Showing posts with label Piala Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Piala Malaysia. Show all posts

Friday, August 19, 2011

Piala Malaysia : Group D

#MuhdShamil

Group D diketuai team kelab sejarah, Selangor diikuti T-team, Kuala Lumpur dan Polis Diraja Malaysia, PDRM.

Selangor. pasukan ni aku rasa boleh la pergi sampai semi-final kerana jika semua menepati ramalan, Selangor akan jumpa Sabah di quater-final. Tapi tak sedap sangat Devan oii, dah la Selangor masih dihantui badi kekalahan di quater-final lepas tu pulak. Korang pernah tewas di Stadium Likas kan ? kan ? hek elehh, tak der suara pulak ? kehkehkeh. Takkan la team yang dah tewas kan pasukan Malaysia kena lauk kan.

T-team. pasukan ni aku rasa akan melangkah ke pusingan seterusnya sebagai juara aku rasa. ye la, brader-brader Selangor dah gentar dengan Manchester City Malaysia ni, apasal ? alaa, cuba tanya Devan lagi, bukan kah dua-dua game Liga Super Selangor tewas ditangan T-team ? ehh takder suara lagi ? kehkehkeh. Aku tengok T-team ni kuat bila lawan team kuat tapi tak power bila lawan team tak kuat. Tak caya ? tanya brader-brader Kuala Lumpur. Kehkehkeh.

Kuala Lumpur, mereka pernah tewas kan T-team yang pernah tewas kan Selangor jadi kalau pikir, tak de masalah la yer dok ? kehkehkeh. Aku rasa Kuala Lumpur ni boleh bagi tekanan la kat team Selangor dan T-team ni tapi untuk layak sukar sikit, sebab di Liga Super, standard Arsenal jer. Asyik kena belasah jer. Kehkehkeh.

Last sekali, brader-brader polis. PDRM. kalau PKNS, Sarawak dan Sime Darby pon tak boleh bersaing ini kan pulak team ni yer dok ? bukan nak perlekeh tapi cuma berpijak di bumi yang nyata lah kan. Aku rasa ini lah satu lagi team lauk. Tapi tak boleh la kata camtu kan. Tunggu dan lihat jer lah.

Kesimpulanya, T-team dan Selangor bakal layak.

Piala Malaysia : Group C

#MuhdShamil

Group C pula, dibarisi Kelantan, Johor FC, FELDA United dan Sarawak. Group ni aku nampak agak boring sikit sebab tengok pon dah boleh agak siapa yang boleh pergi dan siapa jadi lauk.

Kelantan, pasukan paling gedebe dan power di Malaysia ketika ini dilihat tidak mempunyai masalah untuk jadikan pasukan-pasukan lain lauk-pauk semperna hari raya. Krisis barisan serangan Kelantan juga dilihat sudah selesai dengan kehadiran Azamuddin Akil yang dah score dalam 2 perlawanan persahabatan berturut-turut. Alex dah jadi antara pemain kegemaran di kelate. Tiada masalah untuk layak aku tengok. Buke sebab kawe ore kelate dehh. Kehkehkeh.

Johor FC. antara pasukan yang dah banyak kali buat upset kepada team-team besar, tahun lepas pon mereka hampir layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia. Mereka hampir kejutkan N9 di semi-final tetapi akhirnya mereka terpaksa akur, tapi aku yakin tahun ini mereka sekurang-kurangnya ingin mengulangi pencapaian tahun lepas. Tapi friendly dah kena sepak dengan team abang 4-0, ye la, dah nama friendly kan. Kehkehkeh.

FELDA United, sedih lagi menyedihkan apabila diundi bersama bako ore berani kelate. Dah berapa kali kena belasah. Kalau tak caya cuba tanya abang clener di Stadium Sultan Muhamad IV. 6-0 yer dok. Tapi aku rasa FELDA ni boleh bagi saingan juga kat Johor FC dan Sarawak kerana mereka ada kualiti tapi yer lah. Hmmm

Sarawak. Aku tak pernah tengok langsung corak permainan mereka. Tapi aku rasa kelab dari Liga Perdana ni tak boleh bagi saingan lagi untuk kali ni. Musim depan mungkin boleh la macam PKNS tu. Tapi siapa tahu semangat agi idup agi ngelaban datang tiba-tiba. Kehkehkeh.

Kesimpulanya, aku pilih Kelantan dan Johor FC

Piala Malaysia : Group B

#MuhdShamil

Okay, sambungan untuk entry yang sebelum ini, kali ni untuk group B pula. Terengganu, Negeri Sembilan, PKNS dan Sime Darby. Bagi aku, kumpulan ni sebenarnya kumpulan maut dan bukanya kumpulan D yang ada Selangor, sebab Selangor tak power pon, kehkehkeh

Kita mulakan dengan awok kkepok gotang dulu, kehkehkeh. Okay, Piala FA masih panas lagi dengan percikan-percikan mercun di Final baru-baru ini, so, moral pemain-pemain Terengganu sememangnya di tahap terbaik sekarang dan tiada sebab untuk mereka kandas awal. Jentera serangan mereka dibarisi 3 serangkai paling berbahaya di negara yang diketuai oleh penjaring terbanyak Liga Super, Abdul Hadi Yahya dan dibantu oleh Ashaari dan Manaf. 

Skuad Hobin Jang Hobin pula melalui hari-hari menyakitkan di Liga Super dek kerana perlbagai masalah, dari isu rasuah ke pertukaran jurulatih dan kecederaan pemain. Tetapi aku rasa Negeri Sembilan mungkin boleh bagi saingan dengan kembalinya pemain-pemain utama mereka yang sebelum ini injured lama seperti Norhafiz Zamani, Farizal Marlias dan Zaquan Adha. Tambah pula ada coach baru kan mesti la ada angin baru.

Juara Liga Perdana, PKNS pula mensasarkan nak pergi quater final. Aku rasa tak dapat. Ya, mereka agak kuat dan aku rasa boleh bagi tekanan kat team-team besar seperti N9 dan Terengganu tapi standard Liga Perdana dan Liga Super jauh beza. 

Sime Darby. kelab baru yang bercita-cita besar, korang tau tak, aku ada dengar khabar mereka nak bawa masuk penjaring terbanyak Liga Indonesia, Boaz Solossa ke team mereka tahun depan, tapi Boaz tolak, sekarang nak ejas Ahmad Bustomi pula. Tapi aku rasa jadi QPR Malaysia jer ni, Terengganu bagi 5 bijik, N9 3 bijik. Tapi jangan terkejut kalau Sime Darby buat kejutan. Kehkehkeh.

Kesimpulanya, pasukan pilihan aku untuk layak ialah Ganu kiterr dan Nogoghi. Eden bukan orang nogori yoo.

Piala Malaysia : Group A

#MuhdShamil

Memandangkan aku tak de kerja sekarang, jadi aku nak up entry ni untuk menghangatkan lagi hati-hati para penyokong pasukan bertanding. Aku bukanya nak meramal siapa juara, siapa jadi team ayam, siapa tewas di suku akhir tetapi aku hanya nak beri pendapat. Jadi tak perlu lah kata aku ni bomoh ke dukun ke. Ini sekadar pendapat dan tak perlulah juga nak panas-panas bontot kalau aku cakap team korang boleh pergi suku akhir jer, Ini pendapat aku.

Okay, kita mulakan dengan kumpulan A yang dibarisi oleh Kedah, Perak, Sabah dan Johor. Bagi Aku Kedah dan Sabah akan layak. Kedah yang pada peringkat awal liga dulu dah nak jadi macam Perlis tapi sejak tukar coach ni aku lihat dah nak kembali seperti dulu dan aku yakin dalam saingan Piala Malaysia ni Kedah mampu memberi saingan dengan syarat Baddrol Bakhtiar belum ke Wigan. Kehkehkeh.

Perak pula aku tengok bakal menghadapi kesukaran untuk lepas group stage, ya lah, penyerang profilik mereka, Akmal Rizal, kapten mereka, Shahrul Nizam, penjaga gol mereka, Nasrill dan 2 lagi player utama kena gantung 5 game kalau tak silap. Masa main liga pon mereka berlima ni selalu beraksi tu pon cukup-cukup makan jer. Di atas nak harapkan siapa ? Syafiq Jamal ? lainlah kalau mamat Jali Umar tu ada, kehkehkeh, tapi aku tak tahu la macam mana dengan player-player pinjamana diorang.

Bagi Sabah yang sinonim dengan isu PPRT, kehkehkeh, aku tengok ada potensi untuk layak. Ya lahh, tengok la rekod mereka dalam Liga Super tambah-tambah home game mereka. Mereka ni punyai banyak kelebihan, dari corak taktikal ke atmosphere stadium dan juga Ultras mereka yang pasti buat player-player lawan cair. Kehkehkeh.

Last sekali Johor, aku rasa bakal jadi team sayur ni, ye lah, tengok lah posisi mereka dalam Liga Perdana kan, tapi aku pon tak boleh nak ulas panjang pasal team ni sebab aku tak pernah tengok pon cara diorang main di zaman kejatuhan sekarang ni, kehkehkeh. Tapi aku tengok result friendly baru ni dia sepak team adik dia, Johor FC sampai 4-0.

Kesimpulanya, untuk group A ni aku rasa Kedah dan Sabah boleh melangkah ke peringkat seterusnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...