Friday, January 20, 2012

Kedah Kena Pulun


Tiga gol dari tiga penyerang sudah cukup buat Kelantan melakar kemenangan 3-0 keatas Kedah seterusnya menamatkan badi seri di Stadium Darul Aman. Satu gol hasil sepakan penalti dari Ghaddar, satu dari Norshahrul dan gol lewat dari Denny Antwi melengkapkan satu lagi hari malang buat sang Kenari.

Dengan kekalahan tersebut, Kenari kini membawa rekod 2 seri dan 2 tewas dan yang lebih menggusarkan penyokong, pasukan Kedah masih belum menjaringkan sebarang gol dalam saingan Liga Super musim ini.

Bermula dengan kekalahan mengejut di tangan Tteam diikuti dengan keputusan seri 0-0 masing-masing dengan lawan berbeza iaitu Selangor PKNS dan Young Lions dan kini tewas di tangan Kelantan pula. Jelas sekali, ini bukan slowstart, pasti ada krisis dalaman dan jika ia tidak diselesaikan serta merta, perkara ini akan berterusan.

Semakin hari, morale player semakin down, ini amat merbahaya, jika tidak ditangani, Kedah akan menjadi mangsa belasahan pasukan-pasukan elit dan tidak terkejut jika mereka tewas dengan pasukan-pasukan bawahan. Kedah juga semakin tertekan apabila kedua-dua pemain import mereka gagal menampilkan aksi yang baik.

Diberitakan juga, selepas perlawanan semalam, ribuan penyokong setia Hijau Kuning berhimpun di perkarangan Stadium Darul Aman mendesak pengurus pasukan, Datuk Haji Khazali Din meletak jawatan berikuatan dakwaan mengatakan beliau banyak campur tangan dalam pemilihan kesebelasan utama pasukan.

Kemenangan tersebut sekaligus meletakkan Kelantan di puncak liga dengan kelebihan satu perlawanan dimana pencabar terdekat, Tteam akan turun menentang abangnya, Terengganu malam ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...