Thursday, September 29, 2011

Tiada Sebab Untuk Apek Berhijrah

Credit : Userun Photography
Seperti pemain-pemain lain, nama penjaga gol paling sensasi di negara, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek juga tidak terlepas daripada gosip-gosip perpindahan untuk musim baru yang akan menjelang nanti.

Terbaru, terhangat dan paling hangat, pasukan Selangor dikhabarkan giat berusaha untuk membawa Apek ke pasukan mereka untuk musim hadapan untuk menyelesaikan masalah ketandusan penjaga gol berkaliber yang mereka hadapi sejak penghijrahan Hamsani Ahmad ke FELDA United awal musim lalu.

Walaupun khabar angin tersebut dinafikan serta-merta oleh pengurus pasukan Merah Kuning, Dato' Hamidin namun peribahasa jika tiada angin masakan pokok bergoyang tampak sesuai digunapakai untuk perkara ini. Selangor mampu untuk mendapatkan khidmat Apek dengan cara penebusan kontrak walaupun kontraknya bersama Kelantan masih panjang.

Namun, bagi penulis, penyokong-penyokong Kelantan tidak perlu gusar atau bimbang dengan perkara ini kerana pada pendapat penulis TIADA SEBAB UNTUK APEK BERHIJRAH. Beliau kini berada dalam terbaik bersama Kelantan, tiada sebab untuk beliau ke pasukan lain.

Kelantan adalah pasukan terbaik untuk Apek beraksi. Selain selalu menjadi pilihan utama jurulatih, Khairul Fahmi juga boleh mengutip seberapa banyak pengalaman beraksi di saingan peringkat antarabangsa di kejohanan AFC bersama Kelantan musim hadapan. Satu pengalaman yang pastinya sangat berguna dalam membantu pasukan Kelantan sendiri dan juga yang lebih penting, pasukan negara kita. Malaysia.

Kesimpulanya, penyokong-penyokong Kelantan tidak perlu bimbang akan kehilangan Apek kerana penulis yakin Apek tidak akan kemana-mana dalam waktu terdekat ini. Posisi utama Apek dah isi, sebagai back-up, Kelantan sudah ada Shahrizan Ismail. Namun, andaikata kedua-dua mereka tidak dapat beraksi, siapa yang bakal mengisi kekosongan tersebut ?

Penjaga-penjaga gol muda Kelantan seperti Norhadi, Jud Tanna dan juga Syazwan dilihat masih belum mampu menggalas tugas selaku penjaga gol utama. Mereka kurang pengalaman. Nak tahu siapa penjaga gol yang bakal dibawa masuk ? nantikan pendedahan eksklusif dari kami !




Wednesday, September 28, 2011

Harapan Tinggi Kepada Wan Kuzain

#MuhdShamil
Siapa dia ?
Tidak dapat dinafikan penulis sendiri turut menaruh harapan tinggi kepada apa yang penulis akan ceritakan ini. Ia mengenai pemain cilik, Wan Kuzain Wan Kamal yang jelas menampakkan bakat besar dalam sukan bolasepak.

Baru berusia 12 tahun, Wan Kuzain kini berada di Amerika Syarikat tetapi dengan aksi menarik yang dimilikinya tidak mustahil dia pulang ke tanah air untuk membantu pasukan bolasepak negara satu hari nanti.


Itu lah kelibat Wan Kuzain Wan Kamal, skill yang nyata menarik. Baru menjangkau usia 12 tahun bergitu licik dengan kawalan kemas kaki kiri, sekali imbas aksi kidalnya mirip bintang Argentina, Lionnel Messi.

Rakaman yang diambil dari youtube ini jelas menunjukkan kelebihan Wan Kuzain berbanding rakan sebayanya. Masih terlalu awal untuk memuji, walaupun rata-rata komen yang diperoleh dari laman-laman web meletakkan Wan Kuzain sebagai wonderkid Malaysia.

Apa sekali pun diharap Wan Kuzain terus gigih menggilap bakat dan seterusnya memenuhi potensi untuk menjadi pemain kebangsaan suatu hari nanti.

Wordless Wednesday

Revenge Of Daudsu
" Sharbinee, lu tunggu, kali ni gua janji gua tanduk masuk gol lu, baru lu tau siapa Daudsu"

Kijang 'Langsai Hutang'

#MuhdShamil
Credit : Userun Photography
Bermula garang, jentera serangan The Red Warriors buntu mencipta jaringan. Beberapa peluang terbaik dimiliki di awal permainan jelas gagal dimanfaatkan tuan rumah untuk keputusan terikat tanpa jaringan di babak pertama perlawanan yang dilansungkan di Kota Bharu, semalam.

Segalanya mula berubah sebaik 18 minit babak kedua bersambung . Bermula gerakan menarik pemain tengah tuan rumah, Shakir Shaari, bijak disempurnakan oleh penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha untuk meletakkan skuad Kijang dihadapan.

Sembilan mini berselang, penjaga gol pelawat, Zainal Rabin tewas sekali lagi. Norshahrul sekali lagi menggandakan jaringan untuk keputusan muthlak memihak kepada skuad bimbingan Dato' M.Karathu 2-0 mengatasi FELDA United FC.

Kemenangan 3 mata bermakna, Kelantan menepati ramalan muncul juara kumpulan C, mara ke saingan suku akhir 10 dan 14 Oktober depan menentang musuh ketat, Terengganu. Manakal laluan sukar menanti naib juara kumpulan C. FELDA United FC yang dijadualkan akan bertemu Negeri Sembilan.

Sunday, September 25, 2011

Konflik Atau Strategi


Pertamanya, posting ini bukan untuk menunding jari, menuduh atau memburukkan sesiapa. Posting ini sekadar untuk menyuarakan kemusykilan yang bermain di minda penulis tentang apa yang berlaku diantara Danial Fadzly dengan pihak pengurusan. Konflik atau strategi ?

Danial Fadzly Abdullah, seorang pemain tengah yang cukup berpengalaman dan antara pemain yang paling banyak memberi sumbangan kepada pasukan tiap kali diberi peluang beraksi, namun apa yang menjadi kemusykilan ialah kenapa khidmat beliau jarang sekali digunakan.

Sumbangan beliau jelas dapat dilihat dalam saingan merebut Piala Sumbangsih awal musim lalu apabila Kelantan berjaya menewaskan tuan rumah, Selangor di Stadium Shah Alam dan yang terbaru apabila Kelantan menjaringkan 4 gol dalam masa 10 minit selepas beliau dimasukkan dan beliau juga menjaringkan 1 gol.

Penulis bertambah musykil selepas menyaksikan perlawanan peringkat kumpulan Piala Malaysia diantara Johor FC dan Kelantan semalam yang berkesudahan dengan keputusan seri 1-1. Jelas jentera tengah Kelantan GAGAL berfungsi. Walaupun berada dalam senarai pemain gantian tetapi Danial sekali lagi disisihkan dan Dato' M.Karathu bertindak membawa pemain yang baru pulang dari tugasan negara, Izuan Salahuddin yang jelas masih keletihan.

Ya, tidak dinafikan, faktor usia Danial Fadzly yang sudah mencecah 32 tahun mungkin menjadi faktor utama mengapa beliau tidak diturunkan dalam kesebelasan utama namun kenapa walapun perlawanan berbaki 20 minit pun beliau tak diberi peluang sedangkan semua mengetahui beliau boleh merubah corak permainan.

Apakah benar ura-ura yang mengatakan bahawa terdapat konflik dalaman. Penulis bukan hendak menuduh, cuma bertanya. Jika benar, perkara ini perlu diselesaikan segera demi menjaga keharmonian pasukan. Penulis bukan mahu menjatuhkan sesiapa, penulis cuma berharap kita boleh sama-sama membantu pasukan dalam usaha untuk terus maju dari semasa ke semasa.

Namun, penulis selalu berfikiran positif, mungkin Dato' M.Karathu mempunyai perancangan tersendiri mengapa beliau jarang menggunakan khidmat Danial Fadzly. Dato' M.Karathu boleh diklasifikasikan sebagai antara jurulatih yang sukar diramal apa yang bermain di mindanya. 

Penulis yakin, Dato' M.Karathu seorang jurulatih yang berwibawa. lihat lah apa yang telah beliau lakukan kepada pasukan Kelantan setelah beliau mengambil alih tugas selaku jurulatih. Juara Piala Sumbangsih 2011, Naib Juara Piala FA 2011, Juara Liga Super 2011 dan sekarang sedang bertarung untuk mengekalkan Piala Malaysia pula.



Saturday, September 24, 2011

Kelantan Kempunan

#MuhdShamil

Penyandang juara Piala Malaysia, Kelantan sekadar mencatat keputusan seri 1-1 menentang Johor FC di Stadium J-Corp Pasir Gudang.

Hasrat anak didik Dato' M.Karathu untuk mengutip 3 mata penuh tidak kesampaian apabila corak permainan tidak kemas yang dipamerkan skuad Kjiang sejak kebelakangan ini dilihat masih belum dapat diselesaikan. Permainan yang kucar kacir membuatkan para pemain kerap melakukan kekasaran.

Tuan rumah bermula garang dan berjaya membuka tirai jaringan seawal minit ke 2 perlawanan apabila pemain nombor 33, Akmal melakukan satu rembatan padu kearah pintu gol Kelantan lalu tertampan di kaki Farisham Ismail sekaligus menerjah jaring untuk Johor FC berada di depan.

Terkejut dengan jaringan tersebut, Kelantan terus melancarkan serangan, hasilnya, Kelantan berjaya menyamakan kedudukan apabila Azzamuddin Akil menguis masuk bola dari sudut yang agak sukar sekaligus mengakhiri kemarau gol beliau.

Selepas itu, perlawanan bertukar hambar, walaupun banyak percubaan-percubaan dan asakan-asakan dari kedua-dua pasukan namun perlawanan terencat dengan terlalu banyak kekasaran yang berlaku dan pengadil perlawanan dilihat tidak berjaya mengawal perlawanan dengan baik.

Tamat perlawanan, Johor FC 1, Kelantan 1, jika permainan seperti ini diteruskan oleh Kelantan, harapan untuk mengekalkan kejuaraan Piala Malaysia untuk 2 musim berturut-turut dilihat agak samar-samar. Kelantan kini memimpin saingan di kumpulan C dengan perbezaan jaringan gol dengan FELDA United. 

Friday, September 23, 2011

Pemain Yang Dikaitkan Dengan Super Warriors

#MuhdShamil

Walaupun masih terlalu awal untuk menentukan siapa masuk dan siapa keluar dari pasukan-pasukan Liga Super di Malaysia untuk musim hadapan, namun para penyokong sudah mula menyebarkan 'rumours' tentang perpindahan pemain-pemain ke pasukan kesayangan mereka.

Tidak ketinggalan, penyokong Sang Kijang juga sudah tidak sabar untuk mengetahui barisan kesebelasan utama dan simpanan Kelantan untuk musim hadapan yang khabarnya berbelanja besar dalam usaha membina 'Dream Team' untuk menghadapi saingan domestik dan juga antarabangsa yakni saingan Piala AFC.

Disini penulis hanya ingin mengutarakan 5 pemain paling hangat disebut-sebut bakal menyarung jersi The Red Warriors untuk musim hadapan, transfers ini tak semestinya 100% tepat. Ini ialah rumours dan juga hasil 'siasatan' penulis sahaja. Tanpa rumous, industri bolasepak tak meriah.

Pemain-pemain tersebut ialah :

1) Norfarhan Muhammad

Pemain utility yang menjadi kesayangan penyokong-penyokong Kelantan sejak dari dulu lagi dek kerana sikapnya yang lebih 'low profile' selain sikap peramahnya membuatkan para penyokong mudah untuk mendekati beliau. Mengambil langkah untuk manyarung jersi T-team untuk musim 2011 dan dikhabarkan bakal kembali ke Kelantan untuk musim hadapan. Khabarnya juga, beliau sudah mendapat offer dari pihak KAFA.

2) Amirul Hadi Zainal

Pemain Selangor, Amirul Hadi Zainal juga satu lagi nama besar yang dikaitkan dengan Sang Kijang, pemain yang beraksi di posisi sayap kanan ini terkenal dengan skill-skill gelecekannya dan juga larian pantas yang mampu membuat pemain lawan tergamam. Menurut sumber, orang paling berpengaruh KAFA (Nama tidak boleh dinyatakan) mengatakan bahawa. Usaha untuk mendapatkan Amirul Hadi sudah 80%.

3) Baddrol Bakhtiar

Sudah 2 musim nama Baddrol Bakhtiar dikaitkan dengan pasukan Kelantan, mungkin para penyokong sudah hilang harapan selepas awal musim ini, perpindahan Baddrol sekali lagi tidak menjadi kenyataan selepas masalah yang berlaku di saat akhir jendela perpindahan. Kali ni, Baddrol dikatakan mempunyai satu lagi halangan apabila ada diantara rakan pemain yang menasihati beliau agar tidak menyertai Kelantan namun rumours tentang beliau terus hangat tersebar.

4) Safiq Rahim

Berpasangan dengan Baddrol, Safiq juga antara nama yang dikaitkan dengan Kelantan untuk musim lepas. Kapten berpengaruh skuad Harimau Malaya ini terkenal dengan sepakan percuma jarak dekatnya. Sekali lagi nickname 'SR' bakal kembali hangat. 

5) Yong Kuong Yong

Antara pemain yang dikaitkan sebagai pemain pinjaman Kelantan untuk saingan Piala Malaysia namun oleh sebab pasukan diwakilinya sekarang layak ke saingan Piala Malaysia harapan tersebut terpaksa ditangguh. Walaupun bukanlah nama besar dalam industri bolasepak Malaysia, namun Yong tidak ketinggalan menjadi pemain yang dikaitkan dengan Super Warriors 2012. Beliau sendiri juga telah menyatakan minat beliau untuk beraksi bersama Kelantan.

Itu lah, 5 pemain terhangat yang dikaitkan dengan skuad Kijang untuk musim 2012 nanti, benar atau tidak, sama-samalah kita nantikan dengan penuh debar, tidak kiralah siapa yang sarung jersi Kelantan musim depan namun harapan penyokong hanya satu iaitu agar pasukan  kesayangan mereka terus menjadi kuasa besar bolasepak di Malaysia.

Untuk rumours lain, sila lah jenguk-jenguk di ruangan khas di kiri blog ini. 







Apek Sudah Bersedia

#MuhdShamil

Anak muda bernama Khairul Fahmi Che Mat atau lebih selesa dengan gelaran Apek bukannya satu nama asing dalam industri bolasepak di Malaysia malahan semua peminat bolasepak di Asia Tenggara telah kenal akan kehebatan beliau. Sekarang beliau cuba mencipta nama di persada industri bolasepak Asia pula.

Setiap kali diberikan tanggungjawab, beliau akan menyempurnakannya dengan sepenuh hati tidak kira walau berapa banyak masalah peribadi yang menyelubunginya. Itu lah dia, Apek. Kelmarin, sekali lagi beliau mempamerkan aksi memukau beliau dihadapan kira-kira lebih 20 ribu penyokong Jepun dalam perlawanan kelayakan Olimpik yang berkesudahan Malaysia tumbang 0-2.

Jika dulu badi penjaga gol negara banyak menghantui penjaga gol terdahulu namun sekarang awan hitam tersebut dilihat sudah berlalu pergi. Ramai yang sudah menyuarakan keyakinan bahawa Apek sudah bersedia untuk beraksi dalam liga yang mutunya jauh lebih baik dari Liga Malaysia.

Cuba berpijak di bumi nyata, tak usahlah memasang angan ingin ke Liga Inggeris sedangkan kita tahu bahawa kita tak layak dan tak dapat nak patuhi undang-undang mereka. Cuba buka minda kita lebih luas, banyak lagi liga-liga di negara lain yang jauh lebih baik dari Liga Malaysia.

Jika dulu ramai yang mempertikaikan tentang ketinggian Apek. Katanya Apek hanya mampu beraksi di liga Malaysia sahaja dimana pemain-pemain juga tidak lah setinggi mana, tetapi tanggapan tersebut sudah dinafikan oleh Apek. Beliau telah buktikan bahawa ketinggian merupakan perkara kedua.

Jurulatih penjaga gol pasukan kebangsaan, Mohd Faozi Mukhlas juga ada menyatakan keyakinannya di laman Facebook miliknya, katanya "secara jujur coach berpendapat yang Apek dah bersedia jika ada kelab-kelab luar yang berminat untuk melamarnya"


Tambahnya lagi " speed dan agility tu lebih memainkan peranan berbanding dengan ketinggian. Ketingian adalah satu advantage kalau seseorang goalkeeper itu ada kepantasan" Benar lah, ini kerana jika dilihat penjaga gol nombor satu DUNIA, Iker Casillas juga tidak lah setinggi mana.


Disini apa yang menjadi persoalan di minda penyokong-penyokong bolasepak negara, cukup bersediakah pihak Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) dibawah naungan Tan Sri Annuar Musa untuk melepaskan Apek, untuk cuba hidup tanpa Apek.


KAFA perlu berani untuk melepaskan Apek jika beliau mendapat tawaran dari pasukan luar. Memang khidmat beliau diperlukan di Kelantan tetapi jika dipandang dalam aspek yang lebih meluas ia baik untuk bolasepak Malaysia, jadi pokoknya, KAFA perlu berani melepaskan Apek.


Dalam hal ini, penulis merasakan ia bukanlah satu masalah kerana semua tahu KAFA dan Tan Sri Annuar Musa profesional. Cuba pandang kepada keputusan Selangor yang berani melepaskan Safee Sali dan lihatlah hasilnya. Penulis juga yakin, Kelantan can survive walaupun tanpa khidmat Khairul Fahmi kerana negeri Kelantan masih mempunyai ramai bakat-bakat muda yang menunggu masa untuk digilap sama seperti Khairul Fahmi Che Mat suatu ketika dahulu.






Tahniah Ong Kim Swee

#MuhdShamil


Tewas 0-2 ditangan Jepun, pasukan yang berada di ranking nombor satu Asia. Apa yang nak dihairankan malahan tak berlebihan jika Ong Kim Swee dan pasukannya diucap tahniah. Bukan senang untuk tewas 0-2 tambahan pula bermain di arena lawan yang FULLHOUSE. Skuad Olimpik negara bertahan dengan sangat baik.

Ini lah yang dinamakan hakikat. Memang hakikat sesuatu yang sangat pahit untuk diterima tetapi ia perlu diterima dengan minda positif demi memajukan diri di masa akan datang. Jika suatu ketika dahulu, Korea Selatan yang menjadi lawan Malaysia dan bukannya Jepun, malahan ketika itu, nama Jepun belum wujud dalam peta bolasepak dunia.

Ketika itu, Jepun lebih dikenali dengan sukan Bola Lisut dan Sumo. Ketika itu, Kengo Nakamura belum dilahirkan. Tapi, lihatlah apa yang telah mereka kecapi 20 tahun selepas itu. Mereka telah menjadi kuasa terbesar bolasepak di Asia malah mereka sudah memasang impian untuk menjadi juara Piala Dunia 2050.

Berbalik kepada topik asal. walaupun tewas, skuad Olimpik negara menunjukkan kualiti bolasepak yang sangat tinggi. Jika dilihat pada statistik percubaan. Jepun memiliki 14 percubaan manakala Malaysia hanya 2.  Tanpa kualiti, mustahil Malaysia hanya melepaskan 2 gol.

Nama Khairul Fahmi Che Mat akan diingati oleh anak-anak muda generasi akan datang selaku antara penjaga gol terbaik dihasilkan oleh Malaysia. Beliau mempamer aksi yang sangat baik. Tampanan demi tampanannya lah yang banyak menyelamatkan maruah negara. Tidak lupa juga kepada BACK FOUR kita yang cemerlang walaupun dilihat agak gopoh.

Semua itu tak penting, yang penting, moral pemain tidak jatuh walau sedikit pon selepas kekalahan semalam malahan mungkin meningkat selepas berjaya menyerap asakan pasukan Jepun yang bermain dengan corak pantas di tempat mereka.

Jika aksi seperti ini diteruskan untuk game-game seterusnya, tidak mustahil misi ke Olimpik London akan tercapai walaupun secara realistiknya agak sukar. Apapun TAHNIAH sekali lagi buat skuad Olimpik negara terutamanya Ong Kim Swee yang berani mencatur stratergi dan bukan mengharapkan ANAK EMAS yang TERUK PRESTASINYA. Tahniah tahniah tahniah.

Tuesday, September 20, 2011

Harapan Yang Musnah

#MuhdShamil

Hancur musnah harapan seluruh manusia di bumi (kecuali penyokong Man Utd) apabila satu-satunya team yang dianggap mampu menewaskan Man Utd akhirnya tewas dikaki United juga mengikut jejak langkah West Brom, Spurs, Arsenal dan Bolton.

Seperti biasalah kan, bila team paling power di alam semesta ni lawan team biasa-biasa maka rebah la team biasa. Alex Ferguson turunkan pemain muda yang laju-laju manakala Villar Buas menurunkan 2-3 orang je yang muda dan laju yang lain tua dan lembab.

Budak Sturriged yang perasan bagus lepas score goal bangang lawan Bolton tu nak score awal la kononnya kan, tapi De Gea steady jer save guna kaki beb! Petr Cech boleh ? Lepas tu, United dah mula geram, mereka tak perlu masa lama sangat nak score goal, dah kata lawan team biasa-biasa kan.

Defender score goal ? bangangnya Chelsea, Offside ? so, what's the problem here ? lu orang macam tak kenal reff kat sana, lagi-lagi FA England, lu nak main adil kah ? pergi join liga sekolah rendah yang kalau reff buat salah, semua nanghis tak nak main. 

Entah lah aku pon malas la nak ulas-ulas panjang lebar, aku nak straight to the point terus. Torres score goal ? Ini dah boleh masuk dalam 10 keajaiban dunia dah ni, tapi yang miss depan gol yang ternganga luas tu, tu memang dah kerje Torres kot.

Rooney miss penalty ? bak kata Evra, "It's fine if he does it here than in moscow" apa nak bising-bising kan, dah leading 3 gol dah, lain la kalau miss macam Torres. Kenapa aku asyik back-up United ? ehh, suka hati aku lah, dah ni blog aku.


Btw, Liverpool menang berapa dengan Spurs ahh ? Spurs stendet ayam kampung jer. YNWA! You'll never win anything la. 




Bujang Senang Tak Senang


Credit : Shazli Image Photography
#MuhdShamil

The Red Warriors terus melakar kemenangan dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.

Seperti biasa, The Red Warriors pada mulanya gagal menjaringkan gol walaupun berjaya mengawal sepenuhnya perlawanan malam tadi, rembatan demi rembatan, asakan demi asakan namun benteng pertahanan Sarawak tampak seperti Tembok Besar China dan mustahil untuk dibolosi.

Kedudukan terikat tanpa jaringan sehingga tamat babak pertama. Bermula babak kedua permainan, skuad Bujang Senang dibawah bimbingan Robert Albert dilihat melakukan sedikit perubahan taktikal daripada Defensive kepada kadang kala menyerang sehingga Bobby Gonzales hampir-hampir menghukum skuad Kelantan melalui gerakannya bahayanya.

Corak permainan berubah serta merta selepas Nurul Azwan Roya dan Azamuddin Akil dikeluarkan dan digantikan dengan Ramzul Zahini dan pemain berpengalaman, Daniel Fadzly Abdullah. Kelantan terus melancarkan serangan namun kali ini lebih kemas dan teratur.

Kenduri gol Kelantan bermula pada minit ke 80' perlawanan selepas ketua pasukan, Badhri Radzi merembat deras bola ke gawang Bujang Senang untuk meleraikan kebuntuan barisan serangan. Selang beberapa minit, giliran penyerang prolifik, Norshahrul Idlan Talaha pula menjaringkan gol.

Sarawak kian teretekan dan kerap melakukan kesilapan-kesilapan mudah sekaligus membuka peluang untuk pemain gantian, Danial Fadzli Abdullah untuk meneruskan pesta gol Kelantan. Tuan rumah dilihat tidak mahu berhenti dengan 3 gol sahaja. Kelantan terus menyerang dan sekali lagi, Badhri Radzi menjaringkan gol keempat buat Kelantan untuk menamatkan malam gemilang The Red Warriors.


Saturday, September 17, 2011

Kejutan Demi Kejutan

#MuhdShamil

17 September 2011 merupakan hari yang banyak mencipta kejutan dalam arena bolasepak negara dan juga antarabangsa. Dari team power hingga team bangang kepada team lauk pergi ke team kepala lutut, semuanya membuat kejutan malam ini.

Memandangkan aku ni seorang yang patriotik, jadi lebih baik, lebih cantik dan lebih molek aku mulakan ulasan aku untuk team-team kat negara kita ni, yang sekarang ni tengah rancak bersaing dalam merebut kejuaraan Piala Malaysia.

So, the biggest surprise malam ni ialah apabila Skuad Hoben Jang Hoben tewas mengejut kepada PKNS FC. 2-0 pulak tu, Negeri Sembilan hanya memerlukan satu mata sahaja lagi untuk mengesahkan tempat untuk ke suku akhir dan PKNS dilihat bukan sesuatu yang sukar untuk ditewaskan tapi perkara sebaliknya berlaku. 

Last game, Nogori tewaskan juara FA Cup, Terengganu, malam ni tewas kepada Juara Liga Perdana, so, jika guna akal pendek, Liga Perdana lagi power dari FA Cup (Ape ke bangang sangat pemikiran) Bagi aku, Terengganu akan tamatkan saingan group stage ni sebagai juara walaupun sekadar menang tipis dengan Sime Darby tadi.

Selain tu, tak ada kejutan sangat selain Kenari seri 3-3 dengan Johor, ape kene dengan kenari ni ? Tertanya-tanya mana Selangor ? Selangor tewas di laman sendiri, Selangor 33 1-2 T-team (Ni bukan kejutan pon, dah selalu jadi) Btw, khabarnya Ultras Selangor pergi kumpul dekat hotel penginapan pemain habis game tadi, mintak Devan letak jawatan.


Di liga orang putih pulak, the biggest surprise bagi aku ialah kemenangan bergaya QPR ke atas Wolves, 3-0 beb! Pemain kegemaran penyokong Arsenal, Joey Barton pon score woo! terbaik lah QPR (ahli kipas angin) For ur infomation, aku tak sokong QPR, cuma aku akan sokong bila lawan Arsenal jer.

Arsenal mana Arsenal. Fulltime, Blackburn 4-300 3 Arsenal, Arsenal's goals scored by Gervinho, Sagna and Koscielny. Benda ni bukan kejutan jugak, ye lah, 2-0, 8-2, 4-3. Powernyer Arsenal! Arsene Wenger dengan K.Devan mana lagi power ?!


Friday, September 16, 2011

United Vs Chelsea : Chelsea Side

#MuhdShamil

Chelsea di bawah manager baru, Andres Villas Buas Boas ni merupakan Chelsea yang baru, mereka kerap menyerang, main dengan high pace, no wonderlah diorang jadi the last hope. Tambahan pula dengan kemasukan Meireles dan Juan Mata yang bermain laju, mereka nampak sudah bersedia.

Dulu mereka main dengan Anelka, Kalou, Malouda dan Drogba yang dikatakan tua dan lembab oleh rakan sepasukan Fernogoal Fernando Torres. Sekarang mereka main dengan tenaga muda yang laju, ada Juan Mata, ada Sturigged, ada Torres (nak jugak dia ni)

Chelsea jugak mempunyai bahagian sayap yang paling hebat di England sekarang (selain Man Utd) itu pun kalau mereka exploit sepenuhnya kebolehan winger-winger mereka. Di tengah, mereka ada Meireles, mereka ada Essien, mereka ada Ramires. Lampard dah outdated, tua. 

Left & right back mereka pon memang gile, laju. Ahsley Cole dan Bosingwa yang berbahaya apabila naik membantu jentera serangan disamping kegilaan dan kepoweran David Luiz yang boleh score outstanding goal. Blunder masa lwn United letak tepi 

Apa yang penting bagi Chelsea, mereka perlu gunakan Sturrige sebaik yang mungkin, kerana hanya Sturriged dan Juan Mata yang dilihat mampu menghasilkan gol. Nak harapkan striker berharaga 5.0Million (kesalahan tempat titik perpuluhan disengajakan) bernama Torres ? come on la, what do you expect from a cheap striker like him ? 

So, it would be a tough game for both teams la, but, i'm very sure, United will get away with 3 points ! 



United Vs Chelsea : United Side

#MuhdShamil

18 September 2011 bakal menjadi satu tarikh keramat dalam sejarah bolasepak England malah di dunia apabila perlawanan diantara team paling power di atas muka bumi, Manchester United akan menunggu team paling angkuh, Chelsea di Old Trafford.

Perlawanan ini bakal menjadi perhatian di seluruh dunia, tak kira Malaysia, Fiji, Jepun mahupun Sepanyol. Di mana semua penyokong team lain selain Man Utd bakal bergabung dan memberi harapan berterusan kepada Chelsea, kerana hanya Chelsea yang dilihat dapat menggugat Man Utd.

Wakil Arsenal dijangka akan mengadakan rombongan budak-budak tadika kat sana ke Old Trafford manakala pihak Liverpool pula dijangka akan membawa almari piala mereka bersama, tidak lupa juga Spurs yang akan bawak wife si Van Der Vart. It will be an outstanding atmosphere at the theater of dreams pada hari ahad ini.

Bagi aku, aku juga berpendapat hanya Chelsea yang baru ni jer yang boleh nak kasi fight sama United tapi kemenangan tetap berpihak kepada United tambahan pula bermain di Old Trafford. Sekarang, Sir Alex Ferguson hanya punyai satu masalah iaitu siapa yang patut diletakkan di tempat Tom Cleverley.

Tom Cleverley terpaksa disisihkan akibat kecederaan selepas diterjah keras oleh si bangang bernama Kevin Davies semasa Bolton dibelasah bagai Arsenal baru-baru ini. Seperti yang korang tahu, Tom Cleverley yang digandingkan dengan Anderson ni dah naikkan tempo game United yang sudah lama dilihat agak slow, semenjak perginya mamat bernama Cristiano Ronaldo dan Carlos Tevez (sekarang slow) tinggal Rooney sorang.

Dulu, United banyak seri, tapi sekarang semua menang, menang besar pulak tu, ni semua kerana barisan tengah bermain laju dan juga persefahaman yang mantap. Jika dulu Nani-Scholes-Fletcher-Valencia digandingkan sudah terbukti cukup power sehingga boleh menang Liga (Masa ni, hanya Nani dan Valencia yang laju)

Sekarang, gandingan antara Young-Cleverley-Anderson-Nani (Semua laju dan power!) sudah memperlihatkan potensi sebagai juara apabila mudah terajang jiran sebelah masa di Community Shield, beat Arsenal, Spurs dan juga team Kevin Davies gila, Bolton. 

Siapa nak ganti Cleverley ?! Carrick ? mamat ni out, bagi aku, Giggs saja yang boleh ganti, walaupun dah tua, tapi pace masih ada dan di ni tak perlu kelajuan untuk buat hantaran-hantaran bahaya. Dia bijak. Jadi pilihan aku Young-Giggs-Anderson-Nani.

Di posisi lain, Alex tak punyai sebarang masalah.

Goalkeeper ? De Gea hebat, Lindergaard mantap - my choice - David De Gea

Defender ? Hanya Vidic dan Rafael yang injured - my choice - Smalling-Jones-Ferdinand-Evra

Midfield ? Seperti di atas tadi - my choice - Young-Giggs-Anderson-Nani

Striker ? ape ade hal ? United ada 7 orang striker, Welbeck je yang injured - my choice - Rooney-Chicharito


Kemahiran Asas Bolasepak

#Corlishiea

Saya ingin berkongsi idea dan pandangan berhubung scenario bolasepak M’sia masakini. Sebagai bekas pemain negeri dan bekas pengarah akademi b/s negeri johor, saya terpanggil utk. menggunakan peluang berinteraksi secara online ini. Melalui pengamatan saya, pemain-pemain bolasepak kita baik di peringkat remaja dan senior tidak memiliki KUALITI KEMAHIRAN ASAS INDIVIDU (ASPEK TEKNIKAL). Inilah puncanya mengapa mereka sentiasa gagal beraksi dengan berkesan.

BAGI TUJUAN MEMPERKASAKAN KEMAHIRAN ASAS TERHADAP PEMAIN-PEMAIN INI DARI PERINGKAT AKAR-UMBI,saya ingin mencadangkan supaya diadakan PERTANDINGAN TAHUNAN UJIAN KEMAHIRAN ASAS BOLASEPAK INDIVIDU/KUMPULAN ANTARA SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH BERMULA DI PERINGKAT DAERAH, NEGERI DAN KEBANGSAAN YANG HANYA MELIBATKAN MEREKA YANG MEWAKILI PASUKAN SEKOLAH SAHAJA (JADIKAN SATU NEGERI DAHULU SEBAGAI PILOT PROJECT). Melalui pengalaman teknikal sebagai pemain, saya boleh bentangkan metodologi dan kertas kerja.

Setelah semuanya berjalan lancar bagi tahun pertama kejohanan ini, utk. tahun ke 2 kita akan menetapkan dlm. setiap Ujian Tahap Kemahairan itu Satu Ukuran Prestasi Indek (UPI) yang perlu dicapai oleh peserta dalam setiap peringkat kejohanan yang mereka sertai. Ini sbg. PENANDA ARAS KUALITI YANG SETARA di mana secara tidak langsung kita akan menghasilkan/memiliki KELOMPOK PEMAIN-PEMAIN DI PERINGKAT AKAR-UMBI YANG TELAH SEDIA-ADA KEMAHIRAN ASAS BOLASEPAK INDIVIDU YANG TINGGI ( ‘WORLD CLASS')

Sekiranya sesuatu perbuatan(latihan) dan perlakuan(secara teknikal) itu dilakukan secara berulang-ulang(‘drill’) dan berterusan(‘on-going’), maka ianya akan menjadi tabiat (‘second-nature’) dan perlakuan itu akan terjadi secara ‘instinct’ dan tidak perlu melibatkan PROSES ARAHAN DARI MINDA! Inilah kaedah latihan/pendekatan atau metodologi yang saya ingin perkenalkan melalui cadangan pertandingan tahunan ujian kemahiran bolasepaktersebut. SEBIJI BOLA PERLU DILIHAT SEBAGAI OBJEK SENI.


Adalah langkah bijak menghantar pasukan keb. kita berlatih di luar negara bagi tujuan menimba pengalaman bermain dan malalui proses kematangan. Tetapi bagi tujuan memiliki tahap kemahiran asas individu yang tinggi (TEKNIKAL), kita tidak perlu ke luar negara. Saya berkeyakinan dengan latihan teknikal yang tepat dan sistematik kita boleh capai ke tahap tersebut( ‘WORLD-CLASS‘). Saya telah melalui proses tersebut walaupun saya bukan pemain kebangsaan.

Pertandingan Tahunan Ujian Kemahiran Asas Bolasepak Individu/Kumpulan Antara Sekolah-Sekolah tidak pernah diadakan dalam sejarah bolasepak Malaysia. MENGAPA TIDAK DIMULAKAN SEKARANG!


Kita kena mula bertindak dan berfikir di luar batas kebiasaan dan di luar batas minda. Kaedah amalan lama terbukti gagal membuahkan hasil walaupun banyak pihak yang terlibat.Tiada gunanya melantik Pengarah Taktikal yang terbaik didunia sekiranya kemahiran individu pemain berada pada tahap sederhana.

Azamuddin Perlu Bangkit

#MuhdShamil
Credit : DuniaSukan
Pemain pinjaman dari Pahang, Mohd Azamuddin Akil perlu segera bangkit dan kembali kepada prestasi terbaik beliau.

Azamuddin dilihat tidak bergitu berkesan dalam semua 3 perlawanan Piala Malaysia ini, walaupun semasa perlawanan-perlawanan pra-Piala Malaysia beliau ada menjaringkan beberapa gol untuk Kelantan termasuk gol tunggal ketika menewaskan Selangor di Shah Alam baru-baru ini.

Gandingannya dengan penyerang prolifik Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha yang sebelum ini dilihat mantap tiba-tiba jadi sebaliknya, apabila Azamuddin dilihat tidak mempunyai persefahaman dengan Matyo dan juga rakan sepasukan yang lain.

Azamuddin yang diberi harapan tinggi oleh para peminat The Red Warriors untuk menyelesaikan krisis ketumpulan jentera serangan perlu segera bangkit atau bakal menerima tekanan mental daripada segelintir penyokong.

Selepas 3 perlawanan, sudah ada suara-suara halus segelintir penyokong meminta pihak jurulatih merehatkan Azamuddin dalam perlawanan seterusnya, namun bagi penulis, beri dia peluang dalam beberapa perlawanan lagi. 

Apa yang penting, jangan jadi 'KEBAL' macam seorang pemain Kelantan yang dirinya dilihat 'UNTOUCHABLE' dan terlalu jarang dikeluarkan walaupun beraksi dengan teruk.



Wednesday, September 14, 2011

Kelantan Tewas

#MuhdShamil

Status selaku penyandang juara nyata tidak memberi sebarang makna buat pemain Kelantan apabila mudah dijinakkan oleh 'budak Felda' dengan jaringan 2-0 di Stadium Selayang sebentar tadi.

Credit : DuniaSukan
Permukaan padang tidak memuaskan, mutu pengadilan kurang baik, Felda menang nasib, tersebut antara alasan-alasan yang diguna pakai namun satu perkara yang harus para penyokong Kelantan terima ialah, juara bertahan tewas disebabkan terlalu leka.

Sejak dari sepak mula, tuan rumah tampak selesa mengatur serangan dan sebaliknya buat pasukan pelawat yang beraksi di hadapan lebih 1000 penyokong sendiri. Keadaan permukaan padang yang becak sedikit merencatkan perlawanan, namun, Felda United dilihat terlebih dahulu berjaya menyesuaikan diri.

Akhirnya, Felda United berjaya memecah kebuntuan apabila Faderin Kadir merembat deras bola ke gawang Kelantan untuk meletakkan Felda United dihadapan. Kelantan yang baru terjaga dari lena cuba untuk melancarkan beberapa serangan, namun, semuanya gagal. 

Bersambung babak kedua, Para pemain Kelantan dilihat baru dapat menyesuaikan diri dengan keadaan padang. Mereka melancarkan seranggan bertali arus dengan Felda United jarang-jarang sekali mendapat peluang untuk membuat serangan.

Terlalu ghairah menyerang, Kelantan terlupa untuk bertahan. Felda United bijak mengambil peluang apabila pemain pinjaman mereka, D.Savindraan berjaya melepaskan satu rembatan leret melepasi Subra sekali gus menewaskan Shahrizan Ismail untuk kali kedua.

Dato' M.Karathu melakukan beberapa pertukaraan dan percaturan tersebut nampak seperti bakal berhasil apabila Kelantan kembali menguasai perlawanan dengan percubaan demi percubaan dilepaskan dari segenap sudut, namun kekebalan penjaga gol Felda United, Hamsani Ahmad terbukti apabila mudah menafikan semuanya.

Dengan kemenangan ini, Felda United telah berjaya menamatkan badi tewas kepada pasukan Kelantan yang menghantui mereka sejak semusim yang lalu, kini Felda United berada di tangga teratas kumpulan dengan mengumpul 9 mata maksima sambil diikuti Kelantan di tempat kedua dengan 6 mata.

Wordless Wednesday #2

                        "Bola bola jugok..jgn lupe beribadat..berat nanang"

Wordless Wednesday

'Tolong celebrate gol orang pon jadi lah'

Preview Perlawanan : Felda United Vs Kelantan

#MuhdShamil

Perlawanan ketiga saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia diantara Felda United dan Kelantan akan berlansung di Stadium Selayang malam ini.

Kelantan sudah pasti turun dengan misi untuk terus mencapai kemenangan, namun, saingan Felda United tidak boleh dipandang sebelah mata, berdasarkan rekod pertemuan lalu, sememangnya Kelantan punyai kelebihan namun jika dilihat kepada prestasi semasa. Felda United adalah lawan sukar buat Kelantan.

Kelantan dan Felda United masing-masing menang kedua-dua perlawanan sebelum ini dengan Felda tampak lebih gah selepas berjaya menewaskan Johor FC di tempat lawan dengan jaringan 2-0 manakala Kelantan sekadar menang tipis 2-1 di laman sendiri.

Anak didik M.Karathu sudah pasti tidak mahu berputih mata manakala Felda United juga pasti tidak mahu diaibkan di laman sendiri. Yang pasti, perlawanan malam ini pasti menjanjikan satu perlawanan yang sengit.

Kesebelasan Utama jangkaan Kelantan : 

Bolos satu gol dalam perlawanan terakhir tidak menggoyangkan kedudukan Shahrizan Ismail selaku penjaga gol utama, beliau tampil bertenaga dalam setiap perlawanan dan tidak pernah menghampakan peminat, beliau hampir pasti diturunkan selaku penjaga gol utama bagi perlawanan malam ini.

Di barisan pertahanan, Dato' M.Karathu tidak perlu pening kepala, kerana barisan sedia ada sentiasa mempamerkan aksi mantap. Gandingan Daudsu, Farisham, Subra dan Aziz dijangka bakal terus diberi kepercayaan disamping Wan Rohaimi, Rizal Fahmi dan Khairan Ezuan sekadar memanaskan bangku simpanan.

Apa yang menjadi masalah ialah barisan tengah. Midfield Kelantan dilihat sebagai antara sebab utama prestasi pasukan merosok teruk. Paling ketara, aksi longlai ketua pasukan, Mohd Bahdri Radzi selain Shakir Shaari yang dilihat tidak berada di tahap biasa. Namun, Badhri dan Shakir dijangka akan terus diberi kepercayaan untuk mengawal barisan tengah sambil dibantu oleh dua 'lipas kudung' di posisi sayap kiri dan kanan iaitu Nurul Azwan Roya dan S.Chanturu.

Di barisan serangan, persefahaman dan chemistry mantap diantara Norshahrul Idlan Talaha dan Azamuddin Akil akan terus diberi tugas untuk merobek gawang Felda United. Penyerang yang diangkat selaku hero dalam perlawanan terakhir, Ramzul Zahini juga bersiap sedia untuk masuk selain Nizad Ayub yang juga berada dalam senarai.

Penyokong :

Penyokong Pahlawan Merah dijangka akan mendominasi Stadium Selayang pada perlawanan ini seperti yang selalu mereka lakukan, tidak kira dimana pasukan kesayangan mereka beraksi, mereka akan turut serta dan menyokong dari belakang. 

Shamil10 says :

Perlawanan malam ini dijangka akan menjadi satu perlawanan yang sengit, kedua-dua pasukan pastinya akan saling mengasak untuk mendapatkan jaringan awal dalam usaha merebut kedudukan pertama dalam kumpulan. My prediction, andai kata Kelantan kembali ke prestasi sebenar, The Red Warriors boleh menang dengan jaringan tidak kurang dari 2-0, namun, andai kata aksi hambar yang ditunjukkan di Kota Bharu baru-baru ini berterusan. Jangan terkejut jika pasukan tuan rumah berjaya mencuri 3 mata penuh.

Monday, September 12, 2011

Sathia Set For ATM FC


B.Sathiananthan, the former Kelantan FA coach currently on a sabbatical, is set to take over reigns at Angkatan Tentera Malaysia next season, according to reports.

The 53-year-old is currently the most wanted coach in Malaysia following his departure from Kelantan FA early this year due too the 6 month suspension from Football Association of Malaysia (FAM)

He is the first ever coach that brought Kelantan FA to win the Malaysia Cup after the dramatic 2-1 win over Negeri Sembilan FA in the final.

According to the news i've got, Sathia will be given nearly RM10 million to recruit prospects like Hairuddin Omar from Negeri Sembilan, Indraputra and Norfarhan from PBDKT T-team and the twin, Aidil and Zaquan from Negeri Sembilan.

Sunday, September 11, 2011

Midfield Hancur, Rosak Game

Sekadar gambar hiasan

My 2 cents yang tak seberapa.

Semalam, aku ke Stadium Sultan Muhammad IV untuk menyaksikan perlawanan peringkat kumpulan Piala Malaysia diantara Kelantan dan Johor FC. Perlawanan berkesudahan dengan Kelantan menang tipis 2-1. Tetapi game tersebut sangatlah membosankan.

Game Kelantan seingat aku jarang membosankan, selalunya main dengan high pace, short passing dan dribbling-dribbling yang memukau, tetapi aku tak tahu apa yang jadi semalam, mungkin kerana hujan dan padang licin.

Bagi aku, dalam bolasepak, midfield boleh diibaratkan sebagai nadi sesebuah pasukan, jika barisan tengah hancur maka rosaklah seluruh game. Barisan tengah Kelantan diketuai oleh Badhri Radzi a.k.a Piya yang bertindak selaku Attacking Midfielder sambil dibantu oleh Shakir Shaari yang dilihat bermain lebih kepada box to box midfilder. Azwan Roya di sayap kiri dan S.Chanturu di sayap kanan.

Korang lihat lah macammana Piya main semalam,  TERUK, Shakir juga tak perform seperti biasa, maka hancurlah game semalam, walaupun Kelantan ada penyerang terbaik negara, Norshahrul Idlan Talaha namun tanpa feeder yang berkesan Matyo jugak tak boleh nak score.

Selain itu, jika barisan tengah gagal berfungsi dengan baik our back 4 pon akan turut terima kesan. Yang aku lagi hairan, kenapa Shakir Shaari yang dibawa keluar sedangkan Piya main lagi teruk ? Passing tak sampai, dribbles tak lepas nak kejar bola malas - itu lah dia, Piya semalam. Tapi Shakir yang dibawa keluar, sometimes i don't understand cara pemikiran Dato' Karathu.

Apa yang membuatkan PIYA seakan tidak boleh digantikan ?

Sekitar Game EPL

#MuhdShamil

Bolton 0-5 Cempiyen

Seperti biasa, Cempiyen terus cemerlang, aku dengar budak-budak jiran tertangga bising kata si Aguero score hatrick, dah power sangat la ? dah ko sorang jer boleh buat ? korang tau tak, brader Rooney buat hatrick dalam dua game berturut-turut ? masa lawan Arsen8l dan semalam lawan Bolton, tu baru dinamakan power beb ! What Man City do, Man Utd can do it better !

Keeper ni ke main semalam ?
Stoke City 1-0 Liverpool

Apa ehh rasa tewas penalti dengan team kecik ? Apo kono eh jang ? katanya penyokong Liverpool, keeper stoke pakai ilmu hitam, betoi ka ? Suarez try, save, Adam try, save, Suarez try lagi, save lagi, nasib baik Suarez tak naik hangin, kalau tak, habis hancur bola dia try dengan gigi, ishh ishh ishh, Stoke City, power-power.


Arsenal 1-0 Swansea

Akhirnya, selepas dah tunggu 3 game, menang la jugak budak-budak tadika ni, jangan la cakap bangang sebab diorang menang 1-0 jer dengan Swansea, dah betol la tu, Arsenal dengan Swansea kan sama bangang, apa ade kesah ? Tengok tak gol si Arshavin tu macam mana ? gol macam tu pon celebrate bagai menang kejuaraan 19 kali ka ? puihhhh, btw, beli 5 menang 1, not bad la kan.

Cantik tapi bangang
Sunderland 1-2 Chelsea

Siapa score ? Terry dan aku lupa, lantak la, yang aku nak cite ni hahhhh, FerNOgoal Torres mana ? boleh say goodbye dah aku rasa, 'gua rasa gua tak dapat score sebab main dengan player tua dan lembab, dengan kehadiran Juan Mata, gua akan score' puihhhh. Btw, 1-2 dengan Sunderland ? ada hati nak menang liga. 

Tahukah anda kenapa Adebayor nampak bangang dalam gambar ni ?  tengok jersy
Wolves 0-2 Tottenham

Jaring gol on his debut, FerNOgoal Torres boleh buat ? Seperti yang korang tengok, team Ayam ni menang lawan kelab serigala ni. Best tak game ni ? aku tak layan, aku layan team yang tak power jer.

Uishhh, macammana boleh dapat byk sangat piala ni ? ohh,  jersey negara rupenye
Man City 3-0 Wigan

Setakat 3-0, tak power pon, dah la lawan Wigan, kalau dapat 5-0 tu boleh la nak cakap power.










Ramzul Jadi Hero

#MuhdShamil

Penyandang juara, Kelantan meneruskan rentak cemerlang apabila berjaya menumpaskan pasukan kelab, Johor FC di Stadium Sultan Muhammad IV semalam.

Tuan rumah tampak seperti bakal diaibkan dilaman sendiri apabila sejak dari wisel permulaan, pasukan pelawat dilihat lebih menguasai perlawanan. Semuanya bagai tidak menjadi di barisan tengah mahupun serangan pasukan Kelantan apabila kesilapan demi kesilapan dilakukan.

Stadium diam seketika apabila pasukan pelawat yang membuka tirai jaringan terlebih dahulu. Gol pertama Johor FC hadir seawal minit ke 12 apabila Eddy Helmi Abdul Manan bijak menyempurnakan peluang hasil kelam kabut di depan pintu gol Kelantan.

Tersentak dengan gol tersebut, para pemain Kelantan bangkit memperkemaskan rentak perlawanan dan melancarkan asakan demi asakan ke kubu pertahanan Johor FC. Hasilnya, Kelantan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 16 apabila pemain tengah, Shakir Shaari merembat deras dan bola terbias di kaki pemain pertahanan Johor FC dan terus menerjah gawang.

Pada babak kedua, Dato' M.Karathu mengeluarkan Shakir Shaari dan memasukkan Khairan Ezuan walaupun corak permainan Badhri Radzi dilihat kurang menyakinkan jika dibandingkan dengan Shakir. Selain itu, penyerang pinjaman dari Pahang, Azamuddin Akil turut dibawa keluar apabila dilihat kurang berkesan, beliau digantikan oleh penyerang muda Ramzul Zahini Adenan.

'fresh leg' nyata sesuatu yang penting dalam perlawanan seperti ini apabila Ramzul Zahini berjaya menceriakan para penyokong Wira Merah dengan menjaringkan gol kemenangan pada minit ke 88 seterusnya memastikan 3 mata penting buat The Red Warriors.

Selepas ini, Kelantan dijadualkan akan bertemu FELDA United FC di Stadium Selayang pada Rabu ini.



Thursday, September 8, 2011

Kenali Pemain : Teerasil Dangda


 Teerasil Dangda ialah seorang pemain bola sepak professional berasal dari Thailand. Sekarang , beliau berkhidmat bersama Muangthong United dan juga bersama skuad kebangsaan Thailand. Penyerang muda berumur 23 tahun yg berasal dari Bangkok ini mempunyai ketinggian 5 kaki dan 11 inci.

 Teerasil Dangda memulakan karier bola sepak professionalnya semasa beliau belajar di Assumption Thonburi College. Kemuadian, karier sebagai pemain senior dalam bola sepak bermula pada tahun 2005 bersama Royal Thai Air Force dengan membuat 6 penampilan beserta 3 gol dijaringkan.Pada tahun 2006, beliau berpindah ke Raj Pracha. Beliau membuat 18 penampilan dan menjaringkan 9 gol.

 Tahun berikutnya , Muangthong United berjaya mendapat tandatangan beliau dan mengikat kontrak selama 1 tahun.7 gol berjaya dihasilkan daripada 15 penampilan.Selepas bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra berjaya memiliki pasukan daripada Liga Perdana Inggeris iaitu Manchester City,Teerasil Dangda adalah salah satu daripada 3 pemain yg ditawarkan ''trial'' oleh pengurusan The Citizens.Selepas Man City menandatangani ketiga-tiga pemain tersebut, Teerasil Dangda dan 2 lagi rakannya dipinjamkan ke kelab BelgiumClub Brugge dan kelab dari Swiss, Grasshopper Zurich. Teerasil dipinjamkan ke Grasshoper Zurich tetapi tidak membuat sebarang penampilan.


Kemudian, mereka bertiga pulang ke Thailand semula. Raj Pracha meminjam Teerasil Dangda.Beliau berjaya menjaringkan 6 gol daripada 8 penampilan. Pada tahun 2009 sehingga kini , beliau kembali berkhidmat bersama Muangthong United.Setakat ini, beliau telah membuat 76 penampilan dan berjaya menjaringkan 30 gol.Terbaru , beliau berjaya menjaringkan gol pertama Thailand semasa bertemu Australia dalam kelayakan Piala Dunia 2014 dan juga semasa pertemuan Thailand menentang Oman. Pemain ini sememangnya mempunyai bakat dan potensi besar untuk maju dan amat sesuai untuk Liga Malaysia.






Teerasil Dangda :



Wednesday, September 7, 2011

Wordless Wednesday


" Errr "

Kelantan Jinakkan Bujang Senang

#MuhdShamil
Credit : Dunia Sukan
Tidak seperti edisi Piala Malaysia yang lepas, penyandang juara, Kelantan kali ini memulakan saingan dengan mencatat kemenangan selesa keatas skuad Sarawak atau dikenali juga dengan nama jolokan skuad Bujang Senang.

Sarawak yang lebih mendominasi permainan pada awalnya banyak mendapat kelebihan menerusi beberapa sepakan percuma dan sepakan sudut namun masih belum mampu merobek gawang pelawat. Hal ini sekali gus menafikan tanggapan media yang mengatakan Kelantan akan mengalami kesukaran tanpa kelibat penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat.

Kebangkitan Kelantan hanya dapat dilihat selepas 15 minit perlawanan berlansung dan kedua pasukan mula mengasak untuk terlebih dahulu memimpin perlawanan. Namun tiada gol terhasil di babak pertama.

Bersambung babak kedua, kedua pasukan memperkemaskan lagi rentak permainan dan kesilapan pertahanan tuan rumah Chun Keng Hong mengawal bola dengan kemas seakan menjadi pencetus kepada kebangkitan Kelantan selapas Norshahrul Idlan Talaha mudah menyempurnakan peluang terhidang pada minit ke58.

Beraksi dihadapan 20,000 penyokong sendiri, Sarawak yang tertekan cuba untuk mendapatkan gol penyamaan, namun dalam keghairahan mereka mencari peluang, Kelantan aktif mencari peluang untuk menggandakan kedudukan.

Kali ini, S.Chanturu pula 'menambah garam pada luka' Sarawak apabila bijak menyempurnakan hantaran Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke70 perlawanan.

Gol tersebut seakan-akan terus memadam semangat Sarawak untuk melawan, tamat perlawanan, Sarawak tewas 0-2 kepada Kelantan.

Kesebelasan Utama:

SARAWAK : Robert Alberts
Aidil Mohd (Gk), Mazwand Zekeria, Zamri Morshidi (Kp), Hairol Mokhtar, Bobby Gonzalez, Dzulazlan Ibrahim, Shahrol Saperi, Wong Sai Kong, Ashri ChuChu, Chun Keng Hong dan Victor Jaganathan.

KELANTAN : Datuk M. Karathu
Shahrizan Ismail (Gk), S. Subramaniam, Farisham Ismail, Shakir Shaari, Norshahrul Idlan Talaha, Nurul Azwan Roya, Aziz Ismail, Daudsu Jamaludin, S. Chanturu, Mohd Badri Radzi (Kp) dan Azamuddin Akil.

Pemain Terbaik : Norshahrul Idlan Talaha.
  

Tuesday, September 6, 2011

Ulasan Perlawanan Pertama Piala Malaysia

Aku nak ulas perlawanan tumpuan jer, yang lain tu lantak lah

Sarawak (0) - (2) Kelantan
Seperti yang dijangka, Kelantan tak punyai sebarang masalah untuk menjinakkan skuad Bujang Senang ni, 1st half 0-0, 2nd half Kelantan score dua bijik menerusi Norshahrul dan Chanturu. Aku suspect 2nd half Sarawak guna team reserve team ni, ye la, sebelum game kemain lagi cakap keeper diorang tak bolos dalam 11 game kan. 

T-team (1) - (0) S3langor
S3langor yang dikatakan sudah cukup bersedia untuk menjayakan 'misi 33' dah tewas 1st game, ya, terlalu awal untuk menentukan hala tuju pasukan. Tapi kalau form tadi diteruskan, S3langor bol3h la tunda misi B3li3ve 33 tu ke 33 tahun lagi. Korang kenalah paham betul-betul apa maksud sebenar 'misi 33' ni. Dalam Liga Super, S3langor lawan T-team 2 kali dan 2 kali mereka tewas, tadi tewas lagi. 3 game 3 tewas = 33, aku cadangkan buat 'misi 44' la.

Sime Darby (0) - (3) Terengganu
Aku dah tau, Sime Darby ni mesti stendet kene lauk jer, stendet Arsenal. Pre-seasson kemain lagi persiapan, tapi tak boleh nak salah kan mereka, mereka masih mentah. Dalam hal ini, Pahang yang paling bangang, apa kaitan ? tak kan la Pahang kene lauk 6-0 sama Sime Darby ? 

Pahang (?) - (?) NS Betaria 
Dengar khabar Pahang ada buat perlawanan Piala Malaysia olok-olok dengan NS Betaria, betul ke ? korang tau tak apa resultnya ? kah kah kah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...