Entry khas untuk Liga Super sahaja, aku masih belum saksikan aksi pemain import di Liga Perdana |
Dikala pasukan-pasukan kaya raya berlumba-lumba mendapatkan pemain import berkualiti, pasukan yang kurang berkemampuan juga tidak ketinggalan terkejar-kejar untuk dapatkan pemain import, tapi disini yang menjadi persoalan, apakah kualiti setiap pemain import di M League dapat diseragamkan ? dalam kata lain, objektif sebenar kemasukan pemain import untuk meningkatkan mutu permainan berjaya ?
Selepas 4 perlawanan Liga Super musim 2012 berlansung, hanya beberapa orang pemain import yang dilihat mempunyai kualiti, selebihnya, hanya tangkap muat, dan bagi aku personally, hanya Michal Kubala (Tengah - Perak) Francis Forkey Doe (Striker - Terengganu) Bojan Petric (Pertahanan - Tteam) dan Effa Owona (Striker - Negeri Sembilan) yang benar-benar berjaya memberi impak kepada pasukan masing-masing.
Sementara pemain-pemain seperti Mohammad Ghaddar (Striker - Kelantan) Lazar Popovic (Striker - Perak) Ramez Dayoub (Pertahanan - Selangor) Brendan Gan (Tengah - Sabah) dan Michael Baird (Striker - Sabah) masih tercari-cari rentak, namun ada yang sudah menunjukkan peningkatan.
Selebihnya, Zacharia Simukonda (Striker - Tteam) Lelo Mbele (Striker - Selangor) Danilo Vivaldo (Pertahanan - Kedah) Daniel Boroni (Tengah - Kedah) dan Denny Antwi (Striker - Kelantan) amat-amat mengecewakan. Simukonda dah makin tua, dia dah slow, tak macam dulu lagi. Yang paling memeningkan, Selangor seakan-akan ditipu oleh Mbele, dia masih belum fit sejak dari pra-musim, kenapa Selangor tetap sign ? kerana nama ? 2 import Kedah paling mengecewakan. Beberapa nama yang tidak disertakan kerana aku tak tengok lagi aksi diorang.
Aku berharapa, sementara jendela perpindahan masih dibuka, pemain-pemain import yang beraksi below-par ini segera lah di terminate contract mereka dan jika benar-benar mampu, sign lah pemain import yang berkualiti dan jika tidak mampu, tak usah bersusah payah sign import tanpa kualiti.
hari tu smpat jgk tgk aksi simukonda..dia still laju tp cm kurang idea nk skor..xde luck kot..
ReplyDelete