Credit : Shazli Image Photography |
The Red Warriors terus melakar kemenangan dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.
Seperti biasa, The Red Warriors pada mulanya gagal menjaringkan gol walaupun berjaya mengawal sepenuhnya perlawanan malam tadi, rembatan demi rembatan, asakan demi asakan namun benteng pertahanan Sarawak tampak seperti Tembok Besar China dan mustahil untuk dibolosi.
Kedudukan terikat tanpa jaringan sehingga tamat babak pertama. Bermula babak kedua permainan, skuad Bujang Senang dibawah bimbingan Robert Albert dilihat melakukan sedikit perubahan taktikal daripada Defensive kepada kadang kala menyerang sehingga Bobby Gonzales hampir-hampir menghukum skuad Kelantan melalui gerakannya bahayanya.
Corak permainan berubah serta merta selepas Nurul Azwan Roya dan Azamuddin Akil dikeluarkan dan digantikan dengan Ramzul Zahini dan pemain berpengalaman, Daniel Fadzly Abdullah. Kelantan terus melancarkan serangan namun kali ini lebih kemas dan teratur.
Kenduri gol Kelantan bermula pada minit ke 80' perlawanan selepas ketua pasukan, Badhri Radzi merembat deras bola ke gawang Bujang Senang untuk meleraikan kebuntuan barisan serangan. Selang beberapa minit, giliran penyerang prolifik, Norshahrul Idlan Talaha pula menjaringkan gol.
Sarawak kian teretekan dan kerap melakukan kesilapan-kesilapan mudah sekaligus membuka peluang untuk pemain gantian, Danial Fadzli Abdullah untuk meneruskan pesta gol Kelantan. Tuan rumah dilihat tidak mahu berhenti dengan 3 gol sahaja. Kelantan terus menyerang dan sekali lagi, Badhri Radzi menjaringkan gol keempat buat Kelantan untuk menamatkan malam gemilang The Red Warriors.
No comments:
Post a Comment