#MuhdShamil
Siapa dia ? |
Baru berusia 12 tahun, Wan Kuzain kini berada di Amerika Syarikat tetapi dengan aksi menarik yang dimilikinya tidak mustahil dia pulang ke tanah air untuk membantu pasukan bolasepak negara satu hari nanti.
Itu lah kelibat Wan Kuzain Wan Kamal, skill yang nyata menarik. Baru menjangkau usia 12 tahun bergitu licik dengan kawalan kemas kaki kiri, sekali imbas aksi kidalnya mirip bintang Argentina, Lionnel Messi.
Rakaman yang diambil dari youtube ini jelas menunjukkan kelebihan Wan Kuzain berbanding rakan sebayanya. Masih terlalu awal untuk memuji, walaupun rata-rata komen yang diperoleh dari laman-laman web meletakkan Wan Kuzain sebagai wonderkid Malaysia.
Apa sekali pun diharap Wan Kuzain terus gigih menggilap bakat dan seterusnya memenuhi potensi untuk menjadi pemain kebangsaan suatu hari nanti.
No comments:
Post a Comment