Thursday, November 24, 2011

Mereka Main Ala Sepanyol


Selepas menyaksikan Malaysia tewas 0-2 di tangan Syria dalam perlawanan peringkat kumpulan kelayakan Olimpik di Stadium Nasional Bukit Jalil, selain dari faktor keletihan, kegagalan pemain-pemain bahagian tengah merecana gerakan juga menjadi antara punca kekalahan Malaysia.

Untuk entry kali ini, aku nak bagi sedikit pendapat dalam hal pemilihan pemain tengah untuk skuad muda negara ini. Aku buat entry ini tidak mengambil kira soal kecergasan dan status kecederaan pemain-pemain ini, jadi kalau ada yang cedera atau tak fit tu memang tak boleh beraksi la.

Buat masa sekarang, bagi aku dan mungkin ada ramai yang bersetuju, gandingan antara pemain tengah paling hangat masa kini Nazmi Faiz Mansor dan Gary Steven Robbat serta Irfan Fazail adalah merupakan yang terbaik memandangkan aksi K.Gurusamy, Shukur Jusoh dan pemain-pemain lain kurang memberansangkan. 

Nazmi Faiz Mansor, baru berusia 17 tahun namun anda boleh lihat bertapa pemain ini dapat beraksi dengan cukup matang malah dari apa yang aku lihat, dia adalah lebih baik dari Amar Rohidan. Anda dapat saksikan kualiti budak ni melalui hantaran-hantaran jauhnya yang sentiasa menepati sasaran, selain itu through pass juga menjadi senjata rahsia dia. Sangat berbahaya dan yang paling penting, beliau mempunyai composure yang tinggi.

Gary Steven Robbat, seorang pemain yang lebih kepada seorang pemain tengah bertahan / defensive midfielder. Apa yang aku suka, corak permainannya old school beliau. Beliau boleh bertindak selaku box-to-box midfielder yang baik. Beliau boleh membantu barisan pertahanan dan juga jentera serangan. Walaupon kadang kala terjahan-terjahan yang dilakukannya memang keras. Sama macam Nazmi, beliau juga mampu buat killer pass seperti yang dilakukan beliau semasa perlawanan menentang Lebanon. Hantaran cantik beliau berjaya membuka ruang kepada Wan Zack untuk menjaringkan gol.

Irfan Fazail. seorang lagi pemain muda. Beliau lebih gemar bertindak sebagai attacking midfielder. Beliau ada pace, ada composure namun kadang kala dilihat agak gelojoh. Namun apa yang menarik, kemampuan beliau untuk bermain hantaran-hantaran pendek ala Barcalona dan Sepanyol. Jelas dapat dilihat apabila beliau berganding bersama Nazmi di Sukan SEA lalu. Permainan satu-duanya juga amat berbahaya. Beliau juga mempunyai goal scoring instinct. 

Kesimpulanya, gandingkan mereka dan anda pasti dapat menonton perlawanan pasukan Malaysia yang amat berbeza daripada kebiasaan. Percayalah. Hantaran pendek kemas, satu-dua berbahaya, composure walaupun buat masa sekarang mungkin pengalaman yang membataskan kelancaran permainan mereka namun mereka masih lebih baik dari gandingan pemain tengah skuad senior. 



Tuesday, November 22, 2011

Gugurkan Fakri Saarani


Jika nama Apek menjadi nama paling popular selepas Malaysia menjadi juara Piala AFF Suzuki dek kerana ketangkasannya, kali ini giliran nama Ahmad Fakri Saarani pula, namun agak berlainan kerana nama beliau menjadi popular dek kerana kegagalannya mempamer aksi yang baik dalam semua aksi di Sukan SEA di Indonesia kali ini. 

Dalam entry kali ini, saya ingin meluahkan pendapat peribadi saya tentang masa depan Fakri bersama skuad kebangsaan, tidak kira skuad Rajagobal mahupun Ong Kim Swee, kalau anda tidak bersetuju, anda punya suka kerana bak kata Shebby Singh - "Speak your mind".

Pada pendapat saya, nama Ahmad Fakri Saarani sudah tidak layak berada dalam skuad negara, saya ulangi, tidak layak, tamak, tiada composure bila bola dikaki, hantaran tidak menepati sasaran - itulah Fakri, walaubagaimana pun ada sesuatu yang saya tabik kepada beliau, work rate dan determination beliau, namun itu sahaja tidak cukup bagus untuk seorang pemain kebangsaan.

Mungkin ramai yang ingin mempertahankan beliau kerana beliau telah menjaringkan gol ketika perlawanan separuh akhir Sukan SEA menentang Myanmar. Ya, saya juga mengucapkan terima kasih, namun, itu hanya luck beliau kerana jika dilihat kepada corak permainan, jelas aksi beliau below par.

Saya tak salahkan Ong Kim Swee kerana meletakkan beliau dalam senarai pemain untuk dibawa ke Indonesia untuk Sukan SEA edisi kali ini kerana kita sedia maklum, pemain-pemain regular seperti Hazwan Bakri, Wan Zack Haikal dan Izuan Salahuddin mengalami kecederaan sebelum bermulanya Sukan SEA memaksa Kim Swee untuk menyenaraikan Fakri.

Namun, apa yang saya hairan, kenapa Fakri selalu 'melekat' dalam skuad Rajagobal. Ya, sekali lagi saya tidak nafikan, dahulunya Fakri pernah menjadi antara pemain sayap/striker terbaik yang ada di Malaysia lebih-lebih lagi ketika beliau mewakili Perlis. Namun segalanya telah berubah, dalam karier seseorang pemain bolasepak pasti ada up and down. Begitu juga Fakri.

Saya cadangkan, gugurkan Fakri, ini bukan bermaksud pintu untuk Fakri kembali ke skuad kebangsaan sudah ditutup buat selama-lamanya, at least sehingga prestasinya kembali top bersama pasukan negeri yang diwakilinya, Negeri Sembilan.

Bangkit lah wahai Ahmad Fakri Saarani!

Saturday, November 19, 2011

Harimau Muda Menggapai Bintang



Mulanya, hampir setiap dada akhbar memaparkan tajuk-tajuk seperti "Malaysia dalam kumpulan neraka", "Malaysia diundi dalam kumpulan maut" namun segalanya telah dibuktikan oleh anak buat Ong Kim Swee yang mereka hadir ke Jakarta kali ini bukan saja membawa status sebagai juara bertahan namun mereka bersedia untuk mempertahankan status tersebut.

Diundi bersama Thailand, Indonesia, Kemboja dan Myanmar jelas tidak menjadi masalah buat skuad muda negara. Bermula agak perlahan, seri 0-0 dengan Singapura, kemudian menang 2-1 keatas Thailand seterusnya menang besar 4-1 keatas pasukan kerdil, Kemboja dan paling manis menang 1-0 keatas tuan rumah Indonesia seterusnya meletakkan Malaysia ditangga teratas kumpulan.

Perjuangan Malaysia diteruskan lagi, di peringkat separuh akhir, pasukan negara berjaya mencapai kemenangan apabila gol tunggal pemain bernama Ahmad Fakri Saarani yang sebelum ini dikritik hebat dek kerana gagal mempamer aksi memberansangkan setiap kali diberi peluang beraksi.

Kini, pingat sudah pasti akan dikalungkan di leher setiap pemain, jurulatih dan pengurusan, namun sama ada pingat berwarna perang atau sedikit malap yang menjadi persoalan, satu lagi perlawanan yang menanti bakal menentukan warna pingat tersebut. Perlawanan akhir bertemu Garuda yang sudah pasti ingin membalas dendam.

Berita kurang enak dari kem Malaysia - Izzaq Faris Ramlan, Syahrul Azwari Ibrahim, Nazmi Faiz Mansor dan juga Wan Zaharulnizam mengalami kecederaan, yang pasti, Wan Zaharulnizam perlu direhatkan selama lebih kurang sebulan. Ini pasti menjadi tamparan hebat buat OKS lebih-lebih lagi akan bertemu tuan rumah yang pastinya hadir dengan pelbagai helah. Namun penulis harap, OKS dan pasukan dapat buat yang terbaik dan kekalkan pingat emas!




Thursday, November 17, 2011

Nazmi Faiz & Syahrul Azwari - Bintang Dalam Pembikinan



Muhamad Nazmi Faiz Mansor atau nama pendeknya Nazmi atau lebih pendek, Mi merupakan pemain paling muda yang berada dalam senarai skuad Olympic dan skuad Sukan Sea Malaysia. Baru berusia 17 tahun. Dikala budak-budak lain sedang mengasah mata pensil untuk menduduki SPM, Nazmi berada di Jakarta, Indonesia sedang meratah pasukan bolasepak Indonesia.

Tidak dapat dinafikan, walaupun masih muda malahan terlalu muda, beliau sudah dapat beraksi sebagaimana pemain yang sudah lama berkecimpung dalam arena bolasepak. Pemain yang penuh potensi, cuba bayangkan, bagaimana dengan usia tersebut beliau sudah dapat menahan dan mengawal emosi beraksi di depan lebih kurang 100,000 ribu penyokong Indonesia.

2-3 tahun lagi, aku yakin beliau boleh jadi lebih baik dari seorang 'anak emas' K.Rajagobal di posisi tengah. Namun aku juga hairan, apa kelebihan pemain bernama K.Reuben ? Ok, dia boleh tackle reff. Aku faham. Jadi selepas ini, aku mohon Raja untuk sekurang-kuragnya bagi 1 caps bersama senior skuad kepada Nazmi, nilai kebolehan beliau. Cuba kenali beliau sepertimana anda kenal pemain-pemain anda yang lain.


Jika dalam sukan badminton, Malaysia punyai anak-anak Sidek, dalam sukan bolasepak pula, kita ada anak-anak Ibrahim. Syahrul Azwari dan Safuan Ibrahim. Tidak hairan lah kenapa Syahrul Azwari sudah menyinar di usia yang muda, beliau lahir dalam keluarga bolasepak.

Baru berusia 18 tahun, namanya sudah digembar-gemburkan sebagai The Next Safee Sali, ya, mungkin masih terlalu awal, namun dengan potensi yang dimilikinya, tidak mustahil. Semalam, beliau jadi Hero Malaya apabila menyumbangkan gol tunggal Malaysia yang juga gol kemenangan.

Kita sebenarnya boleh lihat bagaimana mereka berkembang, jika di game Malaysia menentang Thailand, Syahrul Azwari mengsia-siakan belasan peluang terhidang tapi semalam, pada perlawanan Malaysia menentang Indonesia, beliau hanya memerlukan satu peluang untuk disudahkan. Itulah gunanya apabila para jurulatih memberi peluang.

Ramai lagi bakat-bakat muda yang telah/bakal menyinar antaranya ialah Wan Zack Haikal, Gary Steven Robbat, Izham Tarmizi, Ferris Danial, Wan Zaharulnizam dan ramai lagi. Apapun sebelum penulis mengakhiri entry kali ini, penulis ingin kata. Penyokong Indonesia (segelintir, MAYBE) - Binatang Dalam Pembikinan!

Tuesday, November 8, 2011

Super Warriors, Safiq Rahim Dan 2012

Credit : Wawanfaiz.com
Akhirnya, waktu yang ditunggu-tunggu oleh semua penyokong pasukan The Red Warriors telah tiba, hari pengumuman senarai penuh pemain Kelantan 2012 yang diberi gelaran "Super Warriors". Kini, penyokong di seluruh pelusuk tanah air malah dunia sudah mengetahui senarai bakal wira mereka untuk musim hadapan. Seperti yang sudah diwar-warkan sebelum ini di laman blog bola Kelantan seperti RedsFC News, Wawanfaiz.com dan juga Shamil10 sendiri. Trio T-team dan seorang pemain Kedah telah sah menjadi milik Kelantan.

Indraputra Mahayuddin, Norfarhan Muhammad, Azizi Mat Rose dan Azlan Ismail antara pemain tempatan yang direkrut ke dalam pasukan selain Emmanuel Okine, Danny Antwi dan Mohamed Ghaddar turut memperkuatkan pasukan selaku pemain import. Namun, selepas pengumuman dibuat, maka timbulah cakap-cakap belakang segelintir penyokong yang mengatakan bahawa ini bukan "Super Warriors" ini sekadar biasa-biasa atau sederhana sahaja.

Disini, mentaliti harus diperbetulkan, maksud sebenar disebalik perkataan "Super Warriors" ialah membina sebuah pasukan yang mempunyai keseimbangan di semua posisi, pemain utama dan pemain simpanan tiak juah beza dari segi kualitinya. Namun segelintir faham maksud "Super Warriors" adalah merekrut seberapa ramai nama-nama besar atau pemain-pemain kebangsaan.


Walaupun "Super Warriors" sudah lahir di mata penulis, namun tak dapat dinafikan bahawa penulis tetap berasa kecewa dengan "U-turn" saat akhir beberapa pemain yang dikaitkan dengan Kelantan.

Yang paling utama ialah kapten berpengaruh negara, Mohd Safiq Rahim yang mengubah angin untuk setia bersama Gergasi Merah Kuning untuk musim hadapan walaupun pada mulanya dikhabarkan sudah mencapai 90% pasti untuk ke Kelantan.

Seperti yang pernah penulis ulas (Baca sini) ia mungkin disebabkan oleh X-Factor yang ada pada Irfan Bakti, namun, inilah dia, dunia bolasepak profesionnal dimana pemain mempunyai hak mutlak dalam memilih mana-mana pasukan yang ingin disertai selagi tidak terikat dengan kontrak.

Tutup cerita itu, kita buka cerita baru, lembaran, cabaran, onak duri dan kegemilangan The Red Warriors untuk musim 2012. Musim yang dikatakan antara musim paling mencabar buat Sang Kijang yang dijadualkan bakal bersaing dalam banyak kejohanan dan yang paling besar ialah kejohanan AFC. Dengan terbinanya "Super Warriors" penulis meramalkan skuad bimbingan Peter James Butler tidak mempunyai masalah untuk sekurang-kurangnya merangkul 3 piala di peringkat domestik atau "treble" walaupun mensasarkan semua piala yang dipertandingkan.

4 kejohanan utama disamping beberapa kejohanan minor - sememangnya mencabar, jadi dengan situasi semasa seluruh organisasi di bawah payung Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) mampu menyerap tekanan sebanyak mungkin. Tidak kira pasukan, penyokong atau mana-mana pihak berkaitan. Semua dilihat sudah bersedia untuk mencipta sejarah kegemilangan pasukan jagoan pantai timur, Kelantan. Gomo Kelate Gomo!

Friday, November 4, 2011

Norfarhan Muhammad Kembali


"Sirih pulang ke ganggang" - ungakapan paling sesuai untuk menerangkan tentang kehadiran semula insan bernama Norfarhan Muhammad ke skuad The Red Warriors. Beliau pernah menjadi mangsa kontroversi di kalangan penyokong Kelantan apabila bertindak meninggalkan pasukan di saat-saat akhir jendela perpindahan pemain musim lepas.

Walaupun belum terdapat sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) namun dengan kelibat beliau dan keluarga tercinta di bumi Kelantan sudah cukup melegakan hati para peminat tegar pasukan Kelantan.

Jelas, jiwa belia tidak pernah meninggalkan bolasepak Kelantan, beliau yang sinonim dengan jersi nombor 10 dijangka akan mendapat semula nombor keramat itu apabila pemain berjersi nombor 10 sedia ada Kelantan sudah pasti akan meninggalkan pasukan pada musim hadapan.

Selain itu, para penyampai-penyampai khabar angin ada mengingatkan penulis supaya expect the unexpected dalam urusan jual beli pemain untuk musim ini. Kerana akan ada satu kejutan dihari pengumuman senarai penuh pemain pada 8 November ini nanti. 

Dengan pasukan-pasukan kaya lain sedang giat melancarkan misi-misi menebus kontrak, hijacking dan ada juga mencuri, jadi, harap semua pihak yang terlibat dapat bertindak bijak dalam hal ini supaya dapat mengekang daripada berlakunya perpindahan keluar pemain di saat-saat akhir. 



Wednesday, November 2, 2011

Safiq Ubah Haluan Saat Akhir ?


Dikala khabar angin tentang kehadiran pemain berprofil tinggi, Safiq Rahim ke dalam skuad Kelantan 2012 semakin bertiup kencang, angin tersebut seolah-olah terus berhenti apabila Safiq Rahim melalui laman sosial Facebooknya mengeluarkan kenyataan bahawa dia ingin kekal bersama pasukan Selangor.

Walaubagaimanapun menurut sumber rapat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) menyatakan bahawa usaha untuk membawa Safiq Rahim ke negeri Che Siti Wan Kembang ini masih giat dijalankan. Harus diingat, bukan pasukan Kelantan sahaja yang inginkan khidmat Safiq, Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) juga masih belum mengalah dalam perebutan pemain ini.

Namun, pada pendapat penulis, andai Safiq benar-benar tidak akan meninggalkan Selangor untuk musim hadapan, sebabnya tidak lain dan tidak bukan iaitu X-Factor yang ada pada bekas jurulatih Terengganu, Haji Irfan Bakti yang kini sah sebagai jurulatih baru The Red Giants.

Penulis ada menerima info daripada seorang rakan blogger, beliau menyatakan bahawa Safiq sudah menyatakan andai kata kembar sensasi Negeri Sembilan, Aidil Zafuan dan Zaquan Adha berhijrah ke pasukan Selangor, Safiq Rahim juga akan turut kekal di Selangor. Khabar angin ini dikuatkan lagi apabila sumber dari Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) menyatakan bahawa proses pembaharuan kontrak pemain kembar ini menemui jalan buntu.

Untuk mendapat pengesahan rasmi, sama-sama kita nantikan detik 8 November 2011 dimana Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa melalui akaun Facebook miliknya menyatakan bahawa pada tarikh tersebut senarai penuh skuad The Red Warriors 2012 akan diumumkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...