Saturday, November 19, 2011

Harimau Muda Menggapai Bintang



Mulanya, hampir setiap dada akhbar memaparkan tajuk-tajuk seperti "Malaysia dalam kumpulan neraka", "Malaysia diundi dalam kumpulan maut" namun segalanya telah dibuktikan oleh anak buat Ong Kim Swee yang mereka hadir ke Jakarta kali ini bukan saja membawa status sebagai juara bertahan namun mereka bersedia untuk mempertahankan status tersebut.

Diundi bersama Thailand, Indonesia, Kemboja dan Myanmar jelas tidak menjadi masalah buat skuad muda negara. Bermula agak perlahan, seri 0-0 dengan Singapura, kemudian menang 2-1 keatas Thailand seterusnya menang besar 4-1 keatas pasukan kerdil, Kemboja dan paling manis menang 1-0 keatas tuan rumah Indonesia seterusnya meletakkan Malaysia ditangga teratas kumpulan.

Perjuangan Malaysia diteruskan lagi, di peringkat separuh akhir, pasukan negara berjaya mencapai kemenangan apabila gol tunggal pemain bernama Ahmad Fakri Saarani yang sebelum ini dikritik hebat dek kerana gagal mempamer aksi memberansangkan setiap kali diberi peluang beraksi.

Kini, pingat sudah pasti akan dikalungkan di leher setiap pemain, jurulatih dan pengurusan, namun sama ada pingat berwarna perang atau sedikit malap yang menjadi persoalan, satu lagi perlawanan yang menanti bakal menentukan warna pingat tersebut. Perlawanan akhir bertemu Garuda yang sudah pasti ingin membalas dendam.

Berita kurang enak dari kem Malaysia - Izzaq Faris Ramlan, Syahrul Azwari Ibrahim, Nazmi Faiz Mansor dan juga Wan Zaharulnizam mengalami kecederaan, yang pasti, Wan Zaharulnizam perlu direhatkan selama lebih kurang sebulan. Ini pasti menjadi tamparan hebat buat OKS lebih-lebih lagi akan bertemu tuan rumah yang pastinya hadir dengan pelbagai helah. Namun penulis harap, OKS dan pasukan dapat buat yang terbaik dan kekalkan pingat emas!




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...