Thursday, February 16, 2012

AAC : The Tactical - Vs Sarawak

*AAC stand for Andai Aku Coach, hehe


Kelantan bakal melayan kunjungan pasukan Sarawak di Stadium Sultan Muhammad IV esok untuk perlawanan peringkat kumpulan Piala FA 2012.Untuk ulasan taktikal kali ini, penulis hanya menulis berdasarkan apa yang bermain di fikiran penulis sendiri.

Kesebelasan Utama  (Formasi 4-4-2)

Khairul Fahmi

Daudsu - Obinna - Subra - Aziz

Norfarhan - Piya - Shakir - Azwan Roya

Matyo

Indra

Khairul Fahmi secara ringkasnya merupakan penjaga gol terbaik di Malaysia ketika ini, manakala gandingan antara Subra dan Obinna tampak gagah untuk mematahkan segala serangan lawan. Daudsu dan Aziz pula cenderung menyerang, typical fullback.

Bermain dengan hanya dua pemain tengah memerlukan kombinasi passer - destroyer. Shakir (juga destroyer) dan Piya merupakan ball passer iaitu pemain yang tenang merancang game sementara Khairul Izuan Rosli, Indra dan Azwan Roya juga mampu beraksi di posisi tengah selaku ball passer.

Obinna dan Rizal pula mampu beraksi selaku destroyer namun Rizal dilihat agak kekok bila diletakkan di bahagian tengah kerana posisi asal beliau adalah pertahanan tengah. Jadi, penulis memilih gandingan Piya - Shakir kerana lawan bukan lah pasukan yang gemar bermain secara defensive, maka disini Shakir perlu memainkan peranan penting.

Dalam formasi 4-4-2, kedua-dua winger selalunya pair antara crosser dan dribbler. Kombinasi ini penting untuk dalam bahagian tengah dengan dribbler lebih cenderung untuk drift in berbanding crosser. Norfarhan dan Chanturu adalah natural old-school winger yang bermain di sekitar garisan tepi padang manakala Azwan Roya dan Indra kedua-duanya lebih kepada dribbler walaupun mampu membuat crossing.

Di bahagian serangan, Norshahrul akan bermain selaku second striker yang bebas menerima bola dan merancang serangan. Beliau akan bermain di belakang striker utama iaitu Indra yang lebih kepada seorang targetman.




Thursday, February 9, 2012

Preview : East Coast Derby


Pertemuan diantara Kelantan dan Terengganu malam esok di Stadium Sultan Muhammad IV bakal menemukan dua gergasi bolasepak Malaysia yang dahagakan kemenangan dalam usaha untuk terus memberi tekanan kepada pendahulu liga, Perak.

Kelantan yang hampir dikecewakan Sabah pasti ingin bangkit di laman sendiri, manakala Terengganu juga yang sekadar mencatat keputusan seri 1-1 dengan PKNS pasti tidak rela dinodai di SSMIV kali ini. Peter James Butler dan Mat Zan Mat Aris perlu bersedia sebaik mungkin.

Possible Line-up (Kelantan)

Khairul Fahmi Che Mat tanpa ragu bakal terus berada di benteng terakhir Kelantan, ketangkasan beliau amat ditagih kerana barisan pertahanan Kelantan bakal berhadapan dengan pasukan yang mempunyai antara strike force paling berbahaya di negara.

Di barisan pertahanan, khidmat Aziz Ismail, Subra, Farisham dan Daudsu bakal terus digunakan dan jika jurulatih mendapati Azizi Mat Rose sudah cergas sepenuhnya, mungkin beliau akan bertukar tempat dengan Farisham Ismail.

Dengan kecederaan bahagian belakang yang dihadapi oleh Shakir Shaari, tempat beliau mungkin digantikan oleh pemain import, Obinna Nwaneri dan selebihnya, nama-nama seperti Badhri Radzi, Indraputra dan Norfarhan bakal terus berada dalam senarai kesebelasan utama.

Perlawanan ini dilihat sebagai pentas terbaik untuk jentera serangan Kelantan untuk membuktikan keupayaan sebenar dimana gandingan Norshahrul dan Ghaddar dijangka terus diberi kepercayaan untuk merobek gawang penyu.


Possible Line-up (Terengganu)

Jika Kelantan ada Khairul Fahmi, Terengganu ada Sharbinee Alawee yang beraksi cemerlang dalam beberapa perlawanan sudah dan sekali lagi bakal diberi tanggungjawab menyelamatkan segala asakan pasukan tuan rumah.

'back-four' Terengganu dijangka mengalami sedikit perubahan dimana tempat Faizal Muhammad akan digantikan oleh Muslim Ahmad dan tempat Hariri bakal diambil alih oleh Zubir Azmi. Mazlizam - Muslim - Marzuki - Zubir perlu bekerja keras.

Di tengah, pemain import, Baiano dijangka bakal digandingkan bersama Reeshafiq Alwi yang menggantikan Shukor Jusoh, manakala Ashaari dan Joseph Kalang Tie masing-masing di posisi sayap kiri dan kanan sementara Shukor Jusoh dan Ismail Faruqi sebagai pilihan tambahan.

Mat Zan dijangka akan terus mengekalkan gandingan yang telah menyumbangkan sejumlah 8 gol setakat ini, Francis Doe dan juga Manaf Mamat. Penjaring terbanyak musim lepas, Abdul Hadi Yahya bakal bermula di bangku simpanan.

Ramalan : Kelantan [3] - [2] Terengganu

Saturday, February 4, 2012

Norshahrul Antara Terbaik Asia


Berikut merupakan kesebelasan utama terbaik Asia untuk bulan Januari 2012 hasil undian di laman web bolasepak terkenal Goal.com (baca sini) Untuk Liga Malaysia, hanya seorang pemain sahaja yang berjaya berada di dalam kesebelasan utama iaitu pemain pertahanan Lions XII, Baihakki Khaizan.


Namun, kali ini, tiada nama Safee Sali, sebaliknya, penyerang sensasi Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha yang ditempatkan selaku 'subs' bersama dengan pemain veteran Manchester United, Park Ji-Sung. Norshahrul sememangnya layak untuk berada dalam senarai kali ini berikutan aksi memukau beliau.

Norshahrul dilihat lebih menyerlah daripada keseluruhan pemain import Liga Malaysia, dengan kemahiran yang dimiliki beliau membuatkan pertahanan lawan goyah dan beliau juga merupakan seorang penyerang yang creative, bijak membuka ruang kepada rakan. 


Samad Pemain Youtube ?


Samad membuat penampilan pertamanya bersama skuad Kelantan dalam perlawanan persahabatan menentang Balestier Khalsa FC dimana Kelantan tewas dengan jaringan 2-0 tanpa balas. Gol Balestier Khalsa masing-masing hasil jaringan Goran Subara dan Kim Min Ho.

Samad Okocha Awudu yang pada awalnya enggan untuk hadir ke stadium terpaksa akur dengan arahan majikan, Tan Sri Anuar Musa yang mendesak kerana tidak ingin mengecewakan ribuan penyokong setia yang hadir. 

Samad yang telah menandatangani kontrak selama setahun bersama Kelantan dimasukkan pada babak kedua permainan menggantikan Denny Antwi. Bergegar stadium dengan tepukan daripada penyokong yang mengharapkan aksi hebat Samad namun sekali lagi dikecewakan.

Alasan kali pertama diturunkan, tidak serasi dengan pemain-pemain Kelantan agak kurang wajar untuk digunakan kerana berdasarkan aksi semalam, sejak awal-awal lagi Samad kelihatan tidak fit dan beberapa peluang di hadapan gawang yang dilepaskan membangkitkan rasa tidak puas hati penyokong.

Persoalanya sekarang, kenapa KAFA bergitu tergesa-gesa untuk menandatangani pemain baru. Adakah pemain import diterima masuk dengan hanya melihat akan video aksinya di youtube, atau paling hebatnya video dari agentnya yang mungkin hanya 20 minit.

Melihatkan status Presiden KAFA, Tan Sri Anuar Musa di laman facebook miliknya, beliau sendiri seakan sudah pening kepala soal pemain import, pada pandangan penulis, untuk Liga Malaysia, lebih baik daftarkan Ghaddar dan Obinna, selebihnya, daftar sahaja untuk Piala AFC, ataupun, terus terminate kontrak pemain yang tidak beraksi di tahap sebenarnya.


Thursday, February 2, 2012

FAILED !

Bulan yang amat sibuk, tak sempat nak update blog, memandangkan sekarang ni ada masa sikit, so, update jugaklah, untuk entry yang berjela-jela macam biasa, preview perlawanan Kelantan Vs Terengganu akan di up kan jika tiada aral melintang.

LOL !


Facebook has an age limit for a reason ! kahkahkah

Sunday, January 22, 2012

Import tangkap muat?

Entry khas untuk Liga Super sahaja, aku masih belum saksikan aksi pemain import di Liga Perdana
Setelah hampir 3 musim khidmat pemain import diharamkan oleh badan induk, FAM, musim ini, musim 2012, taiko-taiko besar FAM dengan selambernye memutuskan untuk menghalalkan kembali penggunaan khidmat pemain asing namun kali ini dengan beberapa pembaharuan dalam syarat kelayakan seseorang pemain.

Dikala pasukan-pasukan kaya raya berlumba-lumba mendapatkan pemain import berkualiti, pasukan yang kurang berkemampuan juga tidak ketinggalan terkejar-kejar untuk dapatkan pemain import, tapi disini yang menjadi persoalan, apakah kualiti setiap pemain import di M League dapat diseragamkan ? dalam kata lain, objektif sebenar kemasukan pemain import untuk meningkatkan mutu permainan berjaya ?


Selepas 4 perlawanan Liga Super musim 2012 berlansung, hanya beberapa orang pemain import yang dilihat mempunyai kualiti, selebihnya, hanya tangkap muat, dan bagi aku personally, hanya Michal Kubala (Tengah - Perak) Francis Forkey Doe (Striker - Terengganu) Bojan Petric (Pertahanan - Tteam) dan Effa Owona (Striker - Negeri Sembilan) yang benar-benar berjaya memberi impak kepada pasukan masing-masing.

Sementara pemain-pemain seperti Mohammad Ghaddar (Striker - Kelantan) Lazar Popovic (Striker - Perak) Ramez Dayoub (Pertahanan - Selangor) Brendan Gan (Tengah - Sabah) dan Michael Baird (Striker - Sabah) masih tercari-cari rentak, namun ada yang sudah menunjukkan peningkatan.


Selebihnya, Zacharia Simukonda (Striker - Tteam) Lelo Mbele (Striker - Selangor) Danilo Vivaldo (Pertahanan - Kedah) Daniel Boroni (Tengah - Kedah) dan Denny Antwi (Striker - Kelantan) amat-amat mengecewakan. Simukonda dah makin tua, dia dah slow, tak macam dulu lagi. Yang paling memeningkan, Selangor seakan-akan ditipu oleh Mbele, dia masih belum fit sejak dari pra-musim, kenapa Selangor tetap sign ? kerana nama ? 2 import Kedah paling mengecewakan. Beberapa nama yang tidak disertakan kerana aku tak tengok lagi aksi diorang.

Aku berharapa, sementara jendela perpindahan masih dibuka, pemain-pemain import yang beraksi below-par ini segera lah di terminate contract mereka dan jika benar-benar mampu, sign lah pemain import yang berkualiti dan jika tidak mampu, tak usah bersusah payah sign import tanpa kualiti.

Friday, January 20, 2012

Kedah Kena Pulun


Tiga gol dari tiga penyerang sudah cukup buat Kelantan melakar kemenangan 3-0 keatas Kedah seterusnya menamatkan badi seri di Stadium Darul Aman. Satu gol hasil sepakan penalti dari Ghaddar, satu dari Norshahrul dan gol lewat dari Denny Antwi melengkapkan satu lagi hari malang buat sang Kenari.

Dengan kekalahan tersebut, Kenari kini membawa rekod 2 seri dan 2 tewas dan yang lebih menggusarkan penyokong, pasukan Kedah masih belum menjaringkan sebarang gol dalam saingan Liga Super musim ini.

Bermula dengan kekalahan mengejut di tangan Tteam diikuti dengan keputusan seri 0-0 masing-masing dengan lawan berbeza iaitu Selangor PKNS dan Young Lions dan kini tewas di tangan Kelantan pula. Jelas sekali, ini bukan slowstart, pasti ada krisis dalaman dan jika ia tidak diselesaikan serta merta, perkara ini akan berterusan.

Semakin hari, morale player semakin down, ini amat merbahaya, jika tidak ditangani, Kedah akan menjadi mangsa belasahan pasukan-pasukan elit dan tidak terkejut jika mereka tewas dengan pasukan-pasukan bawahan. Kedah juga semakin tertekan apabila kedua-dua pemain import mereka gagal menampilkan aksi yang baik.

Diberitakan juga, selepas perlawanan semalam, ribuan penyokong setia Hijau Kuning berhimpun di perkarangan Stadium Darul Aman mendesak pengurus pasukan, Datuk Haji Khazali Din meletak jawatan berikuatan dakwaan mengatakan beliau banyak campur tangan dalam pemilihan kesebelasan utama pasukan.

Kemenangan tersebut sekaligus meletakkan Kelantan di puncak liga dengan kelebihan satu perlawanan dimana pencabar terdekat, Tteam akan turun menentang abangnya, Terengganu malam ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...