#MuhdShamil
Ini lah yang dinamakan hakikat. Memang hakikat sesuatu yang sangat pahit untuk diterima tetapi ia perlu diterima dengan minda positif demi memajukan diri di masa akan datang. Jika suatu ketika dahulu, Korea Selatan yang menjadi lawan Malaysia dan bukannya Jepun, malahan ketika itu, nama Jepun belum wujud dalam peta bolasepak dunia.
Ketika itu, Jepun lebih dikenali dengan sukan Bola Lisut dan Sumo. Ketika itu, Kengo Nakamura belum dilahirkan. Tapi, lihatlah apa yang telah mereka kecapi 20 tahun selepas itu. Mereka telah menjadi kuasa terbesar bolasepak di Asia malah mereka sudah memasang impian untuk menjadi juara Piala Dunia 2050.
Berbalik kepada topik asal. walaupun tewas, skuad Olimpik negara menunjukkan kualiti bolasepak yang sangat tinggi. Jika dilihat pada statistik percubaan. Jepun memiliki 14 percubaan manakala Malaysia hanya 2. Tanpa kualiti, mustahil Malaysia hanya melepaskan 2 gol.
Nama Khairul Fahmi Che Mat akan diingati oleh anak-anak muda generasi akan datang selaku antara penjaga gol terbaik dihasilkan oleh Malaysia. Beliau mempamer aksi yang sangat baik. Tampanan demi tampanannya lah yang banyak menyelamatkan maruah negara. Tidak lupa juga kepada BACK FOUR kita yang cemerlang walaupun dilihat agak gopoh.
Semua itu tak penting, yang penting, moral pemain tidak jatuh walau sedikit pon selepas kekalahan semalam malahan mungkin meningkat selepas berjaya menyerap asakan pasukan Jepun yang bermain dengan corak pantas di tempat mereka.
Jika aksi seperti ini diteruskan untuk game-game seterusnya, tidak mustahil misi ke Olimpik London akan tercapai walaupun secara realistiknya agak sukar. Apapun TAHNIAH sekali lagi buat skuad Olimpik negara terutamanya Ong Kim Swee yang berani mencatur stratergi dan bukan mengharapkan ANAK EMAS yang TERUK PRESTASINYA. Tahniah tahniah tahniah.
No comments:
Post a Comment