Thursday, June 9, 2011

Apa nak jadi ?

Untuk posting kali ni, penulis tidak mahu mengulas panjang, dah banyak posting yang berkaitan RASUAH bola sepak ni. Kini ia sudah mula menjadi perkara yang merisaukan. episod hitam bola sepak negara 1995 bakal berulang ? atau lebih teruk ? bagi penulis, perkara ini harus dipandang serius oleh pihak yang bertanggungjawab demi menjaga maruah negara.


Antara keratan akhbar terbaru :






Apapun , jom kita layan lagu ni :





'Xabi Alonso Malaysia' Terpilih

Shakir Shaari

Pemain yang diberi jolokan 'Xabi Alonso Malaysia' , Mohd Shakir Shaari antara muka baru yang dipanggil oleh ketua jurulatih pasukan negara, Datuk K.Rajagobal untuk menjalani sesi pemilihan dan latihan pusat.

Shakir yang beraksi di posisi 'defensive midfielder' ini menjadi antara 'favourite player' dalam pasukan Kelantan kerana corak permainan beliau yang tenang. Mungkin itu antara sebab kenapa Datuk K.Rajagobal tertarik dengan pemain ini.

Dengan kehadiran Shakir, pemain kedah, Amar Rohidan dan pemain Harimau Muda A, K.Gurusamy perlu bersaing untuk mendapat tempat kerana jika sebelum ini dilihat posisi itu lebih didominasi oleh Amar Rohdan.


Selain Shakir Shaari, pemain pertahanan tengah pasukan Kelantan, Rizal Fahmi Rosid juga dipanggil semula disamping Farisham Ismail, Khairul Fahmi Che Mat, Norshahrul Idlan Talaha dan S.Chanturu sekaligus menjadikan pasukan Kelantan pasukan yang memiliki paling ramai pemain beraksi bersama skuad kebangsaan.


Berikut senarai 28 pemain yang terpilih :


Amar Rohidan, Baddrol Bakhtiar, Azmi Muslim
Kedah
Amirulhadi Zainal, Asrarudin Putra Omar, Safiq Rahim
Selangor
Khairul Fahmi Che Mat, Norshahrul Idlan Talaha, Rizal Fahmi Rosid, S.Chanturu,
Farisham Ismail, Shakir Shaari
Kelantan
Ahmad Fakri Saarani, Aidil Zafuan, S.Kunanlan
Negeri Sembilan
Sharbinee Alawi, Ashaari Shamsudin, Abdul Hadi Yahya, Helmi Remeli
Terengganu
G.Gurusamy, Mahali Jasuli, Muslim Ahmad, Fadhli Shas
Harimau A
Shahrizal Saad
Johor Fc
Yong Kuan Yong
K.Lumpur
Mohamad Hishamuddin Shaari
Perak
Syed Adney Syed Hussin
Sabah
Safee Sali
Pelita Jaya
Credit : SuaraSukan (untuk list)

Wednesday, June 8, 2011

6 Daripada 9 Pemain Pilih Kelantan


Menjelang aksi final Piala FA diantara Kelantan dan Terengganu sabtu ini, penulis ada membuat satu 'survey' , penulis bertanyakan pendapat beberapa pemain Liga Super Malaysia tentang pasukan mana yang mereka pilih untuk menjuarai Piala FA 2011. Hasil daripada tinjauan berikut, 6 daripada 9 pemain memilih pasukan Kelantan.

Jom kita lihat hasil pemantauan ini


Pemain pertahanan pasukan Kedah, Khairul Helmi Johari memilih pasukan KELANTAN sebagai pasukan pilihan.


Kapten pasukan Perak, Shahrul Nizam Mustafa juga pilih pasukan KELANTAN sebagai pasukan pilihan.


Penjaga gol muda pasukan Harimau Muda A, Mohd Zamir Selamat juga memilih pasukan KELANTAN sebagai pasukan pilihan.


Pemain pertahanan pasukan Kuala Lumpur, Farouk Hashim juga optimis KELANTAN akan membawa pulang Piala FA.


Bekas penjaga gol pasukan Negeri Sembilan yang kini mewakili pasukan MP Muar, Sani Anuar Kamsani juga memilih pasukan KELANTAN sebagai calon juara.


Akhir sekali, pemain pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) , Ihsan Ibrahim juga antara yang memilih KELANTAN selaku juara.


Namun bagi pemain yang mewakili pasukan Kuala Lumpur, Fahrul Razi, beliau yakin pasukan TERENGGANU bakal menjulang trofi Piala FA 2011.


Penyerang prolifik pasukan Pahang, Munir Amran juga sependapat dengan Fahrul Razi, beliau memilih pasukan TERENGGANU selaku calon terbaik untuk menjadi juara.


Pemain pasukan Perak, Isma Alif juga memilih pasukan TERENGGANU sebagai pasukan pilihan.


Manakala pemain pertahanan pasukan Harimau Muda A, Mahali Jasuli dan pemain tengah pasukan PKNS, Fairuz Montana berpendapat bahawa kedua-dua pasukan mempunyai peluang sama rata dalam perlawanan yang dijangka sengit sabtu ini.












Monday, June 6, 2011

Penyu Mulakan Provokasi


Dalam perlawanan Liga Super diantara Terengganu dan Kelantan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah semalam dicemari dengan insiden balingan-balingan objek kearah para penyokong pasukan pelawat.

Insiden bermula dengan provokasi yang dimulakan oleh penyokong tuan rumah kira-kira 30 minit. Namun penyokong sang penyu 'bengang' apabila provokasi demi provokasi yang dibuat tidak dilayan oleh para penyokong Kelantan.

Selepas 30 minit membuat provokasi, para penyokong sang penyu mula bertindak drastik dengan mula melontar objek ke arah tempat penyokong Kelantan, namun ianya memakan diri apabila ada antara penyokong mereka ditangkap oleh pihak polis.

Perlawanan berkenaan menyaksikan Terengganu tewas di tangan Kelantan dengan jaringan Terengganu 0, Kelantan 3. Gol-gol Kelantan dijaringkan oleh pemain muda Kelantan, Mohd Izuan Salahuddin dan 2 gol dari Norshahrul Idlan Talaha.

Penyu Diaibkan Di Gelanggang Sendiri


Perjalanan yang ditempuhi oleh para penyokong sang kijang nyata berbaloi apabila pasukan kesayangan mereka, Kelantan tampak mudah menjinakkan pencabar terdekat iaitu Terengganu di Stadium Tuanku Ismail Nasiruddin Shah sebentar tadi.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa jentera serangan sang penyu adalah antara yang paling berbahaya di negara, namun barisan pertahanan Kelantan tampak tenang menyekat asakan demi asakan yang dilancarkan oleh pasukan Terengganu.

Shahrizan Ismail

Penulis kagum dengan aksi yang ditunjukkan oleh penjaga gol berpengalaman Kelantan, Shahrizan Ismail yang tidak menunjukkan aksi 'berkarat' akibat selalu berada di bangku simpanan sebaliknya aksi mantap yang ditunjukkan oleh penjaga gol ini. Jelas Kelantan kini tidak berdepan sebarang masalah di posisi penjaga gol jika Khairul Fahmi Che Mat tidak dapat beraksi.

Penyerang utama Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha juga telah kembali berada di atas dalam senarai penjaring terbanyak Liga Super setelah berjaya menjaringkan 2 gol dalam perlawanan ini sekaligus memaksa penyerang Terengganu, Abdul Hadi Yahya turun ke tangga kedua dengan perbezaan 1 gol.

Izuan Salahuddin

Dalam perlawanan sebentar tadi, Kelantan berjaya memecah kebuntuan melalui gol daripada pemain muda, Mohd Izuan Salahuddin yang mudah menolak bola ke gawang lawan hasil hantaran cantik dari pemain pertahanan Kelantan, Mohd Duadsu Jamaluddin.

Abdul Hadi Yahya

Tersentap dengan gol pertama pasukan pelawat, Terengganu menggandakan asakan ke arah kubu pertahanan Kelantan. Keserasian diantara 2 pemain lincah Terengganu, Joseph Kalang Tie dan Abdul Hadi Yahya terserlah apabila hantaran-hantaran pendek tepat kekaki rakan.Namun, kekebalan benteng pertahanan Kelantan disamping kehebatan penjaga gol Kelantan kubu sang kijang tidak berjaya dibolosi para pemain Terengganu.

Bersambung babak kedua, pasukan tuan rumah nampak lebih berkeyakinan beraksi didepan ribuan penyokong sendiri dengan melancarkan serangan demi serangan ke arah kubu Kelantan namun tatkala ketua jurulatih Kelantan gelisah, Norshahrul Idlan Talaha berjaya merobek gawang Terengganu buat kali kedua.

Dengan gol itu, pasukan Terengganu dilihat seperti sudah hilang semangat dan peluang itu digunakan sebaik mungkin oleh para pemain Kelantan apabila beberapa serangan dilakukan oleh Nurul Azwan Roya, S.Chanturu, Norshahrul dan Izuan.

Norshahrul Idlan Talaha menambah duka sang penyu dengan menjaringkan gol ketiga pasukan Kelantan. Di saat itu, para penyokong Terengganu dilihat sudah bergerak meninggalkan Stadium manakala penyokong Kelantan terus berpesta.

Tamat perlawanan, Terengganu 0, Kelantan 3. Kelantan terus berada di puncak Liga dan diikuti oleh Selangor yang kenduri gol di Stadium Shah Alam dengan menewaskan Perlis 7-1 manakala Terengganu jatuh ke tangga ketiga.


Thursday, June 2, 2011

'Kecik' Sudah Bersedia

Wan Zaharul Nizam
Mungkin ada yang tanya, "Siapa dia ? pelakon ke ?" Untuk pengetahuan, Wan Zaharulnizam Zakaria atau lebih mesra dengan panggilan Kecik adalah seorang pemain bolasepak muda yang mempunyai potensi besar untuk menyinar.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, Kecik telahpun menyatakan keinginannya untuk beraksi bersama  pasukan Kelantan seandai diberi tawaran oleh Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA). Pemain berbadan kecil yang sekarang beraksi untuk pasukan Harimau Muda A sangat berharap akan ditawarkan kontrak bersama pasukan negeri kelahirannya itu.

Jom kita lihat serba sedikit tentang beliau. Kecik dilahirkan pada 8 Mei 1991 dan sekarang berumur 20 tahun. Beliau berasal dari Tumpat, Kelantan. Beliau juga pernah beraksi bersama pasukan Piala Presiden Kelantan selama 1 musim sebelum berhijrah ke pasukan Harimau Muda B pada tahun 2010, dan ke pasukan Harimau Muda A pada tahun 2011.



Pemain sayap ini juga telah menarik minat jurulatih skuad bawah 23 tahun kebangsaan, Ong Kim Swee untuk memilih beliau bermain untuk pasukan kebangsaan dan beliau juga telah menyumbang 1 gol dalam membantu pasukan negara menewaskan pasukan Pakistan 2-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil baru-baru ini.



Ini juga telah membuktikan bahawa negeri Kelantan adalah antara negeri yang melahirkan paling ramai pemain-pemain yang berbakat. Antara contohnya ialah Ahmad Fakri Saarani, Khairul Fahmi Che Mat, Ferris Danial dan ramai lagi.

Penulis berharap agar Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) memberi peluang kepada pemain muda ini untuk membuktikan bahawa beliau memang merupakan seorang pemain yang berkebolehan. Kecil bukan sebarang kecil, tapi kecil berbakat.

Info tambahan : Anda ingin tahu mengapa beliau digelar 'Kecik' ? cuba lihat gambar dibawah. Cuba teka yang mana satu beliau. Kehkehkeh !

Kecik - Kim Swee - Shakir Ali


Wednesday, June 1, 2011

Mat Cah Sedia Jadi Wira

Khairul Fahmi Che Mat


Kelantan yang akan turun ke gelanggang lawan untuk perlawanan yang boleh dikatakan antara perlawanan terpenting musim ini turun tempang tanpa penjaga gol utama, Apek atau nama sebenarnya Khairul Fahmi Che Mat. Ini kerana Apek terpaksa memikul tanggungjawab sebagai penjaga gol utama skuad Olimpik negara.

Shahrizan Ismail


Aksi penjaga gol berpengalaman, Shahrizan Ismail atau lebih mesra dipanggil Mat Cah dijangka akan dapat disaksikan oleh para penyokong Kelantan dalam perlawanan Liga Super di antara Kelantan dan Terengganu pada 6 haribulan 6 di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Mat Cah yang terkenal sebagai pakar penyelamat sepakan penalti dijangka menjadi pilihan utama ketua jurulatih Kelantan, Dato M.Karathu untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Khairul Fahmi. Penulis yakin para penyokong The Red Warriors tidak meragui kebolehan Mat Cah setelah beliau telah banyak menyelamatkan pintu gol Kelantan dan menjadi wira sang kijang suatu ketika dahulu.

norhadi ubaidilah 
Penjaga gol ketiga Kelantan, Norhadi Ubaidilah juga dilihat menjadi pilihan utama Dato M.Karathu untuk memanaskan bangku simpanan dalam perlawanan menentang Terengganu ini selepas penjaga gol veteran, Halim Napi terpaksa diketepikan mungkin kerana faktor usia yang sudah menjangkau usia 40 tahun.

Kelibat Norhadi jarang dilihat kerana mungkin kerana usia beliau yang masih muda, namun berdasarkan pemerhatian penulis dalam sesi latihan, Norhadi mempunyai potensi untuk mewarisi kehebatan penjaga gol-penjaga gol Kelantan seperti Halim Napi, Shahrizan dan juga Khairul Fahmi.

Selain Apek, pemain pertahanan kanan Kelantan, Zairul Fitree juga terlepas aksi di Kuala Terengganu, namun, kem sang kijang lega apabila 3 tonggak utama yang mewakili negara iaitu Norshahrul, Chanturu dan Farisham akan dapat bersama pasukan. Namun buat pasukan sang penyu, kehilangan Ashaari Samsuddin pasti akan dirasai, Ashaari terlepas aksi 6 haribulan ini akibat penggantungan perlawanan.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...