#MuhdShamil
Seperti yang korang tahu, semalam pihak pengurusan Gergasi Merah ada lancarkan 'Misi 33' semalam, objektif utamanya ialah untuk merampas Piala Malaysia daripada si Pahlawan Merah. Seperti yang anda semua tahu jugak. Jurulatih Selangor, K.Devan yang mengaku dirinya sebagai jurulatih nombor satu di negara masih belum pernah julang satu piala ni, Piala Malaysia.
Selangor aku ibarat kan sebagai Liverpool. Para penyokong mereka pon sama, tak habis-habis tunjuk statistik dan koleksi kejuaraan yang mereka ada. Tahukah anda bila kali terakhir Selangor dapat Piala Malaysia ? tahun 2010, ehh, tu Kelantan, Selangor last dapat tahun 2005 la.
Harapan nak cipta sejarah buat hat-rick kejuaraan Liga Super juga berkecai tahun ni, selepas dinafikan oleh seteru utama, Kelantan. Nak menang Piala FA, ehh, nak masuk Final Piala FA pon tak boleh selepas sekali lagi dinafikan oleh kehebataan The Red Warriors. Tak caya ? tanya Devan, 'ingat nombor ni tak? ni haa, 1-5' dia mesti tahu, dia ingat semua statistik. Nak dapatkan Piala Sumbangsih pon tak dapat, seperti biasa, tewas kepada Kelantan. Viva Selangor la kan.
Bagi si Pahlawan Merah pula, mereka pastinya mengidam untuk menyimpan Piala Malaysia di negeri mereka lebih lama lagi, ye la, tak kan nak semusim jer kan. Dan misi yang keduanya ialah untuk meneruskan tradisi kemenangan keatas Gergasi Merah yang dah jinak ni. Ye la, cuba tengok statistik, Kelantan dah menang kesemua 11 kali game terakhir (Statistik 90minit perlawanan) atau 9 game mengikut kepala hotak Devan.
Jika mengikut tanggapan awal, Final Piala Malaysia tahun ni akan menemukan Kelantan dan Selangor. Mungkin kah skrip perlawanan akhir Piala FA 2009 akan berulang ? rebah lagi kah sang kijang ? aku rasa tak. Bukan sebab aku orang Kelantan, tapi berdasarkan prestasi semasa.
Aku optimis Kelantan boleh menang. Norshahrul vs Safee Sali, siapa hebat ? ehh, bukan, Norshahrul vs Rudie Ramli lah, bukan nak perlekeh, tapi ini perkara nyata. Lihatlah prestasi semasa, siapa lebih hebat ? KELANTAN. Betul, bola itu bulat - ini ayat nak sedapkan hati sesetengah manusia. mana mungkin pasukan Spain boleh tewas kepada Montserrat dalam perlawanan penting. Bukan sebab Montserrat bangang, tapi tangok form la. Sedangkan diorang pon guna bola bulat gak, bukan segi tiga mahupun berbentuk kon.
Nak statistik pasal Selangor lagi ? tanya brader T-team. Diorang lebih pakar dari aku. Nak statistik pasal Kelantan ? tanya brader FELDA United (nampak sangat aku ni saja bagi yang buruk kat Selangor & yang baik kat Kelantan kan ? biasalah dah orang Kelantan namanya kan, kahkahkah) Jadi aku pilih KELANTAN sebagai juara Piala Malaysia musim ini. (Yang ni BUKAN sebab aku orang Kelantan)
Sekian
No comments:
Post a Comment