Monday, September 5, 2011

Top 5 Malaysians Winger

#admin 2



1) Ashaari Shamsuddin



     

2) S. Kunalan



3) Azwan Roya



4) Wan Zack Haikal


5) Amirulhadi Zainal



Pemain-Pemain Terhangat Negara

1) Mohd Safee Mohd Sali


Barang siapa yang mengisytiharkan dirinya sebagai penyokong bolasepak Malaysia tetapi tidak kenal akan mamat ni, memang tahap patut diberi pelempang berdas-das. Safee Sali, striker yang sedang 'merumput' di kelab Indonesia, Pelita Jaya. Penjaring terbanyak kejohanan Piala AFF Suzuki 2010. Bagi bola kat mamat ni gerenti masuk gol, tak caya ? tanya brader Marcus Horrison. Katanya akan di'offer' trial di QPR

2) Khairul Fahmi Che Mat


Seorang lagi yang disebut-sebut akan mencuba nasib di Queens Park Rangers. Siapa tak kenal dia ni ? Hero Malaya yang akhir-akhir ni kembali hangat dengan isu Dahlia Teck. Awek-awek semua mesti kenal kan ? Penjaga gol utama Kelantan, Harimau Malaya dan juga Skuad Olimpik Malaysia. Brader ni apa makan pon aku tak tau, save-save dia memang perghhh la, korang tau tak perghhh.

3) Mohd Safiq Rahim


Haaa, kapitan skuad Harimau Malaya, tak kenal ? tanya sama Liverpool. Pemain tengah yang terkenal dengan ke'perghh'han (aku tau, memang bahasa babi) sepakan percuma jarak dekatnya ini telah di'offer' trial bersama Cardiff City selepas saingan Piala Malaysia nanti. Dia juga dipancing oleh beberapa kelab di Indonesia.

4) Norshahrul Idlan Talaha


Dia ni terkenal dengan minatnya terhadap line, haa, bagi bola kat dia kat tepi-tepi line padang, try test tengok. Dia ni terkenal dengan scoring abilitynya yang memang mantap dan juga skill-skill gelecekannya. tak caya jugak ka ? yang ni aku rasa korang patut tanya brader-brader team Selangor, sebab diorang dah pernah kena masa separuh akhir Piala FA.

5) Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak


Si Rita Rudaini ni, ehh, si Aidil ni siapa tak kenal kan. 'dinding' pasukan negara la katakan, siapa boleh tembus ? (=.=) Dia ni juga dikaitkan dengan beberapa buah pasukan dari Indonesia. Dia ni boleh dikatakan antara pertahanan tengah terbaik yang ada kat negara buat masa sekarang ni. Mamat ni jugak terkenal dengan ke'magnificent'nan (sekali lagi, ayat ....) sepakan percuma jarak jauhnya. Tak caya ? tanya brader goalkeeper Taipei.





Selangor Dengan Misi 33, Kelantan Ingin Teruskan Tradisi


#MuhdShamil

Seperti yang korang tahu, semalam pihak pengurusan Gergasi Merah ada lancarkan 'Misi 33' semalam, objektif utamanya ialah untuk merampas Piala Malaysia daripada si Pahlawan Merah. Seperti yang anda semua tahu jugak. Jurulatih Selangor, K.Devan yang mengaku dirinya sebagai jurulatih nombor satu di negara masih belum pernah julang satu piala ni, Piala Malaysia.

Selangor aku ibarat kan sebagai Liverpool. Para penyokong mereka pon sama, tak habis-habis tunjuk statistik dan koleksi kejuaraan yang mereka ada. Tahukah anda bila kali terakhir Selangor dapat Piala Malaysia ? tahun 2010, ehh, tu Kelantan, Selangor last dapat tahun 2005 la. 

Harapan nak cipta sejarah buat hat-rick kejuaraan Liga Super juga berkecai tahun ni, selepas dinafikan oleh seteru utama, Kelantan. Nak menang Piala FA, ehh, nak masuk Final Piala FA pon tak boleh selepas sekali lagi dinafikan oleh kehebataan The Red Warriors. Tak caya ? tanya Devan, 'ingat nombor ni tak? ni haa, 1-5' dia mesti tahu, dia ingat semua statistik. Nak dapatkan Piala Sumbangsih pon tak dapat, seperti biasa, tewas kepada Kelantan. Viva Selangor la kan.

Bagi si Pahlawan Merah pula, mereka pastinya mengidam untuk menyimpan Piala Malaysia di negeri mereka lebih lama lagi, ye la, tak kan nak semusim jer kan. Dan misi yang keduanya ialah untuk meneruskan tradisi kemenangan keatas Gergasi Merah yang dah jinak ni. Ye la, cuba tengok statistik, Kelantan dah menang kesemua 11 kali game terakhir (Statistik 90minit perlawanan) atau 9 game mengikut kepala hotak Devan.

Jika mengikut tanggapan awal, Final Piala Malaysia tahun ni akan menemukan Kelantan dan Selangor. Mungkin kah skrip perlawanan akhir Piala FA 2009 akan berulang ? rebah lagi kah sang kijang ? aku rasa tak. Bukan sebab aku orang Kelantan, tapi berdasarkan prestasi semasa. 

Aku optimis Kelantan boleh menang. Norshahrul vs Safee Sali, siapa hebat ? ehh, bukan, Norshahrul vs Rudie Ramli lah, bukan nak perlekeh, tapi ini perkara nyata. Lihatlah prestasi semasa, siapa lebih hebat ? KELANTAN. Betul, bola itu bulat - ini ayat nak sedapkan hati sesetengah manusia. mana mungkin pasukan Spain boleh tewas kepada Montserrat dalam perlawanan penting. Bukan sebab Montserrat bangang, tapi tangok form la. Sedangkan diorang pon guna bola bulat gak, bukan segi tiga mahupun berbentuk kon.

Nak statistik pasal Selangor lagi ? tanya brader T-team. Diorang lebih pakar dari aku. Nak statistik pasal Kelantan ? tanya brader FELDA United (nampak sangat aku ni saja bagi yang buruk kat Selangor & yang baik kat Kelantan kan ? biasalah dah orang Kelantan namanya kan, kahkahkah) Jadi aku pilih KELANTAN sebagai juara Piala Malaysia musim ini. (Yang ni BUKAN sebab aku orang Kelantan)

Sekian

Thursday, September 1, 2011

Kem Kelantan Dalam Dilema


#MuhdShamil

Khairul Fahmi  Che Mat dengan tanggungjawabnya bersama skuad Olimpik, penjaga gol veteran, Halim Napi mengalamai kecederaan begitu juga penjaga gol muda, Norhadi Ubaidillah menjadikan Shahrizan Ismail penjaga gol tunggal yang dimiliki pasukan Kelantan menjelang aksi pembukaan saingan Piala Malaysia beberapa hari lagi.

Kini kem Kelantan dalam dilema, walaupun Mohd Shahrizan Ismail masih tangkas namun sekurang-kurangnya 2 orang penjaga gol wajib didaftarkan oleh setiap pasukan untuk saingan Piala Malaysia nanti, Kelantan dah cuba minta pelepasan dari FAM untuk mendapatkan khidmat penjaga gol utamanya, Khairul Fahmi Che Mat, tetapi permohonan itu ditolak, apa harus dilakukan ?

Tidak dinafikan, pasukan Piala Presiden Kelantan mempunyai 2 penjaga gol yang mempamer aksi menarik dalam saingan Piala Presiden. Syazwan dan Jud Tanna, tetapi mampukah mereka mempamerkan aksi sama jika diserapkan ke skuad utama ? Kerana apa yang nyata ialah saingan Piala Malaysia jauh berbeza dengan saingan Piala Malaysia, sudah cukup pengalamankah mereka ini ?

Altenatif lain ialah bawa masuk seorang penjaga gol secara pinjaman memandangkan Kelantan baru mendapatkan 2 pemain pinjaman dari kuota 3. Tapi seperti dinyatakan oleh pengurus pasukan, Haji Azman Ibrahim, Kelantan menghadapi kesukaran untuk mencari penjaga gol yang betul-betul 'fit' dalam masa yang singkat ini, tambahan pula ia musim perayaan.

Kesimpulanya, jalan terbaik ialah, serap salah seorang penjaga gol Piala Presiden untuk menjadi 'back-up' kepada Mohd Shahrizan Ismail andai kata beliau mengalami kecederaan atau pun penggantungan perlawan, lupakan sebentar soal pengalaman.

EPL Transfers

#MuhdShamil


Mikel Arteta
From Everton to Arsenal

- Kepada penyokong-penyokong Arsenal, aku ada nak pesan sesuatu ni, seperti yang semua tahu, Arteta ni sorang lagi produk academy Barcelona, sama seperti Fabregas, jadi, janganlah terluka jika suatu hari nanti, Arteta juga rindukan tempat asalnya dan pergi join Fabregas di Barcelona.

Raul Meireles
From Liverpool to Chelsea

- Kalau dia ni jadi macam si Nando Torres aku tak tahu, Liverpool pon ape ke bangang sangat pegi lepas dia ni ? bukankah tiap kali korang nak cari gol, korang akan masukkan dia ni ? dan ia berhasil. Tapi takpe la at least Nando Torres ada kawan, sebab aku dapat berita dari Villa Boas dia kata sekarang dah takder orang nak kawan dengan Nando ni.

Craig Bellamy
From Man City to Liverpool

- Aku predict, dia ni sorang jer yang dapat kucar kacirkan Puyol and the gang selain si Suarez tu, nak harapkan Caroll ? puiihh, tapi aku cakap kucar kacirkan Puyol and the gang tu kalau Liverpool ni dapat masuk Champions League la kan yang aku rasa susah nak jadi kenyataan.

Owen Hargreaves
From Man Utd to Man City

- Yang ni aku tak tahu apa motif City ni haa, nak kata Owen ni main bagus, musim lepas dia tak main pon. Nak tunjuk duit banyak kot kalau tak pon buat amal, kesian kat Owen, tak der gaji kan jadi apa susah sign je la, apepun, Goodluck Owen !

Emmanuel Adebayor
From Man City to Spurs

- Semakin bangang la Spurs gamaknya, wait n see

Ashley Young
From Aston Villa to Man Utd

- Ini aku tahu, akan jadi antara Fergie's best signning, ye la, korang pon mesti dah tengok aksi-aksi menakjubkan dari mamat ni, crossing-crossing maut dia, gol-gol dia, dia ni dah jadi instane fans favourite di Old Trafford sekarang ni. 

Wesley Sneijder
From Inter Milan to Man Utd

- kahkahkah, aku masih bangang dengan mamat ni, dari awal sampai akhir main tarik tali dengan United,  last-last stay ngan Inter gak, tapi, I h8-2 say this, but we don't need him, we have Cleverley !




Tuesday, August 30, 2011

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 54

#Admin 2

Bismillahirrahmanirrahim , Assalamualaikum , tinggal kurang lebih 2 jam sebelum kita menyambut ulang tahun Kemerdekaan ke 54 pada tahun ini.Apa yang zahir pada mata penulis adalah majoriti rakyat Malaysia hanya ternanti-nanti untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri dan sama sekali tidak untuk Hari Kebangsaan.Di sini , Admin 2 ingin menegur kesilapan rakyat Malaysia.Kita seharusnya mengenang jasa pejuang-pejuang tanah air yang bertumpah darah mempertahankan tanah air kita daripada dijajah. Harus diingat tanpa Kemerdekaan , kita tidak mungkin dapat menyambut Hari Raya dengan meriah.

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke 54..Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...