjaga gol veteran, Halim Napi disenaraikan selaku penjaga gol simpanan.

Yang menjadi masalah, barisan pertahanan, tanpa Daudsu, Aziz Ismail (Penggantungan) Zairul Fitree (Cedera) dan Wan Rohaimi (Diragui, mungkin masih berkabung di atas kematian ibu) Dato' M.Karathu dilihat tidak mempunyai banyak pilihan. Di posisi bek kanan, Nik Shahrul Azim dan Wan Zaman masih berebut tempat, manakala di bek tengah, Farisham Ismail dan Rizal Fahmi dijangka bakal diturunkan dan di posisi bek kiri, pertahanan kental, S.Subramaniam dijangka akan beraksi.

Sedar bertapa jentera tengah perlu berfungsi dengan amat baik esok, Dato' M.Karathu dijangka akan menggunakan lima pemain di bahagian tersebut, semuanya 'kaki gol' jika dilihat pada rekod namun dapatkah mereka jaringkan gol esok. Di tengah, ketua pasukan, Mohd Badhri Radzi bakal dibantu oleh Nurul Azwan Roya yang akan bertindak sebagai ATTACKING MIDFIELDER manakala tugas sebagai HOLDING MIDFIELDER bakal diisi oleh Daniel Fadzly.

Di sayap kanan, satu kelegaan buat Dato' M.Karathu bila pemain laju, S.Chanturu sudah pulih dari kecederaan manakala di sayap kiri, pemain muda, Mohd Izuan Salahuddin dijangka bakal diberi tanggungjawab. Nama Izuan Rosli dijangka bakal bermula di bangku simpanan.

Di posisi penyerang, tiada pemain lain yang dilihat mampu menggalas tugas seberat ini selain penyerang prolifik, Norshahrul Idlan Talaha yang bakal bertindak sebagai penyerang tunggal. Nizad Ayub, Ramzul Zahini dan Azamuddin Akil bakal bersedia di bangku simpanan. Selain itu, R.Surendran juga dilihat sudah pulih dari masalah kecederaannya (Tak pasti)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Shamil10 : Kelantan pernah menang 3-0 di KUALA TERENGGANU kenapa tidak di laman sendiri ? namun bercakap sebagai seorang PENYOKONG (Bukan peminat) peluang dilihat agak tipis, kerana anak buah Irfan Bakti juga pasti tak mahu pulang hampa selepas mendahului dengan selesa, jika cuaca baik, satu perlawanan yang hebat pasti dapat disaksikan, namun jika hujan, perlawanan yang panas mungkin disaksikan dengan terjahan-terjahan keras dari pemain kedua-dua pasukan.

Prediction : Kelantan 3-1 Terengganu (Penyokong bukan peminat, kehkehkeh)

Tuesday, October 11, 2011

Kelantan Tewas Di SSINS


Juara bertahanan Piala Malaysia kecundang di tangan Juara Piala FA. Terengganu memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri selepas menundukkan Kelantan 3-1 dalam perlawanan yang dipenuhi dengan kontorversi.

Perlawanan menjadi hangat ekoran pengadil perlawanan, Mohd Nafeez melayangkan 5 KAD MERAH dan 10 KAD KUNING pada malam ini. Perlawanan malam ini berlansung dengan cukup panas dan kekasaran demi kekasaran mencemari perlawanan.

Selepas Shakir Shaari dan Daudsu Jamaluddin, giliran penjaring gol pertama Terengganu, Ismail Faruqi Ashaari pula menerima kad merah selepas mengasari penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha. Selain itu, pertahanan kiri Kelantan, Abdul Aziz Ismail dan 2 pemain Terengganu, Zubir Azmi dan Mazlizam Mohammad juga tidak terlepas dari hukuman kad merah.

Ketua pasukan Kelantan membawa pulang sedikit keceriaan apabila berjaya menjaringkan gol tempat lawan yang pastinya suatu yang penting buat Kelantan di Kota Bharu nanti. Gol yang dijaringkan menerusi sepakan penalti.

Manakala 2 lagi gol tuan rumah masing-masing dijaringkan oleh Manaf Mamat juga melalui sepakan penalti dan 1 gol daripada tonggak pertahanan yang juga ketua pasukan Terengganu, Marzuki Yussof pada babak-babak akhir perlawanan.

Perlawanan timbal balik kedua bakal berlansung di Stadium Sultan Muhammad IV pada 14/10 ini dengan Kelantan perlu mendapatkan kemenangan sekurang-kurangnya dengan jaringan 2 gol tanpa balas bagi memadam kelebihan defisit gol dimiliki Terengganu.

Sunday, October 9, 2011

Hati-Hati Dengan Si Baby Faced Assasins


Malam ini, Juara Piala Malaysia 2010, Kelantan bakal berkunjung ke Kuala Terengganu untuk berentap dengan Juara Piala FA 2011, Terengganu untuk aksi suku akhir pertama saingan Piala Malaysia 2011. Seperti yang korang tahu, Terengganu merupakan antara pasukan yang mempunyai ramai pemain bintang. Barisan serangan mereka juga tidak boleh dinafikan kehebatanya.

Satu tugas getir menanti barisan pertahanan Sang Kijang. Tahu lah kan, ketua jentera serangan mereka, bukan calang-calang, pemenang kasut emas, Abdul Hadi Yahya, dibantu pula oleh pemain lincah, Abdul Manaf Mamat tak lupa juga kepada pemain tengah mereka, Ismail Faruqi dan FLANKER mereka, Joseph Kalang Tie dan Ashaari Shamsuddin.

Apa yang penulis nak sentuh disini ialah tentang pemain sayap kiri mereka, Mohd Ashaari Shamsuddin. Pemain yang harus diberi perhatian khusus oleh barisan pertahanan Kelantan dan jika perlu kaedah man-to-man marking adalah perlu. Ashaari atau popular dengan nama Saha ini nampak tidak berbahaya, namun, jika bola dikaki beliau, baik hati-hati atau gawang anda terkoyak.

Penulis menggelarkan beliau sebagai Baby Faced Assasins, nampak tak bahaya tetapi hakikatnya lebih bahaya dari semua pemain yang berada di atas padang. Jangan bagi peluang kepada beliau untuk berlegar dalam D-BOX anda! apa yang membuatkan Ashaari ni hebat sangat? PACE yang tinggi, INDIVIDUAL SKILL yang menarik, dan kebijaksanaan menghidu peluang terhidang. Itu lah kelebihan beliau.

Nak tambah info sikit boleh tak? penulis ada tanya sama itu Rajagobal, kenapa tak ambik Ashaari main national team, ni jawapan beliau "Saya tak suka pemain yang suka score gol" (rekaan semata-mata, tiada kaitan dengan yang masih hidup atau yang sudah tiada)


Semua Sudah Tukar, 5-0? Nak Apa Lagi?


Seperti anda semua tahu, Malaysia tewas lagi, tapi bukan biasa-biasa, kali ni memang kena sayur kaw-kaw dengan jaguh Asia, Australia, 2-0 ke? bukan tapi 5-0. Ye, kita mesti terima hakikat, kita di ranking 146 dunia manakala si Kangaroo di ranking ke 19 dunia, what did you expect? tetapi yang kita boleh pertikai, kenapa kita jatuh sampai ke ranking 146 sedangkan kita pernah berada di ranking ke 75 dunia suatu ketika dahulu.

Sudah lebih 3 dekad semenjak kita berada di ranking ke 75 dunia, kenapa kita semakin jatuh. 3 dekad, bukan satu jangka masa singkat, kenapa pasukan-pasukan yang pernah jadi Arsenal (pasukan belasahan) kita dahulu sekarang sudah maju macam Man United (pasukan power) kenapa?  Jawapannya ialah kerana pembangunan bolasepak kita berhenti tidak lama selepas zaman kegemilangan kita dahulu sementara pasukan-pasukan Arsenal (pasukan belasahan) ni terus berusaha membangunkan mutu bolasepak mereka.

Lihat lah sekarang, kita lawan Jepun kita tewas, lawan Australia kita tewas, tahukan anda, suatu ketika dahulu semasa kita di zaman gemilang kita, Australia hanya pandai main Rugby? tahukah anda, sejak pembangunan bolasepak kita 'tidur' mereka dah 2 kali masuk World Cup?

3 dekad, sudah terlalu banyak perubahan yang dilalui, dari Stadium Merdeka ke Stadium Nasional Bukit Jalil (antara Stadium terbesar di dunia) dari pakai seluar bola singkat kini sudah standard, dari jersey biasa-biasa kini dah smart lagi macho. Apa lagi yang kita mahu? Jika ada yang tanyakan penulis soalan tersebut, jawapannya senang lagi mudah, kami mahukan pengurusan FAM yang baru termasuk PRESIDEN.

Kerana dengan pengurusan yang baru sahaja lah kita akan maju, jika sekarang, jurulatih negara selalu kena bahan sama penyokong, dengan adanya pengurusan baru mereka akan FIKIR dan buat keputusan terbaik, pernahkah anda terfikir, BERFIKIRKAH pengurusan FAM sekarang? Sedangkan bolasepak Thailand lebih maju dari Malaysia, apa kurangnya kita wahai saudara-saudara? Kita pakai jersey NIKE, entah-entah mereka guna jersey yang mereka hantar kat Rantau Panjang jer.

Sudah lama sebenarnya penulis bermimpi untuk bangun pagi, buka akhbar-akhbar, tengok tajuk-tajuk utama seperti "Presiden FAM letak jawatan demi maruah bolasepak negara" atau "Presiden FAM sah letak jawatan" tetapi ia ibarat angan-angan kosong buat masa terdekat ini. Apa lagi yang penulis mampu lakukan? seseorang yang hanya menulis blog cebisan macam ni, apa sangat yang penulis dapat buat? hanya mampu terus menulis dan berharap. 

Sekian.



Thursday, October 6, 2011

Australia Vs Malaysia

Suatu ketika dahulu, P.Ravindran, 'lipas kudung' pasukan Perak pernah menjadi wira Malaysia selepas menjaringkan gol tunggal perlawanan Malaysia lawan Australia pada tahun 1992. Gol hasil hantaran cantik, legenda negara, Zainal Abidin Hassan

Namun, selepas 19 tahun berlalu, selepas 5 perlawanan, hanya itu lah kali pertama Malaysia berjaya menewaskan pasukan Australia. Percaya atau tidak, esok, pasukan negara sekali lagi akan turun berjuang menentang Australia dalam perlawanan persahabatan antarabanga di Canberra.

Dalam jangka masa 19 tahun itu, jurang mutu bolasepak diantara Malaysia dan Australia sudah jauh berbeza. Australia telah 2 kali berjaya menyertai kejohanan Piala Dunia manakala Malaysia pula baru mula mengorak langkah untuk mengembalikan nama ke peta bolasepak dunia atau lebih tepatnya peta bolasepak ASEAN terlebih dahulu.

Datuk K.Rajagobal, nama disebalik kebangkitan Harimau Malaya perlu mencongak strategi terbaik dalam usaha untuk berdepan lawan yang bukan calang-calang. Menyekat kemaraan lawan yang diangkat sebagai antara pasukan terbaik di rantau Asia bukannya satu kerja mudah.


Tanpa beberapa 'regular faces' seperti Safiq Rahim, Shakir Shaari, Amirul Hadi Zainal dan Ashaari Samsuddin, skuad Malaysia kini diwakili oleh beberapa muka baru termasuk penyerang Universiti Kebangsaan Malaysia, K.Reuben, pemain tengah Terengganu, Joseph Kalang Tie, pemain sayap, Wan Zaharul Nizam dan bek kiri, Zubir Azmi merupakan antara muka baru yang diharap mampu mengejutkan lawan.

Tumpuan pastinya terarah kepada Joseph Kalang Tie yang diberi kepercayaan untuk mengambil alih tugas dari Safiq Rahim selaku perancang utama pasukan. Pemain tengah berusia 24 tahun dari Sarawak ini telah mempamer aksi mantap dalam kempen Piala Malaysia kali ini yang membuatkan Datuk K.Rajagobal terpikat. Larian-lariannya, gelecekan mengelirukannya dan juga hantaran-hantarannya merupakan kunci utama beliau dipanggil menyertai skuad negara.

Sebilangan besar pemain-pemain dari pasukan Harimau Muda A juga telah terpilih untuk diserap kedalam pasukan. Datuk K.Rajagobal dilihat gemar bergantung kepada pemain-pemain muda, hanya Norhafiz Zamani Misbah dan Safee Sali sahaja merupakan pemain veteran.

Safee yang baru pulang dari sesi pemilihan bersama kelab England, Cardiff City diberi tanggungjawab besar untuk merobek gawang Australia bersama gandingannya Norshahrul Idlan Talaha. Sementara Norhafiz bakal menjadi 'dinding' negara. Pemain pertahanan berusia 30 tahun itu masih kental dan telah dibuktikan ketika beraksi menentang Chelsea di Bukit Jalil tempoh hari.

Namun, nama Khairul Fahmi Che Mat tidak ketinggalan dari menjadi perhatian dan tumpuan. Pemain yang mempamer aksi konsisten dan mantap ketika perlawanan kelayakan Olimpik menentang Jepun baru-baru ini. Apek sudah pasti menjadi pilihan utama Rajagobal untuk perlawanan ini.

Australia pula dijangka bakal menurunkan pemain-pemain terbaiknya walaupun tanpa kelibat pemain tengah, Tim Cahill dan penjaga gol Mark Schwarzer yang tersisih akibat masalah kecederaan. Mereka pasti mahu satu kemenangan besar, kemenangan bergaya bagi memuaskan hati para penyokong mereka namun Malaysia dilihat bukan lah lawan mudah. Tidak dinafikan peluang untuk Australia mencapai kemenangan sememangnya tinggi tetapi bukan menang dengan jaringan besar.

Wednesday, October 5, 2011

Abramovich : Ade Aku Kesah ?

#MuhdShamil

Dah lama sebenarnya aku tak up kan entry pasal team-team kat Eropah ni, biasalah bolasepak di Malaysia lebih menarik kan, ada Rajagobal, ada K.Devan, ada FAM, auwww! ok, back to the topic, entry kali ni bertujuan untuk menganjing brader ni, owner pasukan yang diwakili rata-rata pemain TUA dan LEMBAB. Roman Abramovich.

Point menganjing pertama, striker berharga 50 juta, dah nak dekat semusim main dengan team ni, tapi baru jer score 4 goal, striker score 4 goal? hehehe. Satu strategi ekonomi yang sangat menarik cuba ditonjolkan oleh brader Abra. Ape sebab beli sebenarnya? pada aku, hanya untuk melemahkan Liverpool jer, kahkahkah.

Point kedua, dengan keegoan pemilik kelab hingga ke pihak pengurusan membuatkan pemain juga terikut sama. Kelab ini lah yang paling terkenal dengan perangai-perangai pemainnya diluar padang (atas padang Man City menang). Tahukah anda, kapten mereka sendiri suka merembat gelfren kawan. Tapi pemain itu masih diberi kepercayaan untuk memakai lilitan kapten pasukan, ape bangang ?

Point ketiga, 5 manager dalam 8 tahun? disini siapa yang bangang sebenarnya? beberapa piala dalam 8 tahun tapi masih kene buang atau 7 tahun tanpa sebarang piala masih diberi kepercayaan? (merujuk kepada guru besar tadika Emirates) yang pasti, ini satu penghinaan kepada manager-manager yang kene buang tu.

Cukuplah tu, tak boleh nak lebih-lebih nanti pakcik-pakcik Chelsea marah atau butthurt pula kan, ye lah, aku pon ada adab, kene hormati orang-orang yang lebih tua dari kita kan. Tapi sebelum aku akhiri post kali ni, aku nak kepilkan apa komen Abramovich sendiri apabila aku tanyakan dia soalan tentang point-point diatas. Ini jawapan dia - "Ade Aku Kesah?" lantak lah, tak lama lagi, boleh la ganti tempat Arsenal di tangga tercorot Liga sementara Arsenal bertarung di Npower League.



Monday, October 3, 2011

Menjelang Aksi Suku Akhir

#MuhdShamil


7 hari menjelang saingan suku akhir Piala Malaysia yang akan menemukan Kelantan dan Terengganu, debarannya kian terasa. Walaupun dianggap sebagai 'adik beradik' namun di atas padang, permusuhan mereka bukan biasa-biasa. Para penyokong kedua-dua pasukan makin 'panas'. Laman-laman sosial pula mula dipenuhi provokasi.

Banyak yang menarik disebalik pertembungan diantara kedua gergasi pantai timur yang sekarang dah menjadi gergasi bolasepak Malaysia ini. Yang paling menarik, pertembungan ini bakal menemukan PENYANDANG JUARA PIALA MALAYSIA, Kelantan dan juga JUARA PIALA FA, Terengganu. Satu perlawanan yang pasti menjanjikan aksi sengit.

Selain itu, game ini juga bakal menemukan NAIB JUARA LIGA SUPER, Terengganu dan juga NAIB JUARA PIALA FA, Kelantan. Apa yang menarik, Terengganu menjadi juara Piala FA selepas menewaskan Kelantan di perlawanan akhir manakala kemenangan 3-0 Kelantan keatas Terengganu di Kuala Terengganu menjadi titik tolak dalam usaha Terengganu mengejar kejuaraan Liga Super.

PENJARING TERBANYAK Liga Super 2011, Abdul Hadi Yahya bakal sekali lagi bersaing dengan PENJARING KEDUA TERBANYAK, Norshahrul Idlan Talaha dalam usaha untuk menentukan siapa yang terbaik. Tidak lupa juga bertujuan untuk membuka mata ketua jurulatih kebangsaan, Dato' K.Rajagobal siapa yang wajar berada di dalam skuad beliau.

Selesai membicarakan tentang pemain di posisi paling atas kini kita ke posisi terakhir pula, penjaga gol. 2 penjaga gol kebangsaan, 2 orang wira bakal diketemukan lagi. Sharbinee Allawee Ramli (Terengganu) dan Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan). 2 penjaga gol yang telah menjadi wira negara. Sharbinee (Sukan Sea 2009) manakala Khairul Fahmi (Piala Suzuki AFF 2010) Siapa paling hebat ?

Selain itu, penulis ingin menokok tambah beberapa lagi info menarik. Game ini juga bakal menyaksikan pertarungan 2 pemain di sayap kanan yang lincah dan pantas. Joseph Kalang Tie (Terengganu) digelar 'Messi Ganu' dek kerana kelincahannya manakala S.Chanturu (Kelantan) digelar 'Kelantan Express' dek kerana larian-larianya yang pantas.

Akhir sekali, 2 pemain akan berentap dengan pasukan kelahiran mereka sendiri. Di pasukan Terengganu, Mohd Ailim Fahmi merupakan pemain yang dilahirkan di negeri Kelantan manakala di Kelantan, penyerang utama mereka, Norshahrul Idlan Talaha dilahirkan di Besut, Terengganu.

Kesimpulanya, pihak SHAMIL10 menjangkakan satu perlawanan menarik bakal dapat anda semua saksikan, kedua-dua pasukan mempunyai barisan yang kukuh dan juga barisan serangan yang tajam, agak sukar untuk meramal siapa yang bakal berjaya melangkah ke saingan separuh akhir. Sama-sama kita nantikan! 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...