Apa yang penting, pemain-pemain Kelantan harus kekal fokus dan jangan complacent kerana perkara ini sering berlaku kepada pasukan-pasukan favourite dan Kelantan juga pernah mengalaminya dalam saingan Liga Super musim lepas apabila tewas mengejut 2-0 kepada Felda United.
Bercakap mengenai formasi yang mungkin diterapkan oleh Peter Butler pula, aku masih berminat dengan formasi 4-3-3 nya namun memandangkan Danny Antwi masih belum menyerlah, formasi 4-4-2 menyerang dilihat lebih baik buat Kelantan untuk memburu gol awal.
Di posisi penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat pastinya terus diberi tugas untuk mengelak daripada kubu Kelantan ditembusi. Manakala di bahagian pertahanan, info mengatakan bahawa pemain kental, Azizi Mat Rose yang sudah pulih dari kecederaan bakal kembali dalam kesebelasan utama dan pastinya beliau akan digandingkan dengan seorang lagi pemain pertahanan tengah yang paling underrated dalam Liga Malaysia, S.Subramaniam.
Di posisi bek kiri dijangka terus didominasi oleh Abdul Aziz Ismail manakala Zamri Ramli dan Daudsu Jamaluddin berebut untuk posisi bek kanan. Di bahagian tengah pula, kapten pasukan dijangka terus diberi tugas selaku playmaker selepas beraksi baik dalam perlawanan tempoh hari dan dijangka bakal digandingkan dengan pasangan biasanya, Shakir Shaari.
Sayap kiri pula, Indra Putra akan terus diberi tugas untuk membantu bahagian serangan, manakala Norfarhan Muhammad, S.Chanturu dan Nurul Azwan Roya terpaksa berebut untuk slot selaku pemain di sayap kanan. Di jentera serangan, gandingan Norshahrul dan Ghaddar hampir pasti diturunkan dalam usaha untuk menang besar dalam perlawanan ini. Walaubagaimanapun, firasat aku kuat mengatakan bahawa formasi 4-3-3 bakal digunakan oleh Peter Butler dan jika di Eropah, rotation pemain sering dibuat oleh jurulatih apabila menentang pasukan bawahan, tapi lain ceritanya di Malaysia.
My Prediction : Kelantan 4-0 PKNS dengan Kelantan mendominasi permainan dan PKNS sekali sekala mencuba nasib, aku juga berharap cuaca baik untuk perlawanan esok dan kehadiran penuh penyokong sang kijang di Stadium Sultan Muhammad IV.
No comments:
Post a Comment